Pada hari ini aku memulakan ibadah puasa sunat enam atau dikenali sebagai puasa enam yang hanya dilakukan dalam bulan syawal. Agak lewat juga aku memulakan ibadah ini. Walau bagaimana pun aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah sbt keranan dengan keizinanNya jua dapatlah aku melakukan ibadah ini secara berterusan sejak dicampakkan di sini. Apatah lagi dikellilingi dengan persekitaran yang menekan ciri-ciri kerohanian selain rakan-rakan yang turut menekankan aspek tersebut.
"Jom kita gi breakfast", ajak rakan aku Lan seawal pgi kami sampai ke pejabat.
"Alamak, sorry Lae, kawe posa hari ni", balas aku pendek.
Aku kemudian singgah di bilik salah seorang rakan setugasku yang bernama Zahri. Masuk pada hari ini dia sudah melakukan puaa enam selam dua hari.
"Salam, Ya sahabat! Apa kabar demo? Untuk makluman demo sepertimana kawe janji kelmarin, hari ni kawe start puasa enam. Bileh teman demo lah", tegurku.
"He he...alhamdullillah. Barulah mantap macam ni", balas Zahri ringkas.
"Oh! Ya! Zahri, demo ada tengok berita malae tadi. Ni lah pasal bas terjun gaung kat Genting Highland kelmarin pukul 2.45 petang", aku bertanya kepada Zahri mengenai kemalangan itu yang ditonton dalam berita jam 8 TV3 malam tadi.
"Hah ada gak"
"Ramai juga yang mati. Dikabarkan seramai 37 orang, sementara yang cedera pulak 16 orang. Huu...ngeri juga aku tengok kat TV malam tadi", sambil menarik kerusi rapat ke meja kerja Zahri.
"Pemandu bas ni tidur ke apa? Bukan bas ini sedang menurun bukit. Sama ada dia tidur atau brek bas yang dibawa itu sudah out", rungut kawanku Zahri.
"Entahlah Zahri. Dalam akhbar pagi ini macam-macam telaah dan statement yang keluar. Bas sudah uzurlah, Polis kata Bas dalam senarai hitam merekalah, Bas dah goyang sana goyang sini. Macae-macaelah demo dok kato. Bagi aku itu semua nak dijadikan sebab musabab. Yang aku nak pertikaikan ni banyak. Kalau dah tahu bas itu buruk, apa dibiarkan bas itu beroperasi? Bukannya mereka tidak tahu yang bas itu adalah merupakan pengangkutan awam yang setiap hari berulang alik dari KL ke Genting Highland. Ini menunjukkan bahawa agensi penguatkuasaan tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Aku tengok kat negara kita ni, bila berlaku kemalangan dan melibatkan kematian ramai barulah terhegih-hegih nak buat penguatkuasaan itu dan ini. Aku tengok dia orang ni masih tak belajar lagi dari insiden-insiden sebelum ini", aku memulakan ceramah pagi.
"Nak buat macamana bang, dah begitu keadaannya malahan aku teringat isu pengangkutan awam ini juga sudah acapkali dibahaskan di Parlimen begitu atas platform-platform lain. Puak-puak ni kalau bab berlakon, memang grammy award winning bakat dia orang. Yang terus menerus menjadi mangsa korban adalah rakyat macam kita ni lah. Yang terpaksa naik bas sangkut, bas buruk, perjalanan lambat dan paling malang dengan tambang yang tidak sewajarnya", Zahri menyambung kandungan perbualan kami.
"Aku pun pelik juga. Bukan kali ini sahaja tragedi sebegitu rupa berlaku kat jalan Genting Hughland tu. Kalau tak silap aku semenjak tahun 1995 lagi dah mula berlaku kemalangan-kemalangan ngeri seperti itu, boleh dikatakan semenjak tahun itu sehingga yang terkini ini jumlah nyawa yang dah melayang kat situ seramai 80 lebih dah. Sepatutnya pihak berkuasa dah lama memikirkan sesuatu bagi mengelak kemalangan berterusan seperti itu. Sebenarnya apa yang patut dilakukan adalah menetap dan mengekalkan penguatkuasaan secara lebih keras terhadap penggunaan jalan itu baik kepada pengguna mahu pun pengusaha pengangkutan awam. Kena berkeras, tak boleh dah nak berlembut-lembut lagi", aku mengemukan pandangan.
"Kita boleh cakap apa sahaja bro. Rakyat boleh komen panjang lebar berjela-jela. Kau ingat dia orang nak ambil pandangan orang macam kita ni? Dalam sehari dua ni kita boleh tengoklah kesebokan dalam berita terutamanya dalam kalangan Pak Menteri. Lepas tu percayalah senyap semula sepertimana senyapnya selekoh jalan itu pada waktu malam, yang sedia menanti mangsa-mangsa berikutnya. Kau ingat dengan jumlah kematian yang ramai di sana akan menyepikan suasana kat atas bukit puaka tu? Semakin banyak bilik-bilik hotel disediakan adalah. Yang pentingnya bro mereka akan terus buat duit kau tahu. 86 nyawa, what is there for those people? Cuma rakyat yang tak cerdik macam kita sahaja ni lah yang beria-ia mendaki bukit itu dan menderma wang kepada mereka. Tak gitu bro?", marah benar nada kawan aku Zahri.
Inilah senario yang berlaku. Apa yang diucapkan kawanku itu ada kebenarannya. Sudah sampai maanya pihak kerajaan memikirkan sesuatu kalau ia pun rakyat masih berdegil hendak naik ke tempat perjudian itu. Aspek jalanraya perlu dirancang semula dengan mengurangkan selekoh-selekoh bahaya. Selain itu pembesaran jalan juga perlu difikirkan juga. Yang paling utama aspek pengangkutan awam. Mungkin penggunaan kabel car diperbanyakkan dengan lebih efektif. Penggunaan bas perlu dikurangkan. Dari segi kewangan pula suruh sahaja empunya Genting Highland kat atas bukit itu biaya. Kalau tidak pun kutipan cukai perjudian gunakanlah untuk tujuan itu.
"Walau apa-apa pun bagi aku cara yang paling baik untuk mengelakkan daripaa berlakunya tragedi sedemikian rupa ialah lebih jangan ke sana. Apa faedahnya pun aku tak tahu"
No comments:
Post a Comment