Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN UMNO KE 66

Aku tidak dapat menghadiri Majlis Ulangtahun UMNO ke 66 di Satadium Bukit Jalil malam ini kerana berjauhan dari tempat berkenaan. Walau bagaimana pun aku berkesempatan menonton siaran langsung perhimpunan tersebut melalui RTM sebentar tadi. Lautan merah dengan entah berapa sebenar jumlah ahli UMNO yang turut serta dalam majlis itu. Sebenarnya aku telah mendapat jemputan ke sana sejak awal minggu ini lagi. Aku sudah maklumkan Setiausaha Bahagian tempat aku bahawa aku tidak dapat hadir kerana aku berada di luar kawasan. Pagi tadi aku menerima mesej dari beliau mengatakan Ketua Bahagian mengarah semua ahli mesti hadir.

Dalam aku melihat suasana di Stadium Bukit Jalil dengan dipenuhi puluhan ribu ahli UMNO, aku nampak macam perhimpunan agung UMNO saje. Semuanya bersorak gembira dengan setiap laungan semangat kedua-dua pemimpin tertinggi parti. Begitu bersemangat sekali, bagai nak runtuh Stadium itu dibuatnya. Nasib baik struktur stadium Bukit Jalil mantap dan padu. Kalaulah buat di Stadium Terengganu (yang runtuh itu) semasa belum runtuh, entah berapa banyak ambulan kena angkut ahli-ahli UMNO ke hospital.

Aku tidak mahu komen tentang perhimpunan itu tetapi aku berasa cukup kuatir dan gerun dengan ucapan-ucapan oleh pemimpin parti. Apakah ini sebagai pembakar semangat atau sebaliknya. Aku lebih suka mendengar kata-kata memberitahu rakyat tentang apa yang UMNO dah buat daripada mengaitkan orang lain yang tidak ada kena mengena dengan parti kita. Masalahnya ialah ahli UMNO memang sukakan nada begitu. Kalau tidak menghentam orang seolah-olah itu bukan imej UMNO. Ini menunjukkan bahawa masih tidak ada lagi perubahan dalam UMNO.

Aku lebih suka dalam majlis yang dikatakan MAHA hebat ini (gerun mendengarnya), pemimpin menasihatkan ahli UMNO tentang parti UMNO ini. Melihat kembali mengapa sebenarnya parti ini mula dijauhi rakyat dan bagaimana menanganinya serta apakah peranan setiap ahli UMNO dalam memantapkan lagi parti tertua ini. Ucapan Presiden UMNO walaupun berkobar-kobar penuh semangat tetapi mesejnya agak lemah. Ahli UMNO mesti berubah. Berubah dari perangai, fe'el, imej, peradaban dan tatasusila. Ini yang patut ditekankan pucuk kepimpinan parti. Dengan bahasa mudah ialah membuat refleksi kendiri atau muhassabah diri.

Dalam setiapkali perhimpunan sebegini rupa, semua yang hadir akan terjerit terlolong macam burung kakatua. Bila kena temuramah, semuanya akan bercakap dengan nada yang bersemangat dengan tersembur-sembur air liur. Janganlah silap tanya soalan sudah pasti kena penalti kick. Apabila tamat perhimpunan dan balik ke kandang masing-masing, semuanya akan ternganga dan terlopong mulut. Balik ke kandang semuanya tidur sebab kekenyangan yang amat sangat. Suruh buat kerja mesti ada upah dahulu baru boleh buat kerja. Memang sudah terlalu jauh pendekatan dalam kononnya memperjuangkan bangsa. Kalau perkara yang paling asas ini pun sudah berat punggong nak bergerak, entahlah.

