Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

PERJUANGAN BANGSA - DIKEKALKAN, DIBUAT PENAMBAHBAIKAN ATAU ADAKAN YANG BARU?

Aku berkesempatan menonton siaran temubual dengan mantan Presiden UMNO walau pun sudah jauh malam. Apa yang beliau sampaikan sebenarnya sudah lama menjadi tajuk perbualan dalam kalangan ahli dan yang bukan ahli. Parti sudah tua maka sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin yang sudah juga tua supaya berundur untuk memberi laluan kepada generasi muda bagi menjadikan parti ini muda semula. Bolehkah perkara ini menjadi realiti? Jawapannya juga sudah diberikan mantan Presiden.


Selagi keduniaan yang dikejar, tidak mungkin ada pemimpin yang sanggup mengundurkan diri. Asas perjuangan yang menjadi tonggak kepada kewujudan parti sudah tidak diberi perhatian. Segala kata-kata yang didokumenkan hanya menjadi retorik semata-mata. Bagaimana mungkin hendak mengembalikan kecemerlangan parti seperti sebelum ini. Bagaimana hendak menarik minat dan sokongan khususnya generasi muda dalam meneruskan kelangsungan parti. Sukar adalah jawapannya.


Ahli parti diminta membuat pengorbanan tetapi pucuk kepimpinan langsung tidak mahu menunjukkan pengorbanan. Kemaruk kepada perjuangan peribadi semakin menjadi-jadi. Tidak hairanlah kalau ada yang mengatakan sekiranya hendakkan kemewahan dan keduniaan, jadilah ahli parti ini. Kata-kata ini memang memedihkan telinga tetapi apakah daya yang perlu dilakukan. Cakaplah sebanyak mana sekalipun, isu ini akan terus menjadi isu.


Parti yang sudah tua ini perlu dipimpin generasi muda dengan idea-idea baru. Pasukan pelapis sedia ada langsung tidak menampakkan ciri-ciri kepimpinan seperti yang dipusakai kepimpinan terdahulu. Pasukan pelapis ini juga perlu diketepikan. Peranan mereka apakah sebenarnya. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan langsung tidak diberi respon yang profesional. Peranan mereka asyik mencabar dan mencabar orang lain. Sepatutnya seperti kata mantan Presiden, mereka perlu memberi penjelasan sejelas-jelas mungkin terhadap tohmahan yang dilontarkan itu.


Kesilapan paling besar dalam membicarakan hal ini ialah peran contohan (role model) yang ditunjukkan kepimpinan yang ada. Tidak beradab, kurang ajar, tidak profesional (antaranya) inilah yang dipaparkan kepada generasi muda. Sikap-sikap seperti inilah yang menjadi ikutan pelapis sedia ada. Ini belum mengambilkira aspek ketahanan diri lagi. Akhirnya yang terlahir adalah barisan pelapis yang lemah dan lesu. Perjuangan bangsa dikesampingkan terus menerus. Mengejar kesenangan diri menjadi perjuangan hakiki yang bertopengkan perjuangan bangsa.


Dalam setiap Perhimpunan Agong Parti, jurucakap-jurucakap (meminjam kata-kata mantan Presiden) bercakap, bermadah, berpantun berapi-api seolah tidak berpijak di bumi yang nyata melaungkan isu berkaitan perjuangan dan nasib bangsa. Malahan amanat para pemimpin tertinggi tidak kurang hebatnya. Sebaik sahaja habis perhimpunan mewah ini, di manakah tindakan susulan yang perlu diambil tindakan sewajarnya? Panas hanya beberapa hari selepas tamat terus menjadi sejuk sesejuk-sejuknya malahan terus membeku.


Bangsa Melayu telah berpecah kepada tiga kelompok utama. Pelbagai kelompok lagi tumbuh selepas ini. Akibat dari pepecahan ini, kekuatan bangsa melayu sudah terhakis. Semua menuduh parti kita sebagai penyebabnya. Kalau dulu kita pernah terdengar bangsa melayu menjadi pengemis di negara sendiri, kini kenyataan itu sudah menunjukkan realitinya. Kita menjadi pengemis dan peminta sedekah kepada bangsa minoriti. Siapakah yang menjadi tonggak pemegang utama ekonomi negara?. Di manakah kesedaran kita?. Bukannya kita tidak sedar. Kita sengaja atau pura-pura tidak sedar.