Apa yang pasti baik setara mana pun kita kata tentang parti kita, rakyat Malaysia terutamanya orang melayu sudah beralih angin kepada yang lebih diyakini. Perkara ini berlaku secara terang-terangan di hadapan kita. Mengapa kita masih berdegil tidak memahami mesej yang jelas lagi bersuluh dalam kalangan rakyat Malaysia. Taburlah banyak mana sekalipun duit kepada rakyat, yang pasti mereka akan ambil. Yang menjadi tetapi ialah adakah mereka bersama kita. Inilah yang perlu kita selami, dengar dan hayati.

Sekarang kita dipertontonkan dengan pelbagai gelombang warna, Merah, kuning, hijau, biru. Gelombang sebenar yang sedang menanti adalah gelombang gabungan merah, putih, biru dan kuning. Inilah gelombang yang akan menjadi penentu kelangsungan parti kita.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN UMNO KE 66. 

Tuesday, May 26, 2009

KESABARAN ADA HADNYA

  1. Nampaknya sentimen perkauman semakin hebat dicanangkan dalam mempopularitikan agenda politik masing-masing. Kini isu berkaitan dengan bekas ketua komunis Malaya pulak. Peliknya ada pulak orang melayu yang cuba hendak menyokong isu ini. Bukankah dalam buku sejarah sekolah menengah ada menceritakan tentang kekejaman parti komunis ini?
  2. Cuba baca dan hayati salah satu cerita kekejaman komunis dalam peristiwa Bukit Kepong. Cuba pulak tanya kepada bekas-bekas tentera yang pernah bermatian-matian menentang komunis haram ini. Bapa saudara penulis kini kudung kaki kanannya kerana terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pihak komunis sebelum beliau bersara. Ini adalah kerana hendak mempertahankan negara ini dari penjajahan komunis.
  3. Bapa penulis sendiri seorang pesara tentera. Satu peristiwa pahit telah berlaku pada sekitar tahun 70an di Sarawak. Anak-anak buah beliau telah diserang hendap komunis dan kesemuanya seramai 15 orang kalau tidak silap, telah mati dibunuh oleh puak komunis. Mayat-mayat tentera ini sudah tidak menyerupai manusia lagi. Hancur dipotong-potong malahan kepala dibelah dua. Cukup menyayat hati apabila hendak mengkafankan jenazah-jenazah ini. Siapa punya angkara?
  4. Penulis percaya bukan semua kaum Cina setuju dengan permintaan Chin Peng untuk balik ke Malaysia. Setengah bangsa Cina dalam parti Gerakan ini dilihat sudah melampau dengan tuntutan sebegitu rupa. DAP memang sudah kita tahu siapa mereka. Mereka hendak menjadikan Malaysia seperti Singapura. Mereka memang benci terhadap orang melayu apatah lagi orang islam sejak sekian lama. Hidup mereka berpura-pura semata-mata.
  5. Penulis hendak ingatkan kepada kaum Cina yang extreme ini supaya jangan membuat kerja bodoh ini. Kita tahu salah satu idealogi komunis adalah tidak suka melihat satu komuniti yang aman. Janganlah diulangi kesilapan yang lalu. Kalau masih berdegil juga, tidak mustahil sejarah itu akan berulang dan akibatnya mungkin lebih dasyhat dari itu. Sekiranya kamu asyik menagih sangat kesabaran orang melayu, sanggupkah kamu menerimanya?
  6. Penulis berseru kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian agar sentiasa menjaga kedaulatan negara kita. Bagi orang melayu pula, bangkitlah dan pertahankanlah hak kita di tanah air kita ini. Kemanakah kita akan pergi selain daripada Tanah Melayu ini? Wajib kita mempertahankannya hatta berkorban nyawa sekalipun. Kita perlu memperkuatkan ilmu kita dalam kesemua aspek sekiranya hendak melihat lagi kewujudan bangsa melayu ini.
  7. Walau apa sekalipun, kita perlu mempersiapkan diri kita akan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada bila-bila masa sekarang ini. Kita perlu sentiasa peka dengan keadaan-keadaan di sekeliling kita.

Tuesday, April 14, 2009

PENGLIBATAN GURU KUMPULAN A DALAM UMNO

Dalam ucapan penggulungan Menteri Pelajaran yang juga merupakan Naib Presiden UMNO yang baru menang itu ada menyuarakan hasrat beliau mengenai penglibatan guru-guru kumpulan A dalam politik. Berdasarkan apa yang difahamkan hasrat beliau itu ditujukan kepada mereka-mereka yang ingin melibatkan diri secara aktif dalam UMNO sebenarnya. Penulis yakin dan percaya bahawa beliau menyuarakan hasrat itu secara sedar dan insaf semata-mata untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu. Siapa sangka dengan tidak semena-mena isu ini menjadi begitu panas sekali sehingga dalam akbar perdana semenjak dari tarikh itu sehingga sekarang terus diperkatakan ramai. Malahan diadakan secara langsung perbincangan dan perdebatan menerusi TV. Ini menunjukkan betapa hebat dan gahnya guru di mata rakyat.

Pelbagai reaksi yang dapat kita lihat apabila YB Datuk Seri Hishammuddin mencetuskan cadangan tersebut. Ada yang menyokong sepenuhnya untuk dilaksanakan tetapi perlu bersyarat dan sebagainya. Tidak kurang juga yang menyatakan tidak setuju termasuk juga di kalangan Kesatuan Guru. Ada juga yang mengatakan bahawa sekiranya guru-guru ini terlibat dalam politik maka pelajar-pelajar sekolah akan tertinggal dalam pelajaran dan macam-macam lagi. Malahan terdapat seribu alasan yang tidak membenarkan golongan guru bergiat aktif dalam arena politik.

Bagi penulis kita perlu melihat saranan ini dalam skop yang luas. Dan apa yang penulis ingin bicarakan di sini ialah dalam konteks penglibatan dalam parti UMNO. Cuba kita perhatikan kepada parti-parti politik lain sama ada dalam gabungan BN ataupun pembangkang. Pernah kita mengkaji dan melihat kekuatan yang mereka ada? Cuba kita perhatikan kepada ahli-ahli parti mereka. Jelas di dalamnya terdapat pelbagai gabungan komuniti intelektual dari peringkat sehabis bawah sehingga yang paling profesional. Siapa yang memegang jawatan-jawatan dari peringkat cawangan sehingga peringkat pusat? Pelbagai lapisan dalam organisasi masyarakat.

Sekarang kita perhatikan pula tentang lapisan masyarakat dalam struktur parti UMNO. Golongan atau kumpulan mana yang mendominasi kedudukan dalam menerajui jawatan-jawatan tertinggi parti baik di peringkat pusat atau cawangan dan bahagian? Kalau dalam parti lain terdapat pelbagai lapisan profesional yang menerajui kepimpinan tetapi dalam UMNO cuma satu golongan sahaja iaitu teknokrat. Kita dapat lihat seolah-olah pucuk kepimpinan UMNO hanya untuk golongan ini sahaja. Bagi mereka golongan guru ini hanya layak mengajar di sekolah sahaja. Sudah sampai masanya pemikiran begini ditolak ketepi. Sekiranya golongan guru ini diberi peluang melibatkan diri dalam parti maka keseimbangan itu dapat dilakukan. Penulis cukup yakin golongan guru sekiranya diberi peluang untuk aktif dalam parti, mereka mampu menjadikan oragnisasi dalam UMNO ini lebih melayu lagi.

Guru adalah satu-satunya kumpulan dalam kerajaan yang berkhidmat di peringkat paling bawah sekali sekiranya hendak dibandingkan dengan profesion lain. Mereka bukan sahaja berdepan dengan anak-anak murid malahan sehingga ke peringkat keluarga murid-murid berkenaan dan masyarakat setempat. Paling jelas dalam PIBG. Merekalah orang yang pertama mendengar keluhan hatta apa yang berlaku di peringkat bawahan ini. UMNO memerlukan kumpulan ini dalam memikirkan perancangan memartabatkan kedududkan orang-orang melayu keseluruhannya.