Inilah antara kekecewaan yang sering kedengaran di telinga dari pelbagai kelompok masyarakat melayu. Kemampuan adalah amat terbatas dan yang mampu dilakukan adalah dengan penjelasan akan matlamat perjuangan yang merujuk kepada perjuangan asal penubuhan parti. Sejarah tetap sama walau pun zamannya berbeza. Generasi muda perlu disedarkan dan dididik semula dengan merujuk kepada sejarah itu.


Apakah asas perjuangan parti yang diwujudkan dahulu boleh diteruskan, dibuat penambahbaikan atau kita perlu mewujudkan asas perjuangan berbentuk lain?. Apakah asas perjuangan bangsa boleh diterima lagi pada masa kini atau perlukah kita menukarkan kepada asas perjuangan yang lebih besar iaitu Islam yang kini menjadi medan perjuangan yang terus menerus dibicarakan generasi sekarang. Oleh yang demikian, kalau kita masih menyayangi bangsa kita, maka kita perlu reviu semula perjuangan kita sejajar dengan dengan matlamat beserta panduan yang telah dibekalkan kepada kita sejak berkurun lamanya.


Bangsa lain yang bukan Islam sudah lama menggunakan panduan percuma ini dan mereka menjadi maju, boleh dikatakan di dalam semua bidang. Jadi, mengapa kita tidak mahu menggunakannya. Sebagai umat Islam, sudah pasti kita mempunyai kelebihan. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan menyeimbangkannya dan kita sebenarnya boleh menjadi lebih maju daripada mereka. YAKINLAH.


Friday, July 10, 2009

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA HATTA PERBUATAN BURUK PADAHNYA

  1. Semalam, Manoharan ADUN Kota Alam Shah berkata, beliau enggan memakai pakaian yang beridentiti atau bercirikan kemelayuan walaupun menghadiri majlis rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai protes terhadap kerajaan yang enggan memberi status Bumiputera kepada bukan Melayu.
  2. Perlembagaan sudah termaktub siapa Bumiputera dan siapa bukan Bumiputera serta hak keistimewaan Bumiputera ini tanpa mengabaikan hak bukan Bumiputera. Ia sudah dipersetujui oleh semua kaum sebelum ini. Ia sejarah negara dan sebagai Adun sepatutnya dia lebih tahu dan bukan mempertikaikannya. Kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap mereka yang mempertikaikan Perlembagaan negara dan mencabar hak keistimewaan orang Melayu. Orang Melayu sudah banyak beralah sebelum ini dan kenyataan ini mencabar hak keistimewaan orang Melayu yang sudah dipersetujui semua.
  3. Pakar sejarah dan pemerhati politik, Prof Emiretus Datuk Dr Khoo Kay Kim, menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan tidak layak menjadi warganegara Malaysia. Beliau berkata, songkok dan baju Melayu sudah diterima sebagai sebahagian daripada pakaian kebangsaan dan ia tidak perlu lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak. "Songkok atau baju Melayu adalah pakaian kebangsaan. Mengapa (Manoharan) berperangai seolah-olah tidak tahu. Kalau seseorang hendak mengadap sultan atau Yang di-Pertuan Agong, perlu pakai songkok dan baju Melayu. Kalau tidak mahu pakai, jangan jadi warganegara atau keluar saja dari Malaysia,"