Bagi pemimpin-pemimpin, kita memang sudah tahu mereka akan turun ke bawah secara bermusim. Pelbagai alasan diberikan sekiranya mereka tidak turun ke bawah. Untuk menunjukkan keprihatinan kononnya, mereka mendirikan pusat-pusat khidmat masyarakat dengan harapan segala keluhan dan rintihan rakyat dapat disalurkan ke situ. Metodologi begini bukannya tidak baik tetapi masyarakat sebenarnya hendak melihat bahawa mereka ini didampingi. Karenah-karenah pemimpin dalam menangani isu sebegini rupa bukan setakat tertumpu kepada yang paling atas malahan di peringkat Bahagian seterusnya cawangan. Kebanyakan yang diangkat kepada pengetahuan pemimpin atasan adalah yang baik-baik sahaja. Masalah sebenar yang sepatutnya disampaikan entah kemana. Jadi siapa sebenarnya yang sentiasa dekat dengan masyarakat?

Dalam hal ini yang boleh diberi kepercayaan adalah kumpulan guru seperti mana senario yang dinyatakan di atas. Masyarakat di kampung sehingga kini masih menaruh perasaan hormat kepada guru bahkan daripada anak-anak didik mereka sendiri.

Kita tidak mahu golongan guru ini cuma menjadi kuli atau budak suruhan orang politik. Isu guru-guru menjadi budak suruhan orang politik ini sudah lama berlaku. Sebagai contoh sekiranya ada sebarang majlis yang melibatkan pucuk pimpinan parti yang diadakan di sekolah. Yang paling sibok ke hulu ke hilir sehingga waktu untuk menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terpaksa digunakan adalah tidak lain selain daripada guru-guru inilah. Kalau tersilap susunan atau apakebala, guru-guru inilah yang akan menjadi mangsa. Orang politik mengherdik pengetua dan pengetua pula naik angin pada guru. Sampai bila golongan guru ini hendak menjadi tunggangan mereka-mereka itu?

Apabila Naib Presiden UMNO mengangkat usul supaya Guru kumpulan A dibenarkan aktif dalam parti, maka pihak guru ini perlu memanfaatkan cadangan tersebut untuk segera direalisasikan. Golongan ini perlu bersuara dan mempunyai wakil atau tempat dalam saf kepimpinan tertinggi parti. Penulis menggesa agar golongan ini segera tampil ke hadapan kerana laluan sudah dibuka. Perbincangan dalam suasana yang sihat perlu diadakan dari masa ke semasa sehingga hasrat murni ini menjadi realiti.

Penulis cukup yakin dan percaya sekiranya perlembagaan atau peruntukan membenarkan golongan ini aktif dalam parti, UMNO akan menjadi relevan semula di hati masyarakat melayu. Kita perlu melihatnya dalam konteks jangkamasa panjang. Mungkin golongan ini mampu meredakan kemelut yang tidak menentu dalam parti ini. Sama-samalah kita memikirkan sesuatu yang dapat memanfaatkan orang melayu khususnya.

Sunday, March 22, 2009

APA MAKSUD PERUBAHAN?

Masih lagi mengenai orang Melayu. Tetapi kali ini penulis hendak fokus kepada orang Melayu dalam UMNO terutama sekali dalam Sayap Pemuda. Penulis juga merupakan orang-orang Pemuda juga pada satu ketika dulu tetapi tidak memegang sebarang jawatan, cuma ahli biasa sahaja. Kini sudah terkeluar dari kelompok umur Pemuda dan menjadi ahli UMNO sahaja. Apa yang hendak diluahkan di sini ialah mengenai sikap, tingkahlaku, watak dan keperibadian sebahagian besar di kalangan Pemuda melayu ini. Terdapat pelbagai cara ditunjukkan atau diluahkan oleh orang yang menyayangi parti ini.

Penulis melihat aspek-aspek di atas itu masih lagi tidak berubah malah semakin parah dibuatnya. Pertama mengenai sikap hormat kepada orang-orang yang lebih tua dan juga sesama sendiri. Cukup jelas diperlihatkan imej dan perangai sebenar golongan ini ialah semasa pilihanraya baik di peringkat umum maupun di dalam parti. Isu ini sudah dibangkitkan dan diperbahaskan oleh pakar-pakar hal ehwal politik terutamanya selepas pilihanraya ke 12 yang tahun lalu. Teguran dan saranan sudah berbuih disemburkan. Malangnya tiada siapa yang mengambil peduli malahan isu ini terus di kesampingkan hatta daripada pucuk kepemimpinan sendiri. Inilah yang cukup menyedihkan.

Orang melayu cukup terkenal dengan budi bahasa, adat bersopan-santun dan saling menghormati sesama sendiri. Zaman penulis budak-budak dahulu, penulis tinggal di kampung. Masih teringat lagi kalau hendak lalu di depan orang, kena bongkok dan hulurkan tangan kanan ke bawah meminta izin hendak lalu. Bahkan kalau duduk kena bersila, tidak boleh duduk berlutut (memeluk lutut).Tapak kaki tidak boleh di hala kepada orang. Bagi yang perempuan pulak kena duduk bersimpuh. Kalau orang tua sedang bercakap tidak boleh menyampuk atau mencelah. Ini adalah merupakan sebahagian daripada asas keperibadian orang melayu yang dipertontonkan kepada generasi pada masa itu. Apabila asas sudah ada dan sentiasa dipraktikkan serta dikawalselia sejak dahulu, sudah pasti ia akan menjurus kepada perwatakan yang bertamadun. Perkara inilah yang dilihat tidak ada di kalangan anak-anak melayu dewasa ini.

Banyak faktur yang mungkin menjadi penyebab di dalam membicarakan hal sedemikian. Antaranya ialah dari segi family up bringing itu sendiri. Hal sebegini asas perlu dilakukan secara berterusan dari generasi ke generasi. Malangnya pelbagai pencemaran minda yang melanda di kalangan orang melayu menyebabkan perkara asas ini terus hilang dimakan virus modernisasi.

Penulis cukup sedih sekali melihat gejala seperti ini terus menerus berlaku tanpa ada sebarang kesedaran di dalam diri golongan ini. Tidak ada perasaan hormat kepada orang lain langsung seolah-olah merekalah yang paling berkuasa dan tidak boleh ditegur. Muka masing-masing langsung tidak bercahaya. Kalau hendak kata berlagak, memang tepat sekali panggilan tersebut. Bukan hendak mengata atau memfitnah tetapi inilah yang dipertontonkan kepada kita. Yang menjadi ikutannya siapa? Sudah tentulah generasi-generasi pelapis yang ada sekarang. Yang menjadi masalahnya ialah apabila perkara ini diajukan kepada pucuk kepimpinan, masih tidak ada perubahan. Sedangkan kita dengar setiap lapisan mengata dan memberitahu hendakkan perubahan. Apakah mereka faham atau tidak dengan perkataan perubahan yang dilaung-laungkan? Apakah mereka faham dengan maksud dan konsep perubahan tersebut? Sebenarnya bukan perubahan yang kita tekankan, sebaliknya bagaimana hendak meletakkan semula parti melayu ini di landasan yang sebenar. Landasan yang menjadi asas kepada perjuangan asal kita. Landasan yang sekian lama menjadi pegangan dan paksi perjuangan bangsa yang tidak mudah dipintal hatta dirobek sekalipun oleh mana-mana pihak lain.

Kita mahukan orang lain menghormati kita tetapi kita sendiri tidak ada perasaan itu terhadap bangsa kita sendiri. Kita sendiri yang membunuh bangsa kita. Tidak payahlah ada sesiapa yang hendak menafikannya. Inilah hakikat realiti yang berlaku sejak kebelakangan ini di kalangan orang melayu. Kalau kita berani menghentam orang maka kita cukup harus berani dihentam orang. Jangan hentam keromo tetapi hentam dengan bijaksana dan terima dengan bijaksana.