  4. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata beliau mengingatkan kepada orang Melayu supaya menginsafi diri mereka kerana kini wujud sekumpulan individu di negara ini yang berani menghina budaya Melayu. Katanya, sikap Manoharan itu menunjukkan sebilangan kecil rakyat di negara ini tidak menghormati orang Melayu walaupun selama ini orang Melayu amat menghormati hak dan kebebasan kaum lain. "Orang seperti ini sebenarnya tidak sedar `di mana bumi dipijak, di mana langit dijunjung'. Bagi diri saya, dia (Manoharan) hendak pakai apa pun pakailah. Kalau tidak mahu berpakaian pun tidak mengapa kerana kalau kita larang pun, kita dianggap tidak menghormati hak kebebasan orang lain dan kalau kita tegur, dianggap tidak demokrasi. "Yang penting, orang Melayu perlu menginsafi diri sendiri kerana kini ada pihak yang mula berani memijak mereka," katanya.
  5. Bagi bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad, menyifatkan Manoharan biadap dan cuba mencabar hak Bumiputera. Beliau mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengambil tindakan terhadap Manoharan yang menentang perlembagaan negara. "Kita juga mahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menanganinya," katanya.
  6. Sudah terang lagi bersuluh. Sudah nyata, nak nyata apa lagi. Masalahnya masih ada lagi bangsa melayu yang terus menerus hendak menjadi champion kononnya inilah perjuangan hak kesamarataan. Dulu DAP hendakkan Malaysian Malaysia dan sekarang orang India hendakkan status bumiputera pula. Dari segi permintaan, kedua-duanya membawa kepada pengertian yang sama sahaja.
  7. Apakata kalau orang melayu membuat permintaan berbunyi begini. "Kami orang melayu dan negara ini adalah Tanah Melayu. Maka dengan segala hormatnya dipersilakan keluar dari Tanah Melayu ini kepada mereka-mereka yang bukan melayu dan pulanglah ke negara masing-masing. Orang Cina balik ke negara China, India dan Benggali balik ke negara India". Memang benar apa yang dikata bahawa orang melayu cukup lembut hati dan suka mengalah, kononnya atas dasar perpaduan berbilang bangsa.
  8. Tidak tahulah setakat mana had dan kesabaran perlu dipertahankan. Kebiadapan perlakuan pemimpin Cina dan India termasuk segelintir melayu yang menjadi baruanya semakin menjadi-jadi dan dilihat seolah-olah pemimpin negara tidak berupaya mengawalnya. Perkara ini sebenarnya semakin merungsingkan rakyat kerana sekiranya tindakan segera dan drastik tidak diambil, dikuatiri percikan-percikan api yang dipercikan di sana sini akan mula membakar perasaan dan hati orang melayu. Sekiranya ini berlaku, percayalah amat sukar untuk dihentikan kerana di sinilah akan diperlihatkan diri sebenar orang melayu.
  9. Kita tidak mahu parang mula diasah, keris mula diasapkemenyankan, stanjak mula diacukan, selendang merah mula diujiketatkan, selempang mula diujisangkutkan, gerak dan nafas mula disatukan dan akhirnya bunyi paluan gong dinanti-nantikannya. Sebenarnya kita tidak mahu sehingga sampai ke tahap ini dalam menangani kebiadaban segelintir pemimpin-pemimpin bangsa ini. Dan kita juga tidak mahu sehingga sampai ke tahap apa yang dikatakan dayus.
  10. Sehubungan itu, kita berbalik kepada asas iaitu soal penyatuan orang melayu. Melayu perlu disatukan atas nama Islam sebenarnya. Perlu mencari kepada titik pertemuan ideologi-ideologi yang diperjuangkan. Dengan bahasa mudah kita perlu back to basic. Back to basic ini ialah back to Al-Quran and Hadith. Not just looking at it merely for reciting but to understand each phrases, why it was said that way, what are the messages behind it and a lot more that can be derive. One for all and all for One