Bagi penulis perkara asas yang perlu golongan ini lakukan perubahan ialah dari segi sikap, tingkahlaku, adab sopan, gaya, pertuturan, ada perasaan hormat dan yang tidak lupa juga jujur (satu-satunya perkataan yang sering dipertikaikan). Kalau perlu diadakan program bagi membantu menyedarkan mereka dengan adab dan tatasusila orang melayu, maka ianya amat dialu-alukan. Ada di antara rakan penulis mengatakan bahawa mereka-mereka ini sudah liat dan susah untuk diperbentukan. Penulis tidak percaya dengan alasan-alasan sedemikian kerana penulis berkeyakinan bahawa orang melayu tidak sedegil dan sebodoh itu. Kalau ada kemahuan di mana-mana pun ada jalan untuk mengatasinya.

Sebab itulah kita perlu kembali kepada ilmu dan pendidikan di dalam Islam. Kita mempunyai ramai bijak pandai dalam aspek agama. Kita juga mempunyai ramai bijak pandai dalam memperkatakan motivasi. Jadi, mengapa kita tidak mengambil peluang ini? Kalau benar kita ada melaksanakannya, sejauhmanakah pengisian itu benar-benar dihayati dan realisasikan di hadapan kita? Kita selalu memberi motivasi dan pendekatan agama di kalangan pelajar sekolah tetapi kita tidak pernah hendak memotivasikan diri kita. Dengan lain perkataan bercakap cukup pandai tetapi apabila terkena diri sendiri, buat-buat tidak tahu sahaja. Apabila orang lain tuduh kita macam-macam maka mulalah hendak memberontak. Riuh satu dunia dibuatnya.

Golongan pemuda adalah merupakan pelapis kepada kepimpinan masa depan. Terjadi dan terdapatnya masalah sedemikian rupa adalah berpunca dari siapa? Kalau hendak dikatakan pemimpin pun iya juga. Hendak dikatakan orang-orang yang dipimpin pun iya juga. Hendak dikatakan organisasi pun tidak salah juga.Bagi penulis yang salahnya adalah diri sendiri. Tidak jujur pada diri sendiri. Membohongi diri sendiri. Memperhambakan diri sendiri untuk mengutip kesenangan yang ternyata palsu. Membiarkan jiwa diterokai orang lain. Mengapa ya? Sebab kita tidak kenal diri kita. Tidak mahu cuba mengenali diri kita. Lantas membiarkan sahaja diri itu. Inilah padahnya.

Monday, February 16, 2009

ORANG MELAYU DAN ILMU

Sebagai orang melayu kita sepatutnya perlu rasa bangga dengan keturunan kita. Kita sepatutnya tanamkan sifat sayang menyayangi sesama kita dan sentiasa menolong di antara satu sama lain sama ada di dalam bidang ekonomi mau pun pendidikan. Untuk menjayakan agenda tersebut orang melayu mesti berilmu. Dengan menguasai ilmu barulah kita boleh menguasai dunia.
Persoalannya sejauhmanakah orang melayu benar-benar menguasai ilmu-ilmu tersebut? Apakah sudah memadai dengan ilmu-ilmu yang sudah kita perolehi sekarang? Apakah kita sudah boleh berbangga dengan tahap pencapaian orang-orang melayu dalam arus perdana sekarang? Apakah aras pencapaian kita sudah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini?
Tidak perlu kita membandingkannya dengan bangsa barat sekiranya kita merujuk kepada yang bersifat global. Kita perlu lihat kepada bangsa-bangsa yang berada di negara kita. Tiga bangsa utama yang mendominasi negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Di manakah aras pencapaian kita dengan bangsa Cina dan India? Mungkin kita mendepani mereka dalam aspek pendidikan, benarkah? Lebih ke hadapan dalam bidang ekonomi, jauh sekali. Yang lebih menonjol dalam situasi sekarang ialah bidang politik. Orang melayu meletakkan politik sebagai kuasa (power) berbanding dengan orang Cina meletakkan wang sebagai punca kuasa. Sekiranya kita benar-benar mendominasi kuasa tadi, sepatutnya kita juga mendominasi bidang ekonomi yang menjurus kepada perolehan wang. Kita yang sepatutnya mengawal perolehan itu untuk membantu orang-orang melayu.
Sedihnya, berdasarkan situasi sekarang, kita dapati apa yang sepatutnya kita tumpukan iaitu memantap dan menyatukan institusi melayu dalam banyak hal tidak diberi penekanan semasak-masaknya. Kalaupun ada ianya tidak pernah sampai ke dasarnya. Mungkin setakat dua atau tiga lapisan sahaja. Mengapa terjadinya sedemikian rupa? Kita mempunyai barisan kepimpinan melayu yang mantap baik daripada pihak kerajaan dan begitu juga dengan bukan kerajaan. Malangnya pemimpin-pemimpin kita lebih banyak beretorik. Kita asyik disantak dengan semangat, semangat dan semangat kemelayuan. "Hidup Melayu" ??? Apakah dengan semangat semata-mata maka melayu akan berjaya? Bolekah kita hidup dengan semangat saje? Nak makan nak minum dengan apa, dengan semangat? Makan pulut semangat (pulut kuning) adalah, itu pun sekali-sekala.
Semangat tanpa bantuan dalam aspek kewangan tidak memungkinkan kita berjaya menjuarai ekonomi dan bidang-bidang lain. Kita juga mempunyai gagasan pemikir-pemikir melayu yang cukup hebat lagi gagah sama ada yang berakademik tinggi atau sebaliknya. Tidak terkecuali para pemimpin kita tadi. Maka dalam hal ini, segala bentuk sumbangan idea perlu disertakan dengan pelan tindakan. Dan saf kepimpinan perlu mengambil tindakan sehingga kejayaan hakiki diperolehi, bukan setakat dua atau tiga lapisan sahaja. Untuk menjayakan pelan tindakan itu perlu ada satu tabung kewangan yang bertujuan untuk disalur dan digunakan dalam merealisasikan hasrat membantu orang melayu.
Orang Melayu perlu bersatu. Malangnya orang melayu hanya akan bersatu sekiranya ada perkara yang membawa kepada kepentingan bersama iaitu semangat. Apabila orang melayu dicabar hatta Raja-Raja Melayu sekalipun, barulah orang melayu akan bersatu. Itu pun bersatu dalam kelompok masing-masing dengan slogan 'Aku lebih melayu daripada kamu'. Akhirnya berlaku seperti yang berlaku sekarang (bahkan sejak sekian lama, begitulah). Propaganda-propaganda yang diokestrakan oleh pihak-pihak yang sejak dahulu ingin menghancurkan kita membuatkan Melayu sesama melayu terus bercakaran. Inilah yang mereka mahukan. Malangnya ada juga orang melayu yang menggunakan pendekatan ini.
Orang melayu semakin hari semakin lemah. Mengapa? Kerana orang melayu tidak berilmu. Ilmu itu luas maksud dan pengertiannya. Kita perlu mencari dan mendalami ilmu yang Allah turunkan. Ilmu tanpa pengisian pun tidak berguna juga. Dengan ilmu yang mantap serta perkongsian ilmu sesama kita (dalam pelbagai bidang keilmuan dan kandungannya), trend pemikiran dan apa jua tindakan dalam wadah yang sama dapat digerakkan. Penyatuan inilah yang perlu kita cari dan lakukan untuk memperkasarayakan minda, imej dan tindakan dalam institusi melayu.

Sypmtom Checker

loading...