Monday, July 6, 2009

WAJAH SEBENAR PARTI DAP

  1. Semalam, akhbar melaporkan, Dr Boo dalam Majlis Pidato Batu Pahat, mendakwa ada perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera menyebabkan wujudnya amalan apartied dalam pentadbiran negara ini. Awal tahun ini, Dr Boo yang juga Ketua Pembangkang DUN Johor, pada sidang DUN berkenaan menyifatkan amalan `Bumiputeraisme' sama dengan dasar aparteid yang pernah dilaksanakan kerajaan kulit putih Afrika Selatan. Hishammuddin berkata, pihak berkuasa sedang mengkaji secara serius untuk mengambil tindakan tegas terhadap Dr Boo kerana ia adalah kali kedua beliau membuat kenyataan sedemikian.
  2. Seterusnya isu parti DAP dengan Kerajaan PAS Kedah. Antara isu yang timbul ialah tindakan meroboh pusat pemotongan babi, kuota 50 peratus hartanah Bumiputera, isu kuil dan tokong yang belum dapat diselesaikan serta lesen menjual babi di Pasar Alor Setar. Pertikaian isu berkenaan membawa kepada tindakan drastik DAP Kedah mengisytiharkan keluar Pakatan Rakyat negeri, minggu lalu.
  3. Sebenarnya sudah terlalu banyak isu-isu sensitif yang sengaja ditonjolkan oleh DAP ini. Kalau kita sorot kembali, sudah terlalu banyak dan sudah cukup memadai untuk kita katakan bahawa DAP sebenarnya adalah sebuah parti racist. Inilah satu-satunya parti yang secara terang-terangan cukup anti dengan bangsa melayu. Walaupun terdapat segolongan kecil ahli-ahlinya berbangsa lain tetapi hakikatnya parti ini adalah kepada memperjuangkan bangsa cina semata-mata.
  4. Dua isu terkini yang dipaparkan di atas sebenarnya ditujukan kepada siapa? Jelasnya kepada pihak pemerintah dan pemerintah adalah berbangsa apa, kalau tidak melayu. Kebiadaban parti DAP terhadap orang melayu sudah melampaui batas. Mereka duduk dalam Pakatan Rakyat pun hanya berpura-pura sahaja yang bertujuan untuk menghuru-harakan orang melayu sahaja. Memang wajar pihak kerajaan mengambil tindakan yang drastik terhadap mana-mana pemimpin DAP yang terlalu kurang ajar ini.
  5. DAP memang tidak akan berubah selagi matlamat mereka untuk menghancurkan orang melayu tidak berjaya. Mereka akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk menjayakan misi dan matlamat mereka hatta menggunakan orang melayu sendiri dan tidak menghormati institusi Raja Melayu. Cuba perhatikan apa yang berlaku di Perak. Siapa yang menjadi kuda tunggangan dan budak suruhan mereka. Semuanya orang melayu. Siapa yang sanggup baring di jalanraya menghalang kenderaan DiRaja sehingga sanggup mengaibkan pihak Istana Perak? Mereka tidak sekali-kali akan meletakkan maruah mereka sehingga ke tahap itu. Yang sanggup menjadi baruanya ialah orang melayu.
  6. Pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu terhadap pemimpin-pemimpin DAP ini. Kebiadaban mereka boleh mengundang kepada ketidaketenangan bangsa melayu. Kita sudah lama bermain sorong tarik dengan parti ini. Sudah sampai masanya untuk kita tarik habis atau sorong habis muka-muka ini. Mereka sebenarnya sengaja dengan celupar mempersenda-sendakan orang melayu. Mereka bersikap kurang ajar kepada kita saban hari. Cuba kita pergi ke kedai-kedai cina dan perhatikan layanan yang diberikan kepada kita. Rasakan sendiri pengalaman berurus niaga dengan mereka. Perhatikan cara, gaya dan air muka mereka semasa urus niaga dijalankan.
  7. DAP adalah sinonim dengan orang cina. Tidak terdapatnya perbezaan dengan MCA mahupun GERAKAN. "Cina tetap Cina", itulah kata-kata yang sering saya dengar sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Walau sejauhmana mereka berbuat baik kepada kita percayalah 60-70 peratus hatta 100 peratus perasaan benci kepada kita tetap ada di dalam diri mereka. Mereka akan berkawan dengan kita sekiranya ada kepentingan. Pure friendship mungkin ada dalam sekitar tidak melebihi 5 peratus sahaja. Mereka cukup hebat dan pandai berpura-pura dan bermuka-muka dengan kita.
  8. Mereka ini cukup takut sekiranya kesemua orang melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya. Mereka akan terus menyusun strategi dan langkah untuk memastikan bangsa kita berpecah dan berpuak-puak. Strategi divide and rule ini mereka akan pegang dan gunakan pada setiap masa. Kalau diperhatikan sekarang, strategi yang mereka gunakan sudah berjaya menampakkan hasilnya. Cuba perhatikan pergolakan antara melayu UMNO, PAS dan PKR. DAP cukup takut dan gentar sekiranya isu kerajaan perpaduan menjadi realiti dalam jangkamasa terdekat ini. Mereka akan cuba menghalang dengan menggunakan pendekatan paling lembut dan halus.
  9. Ramai yang mengatakan bahawa DAP, MCA dan GERAKAN adalah senada dan seirama. DAP bergerak sebagai pembangkang manakala dua lagi bergerak di dalam kerajaan. Mereka bergerak ke arah Malay..si..aa (melayu mati lah). Mereka akan terus mencabar kedaulatan bangsa melayu seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara.
  10. Memang kita cuba mengelakkan daripada berlakunya tragedi 13 Mei. Mereka sebenarnya sengaja hendak kita cetuskan tragedi serupa itu, supaya mereka boleh memberitahu dunia bahawa mereka dianiaya di negara mereka sendiri. Sekiranya itu berlaku, mereka akan mendapat pengiktirafan dari masyarakat antarabangsa dan tidak mustahil mereka akan mendapat sebahagian wilayah tanah melayu ini sepertimana berlakunya di negara-negara lain di dunia ini. Walaupun nampaknya tidak logik kepada akal tetapi apakah mustahil perkara sebegini rupa tidak boleh berlaku pada satu hari nanti.

Sypmtom Checker

loading...