Selepas selesai solat Isya, aku terus menukarkan pakaian dengan pakaian casual. Kunci kereta yang terletak di atas meja lampu berdekatan kepala katil, aku sambar dengan cepat.
"Lama juga aku tidak keluar ke bandar pada waktu malam", terfikir aku di benak pemikiranku.
Agak terkejut juga aku apabila melihat deretan kereta sedang menghala ke Pusat Bandar. Seolah-olah kesemua pemandu kereta itu sama berfikir macam aku. Terpaksalah aku mengikut gerakan kereta di hadapan yang bertali arus itu. Nasib aku agak baik kerana kereta-kereta itu tadi mula disperse sebelum sampai ke pusat bandar. Aku memperlahankan kereta aku lalu memberhentikannya betul-betul di hadapan pejabat tempat aku bekerja. Waktu menunjukkan pukul 9.40 malam. Tiba-tiba aku teringatkan salah seorang kawan aku bernama Sepol. Lantas tanpa berfikr panjang aku terus mencari nama beliau dalam address book talipun murah aku.
"Hello! Pol, dok mano ni? Kat KL ko atau masih di KB", aku terus bertanya sebaik sahaja dia memberi respon kepadaku.
"Ha! Abg Zul, saya masih di sini. Sedang makan dengan Fiz dan Jaja kat Kampung Sireh, marilah Abg Zul, makan sekali", balas Sepol beria-ia.
"Ha..ah, oklah jap lagi abg Zul sampai tapi kat kedai mana?", aku bertanya lagi.
"Ok! Kalau abg Zul dari KB Mall lalu terus depan Shell Jalan Hamzah, kemudian kat depan tu buat u-turn. Kedai makan belah kiri selepas pusing kereta tu", Saipol memberi arahan kepadaku menuju ke tempat makan tersebut.
"Ok! jap lagi Abg Zul tiba", balasku ringkas.
Sebaik sahaja aku tiba di restoran itu, aku dapati mereka bertiga sedang rancak makan nasi berlaukkan sup daging lembu, sotong goreng kicap dan telur dada. Begitu bereselera sekali mereka makan seolah-olah macam orang berbuka puasa gamaknya. Orang mudalah katakan, sudah pasti seleranya luar biasa. Lantas aku memesan minuman. Aku dipelawa makan bersama tetapi sebenarnya perut aku sudah aku penuhkan dengan nasi arab selepas maghrib tadi. Masih kekenyangan lagi.
Kami terus berbual selepas dripada itu.
"Bengae sungguh Abg Zul dengan set Klate main bola malae baru nih. Bodoh main lagu tu terutama sekali si Indera tu. Bengong sungguh, tendae bola tak masuk pas tu dok tersenggih-senggih macae menate beruk. Kalau aku boh dah lamo aku terajae dio keluar", aku membuka perbualan dengan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Terengganu Sabtu malam Ahad lepas.
"Hoh! tak senggih buat apo? Kakas tu....heiii....main barae tu. Bila tak keno gak, hoh! mulolah beronar", sampuk Jaja yang juga minat sengoti dengan bola ini.
"Oh! padaelah sorae pemain klate kena gantung berapa bulae....enam ko brapo?", tambah aku lagi.
"Malae tu Pia memae hebat. Cuba tengok dia tendae korna...huuh...masuk doh tu kalau nak kiro gak. Tapi puok-puok ni tak komplen pun", sepol turut menyertai perbualan kami.
"Johor pun main macae taik jugok. Nasib baik menae ser kosong. Mat Yo tu nok klek klate semulo tapi puok-puok Kafa tak layae doh. Nuar ghoyak kalu Mat Yo nok Klek Klate buleh tapi syarat cerai kae bini dio", Fiz tiba-tiba mencelah.
"Betul tu sebab Mat Yo anak mas Nuar. Maso Mat Yo kat Klate, diolah pemain pertama yang sign kontrak. Pas tu naik gaji semacae. Mat Yo masa tu tak kecek banyok dengae set-set pemain lain. Yo lah anok kesayangae Nuar lah katakae", sambung Jaja lagi.
"Abg Zul nak raso lah kalu lagunilah perangai pemain-pemain Klate, mapuh-mapuh. Imej tercelar tu sedaekae umum tahu pasukan Klatelah yang telah berjaya mengembalikae kegemilangae bolasepak kito dengae penyokong beserta gelaran red warrior. Design Jay Cee yang tak samo dengae pasukan lain dan macae-macae lagi. Raso-raso dalae setahun duo ni mapuhlah team Klate ni, cayo lah", aku menambahkan lagi keseronokan intipati perbualan.
Semakin ramai pelanggan masuk untuk menjamu selera di restoren berkenaan.
"Oh! ya baru-baru nih Abg Zul ada lalu kat Bukit Merbau kat kawasae hok nok buat Stadium baharu Red Warrior. Come tempat dio, sengoti weh. Latar belakae bukit-bukit tu lah. Memae come. Pas tu Abg Zul ada tanyo orae kat situ tentang hargo tanoh. Demo tu ghoyak tanah kat situ mahal doh. Bila stadium itu dibuat nanti, kawasan di situ turut akan naik membangun. Jalan akan jadi besar dan tama-taman perumahan sudah pasti akan naik. Silap-silap sekolah sedia ada kat situ akan jadi lebih besar lagi. Bagus gak kerajae Klate buat perancangae macam tu",
"Tapi Nuar tok seh buat kat situ. Dia nak buat kat Tunjung dekat Wakaf Che Yeh nuh", balas Jaja.
"Hohlah kalau kat Tunjung, dekat sikit dengae Kota Bharu. Tak payahlah nak redoh masuk bukit nuh", disambung pulak oleh Sepol.
"Alah semuonyo tu kecek politik jah. Pecah tanah hok buat ari tu hanya lakonae saje. Entah bilo nak buat....hemmmm...politik. Cayolah sampai tahun depae pun tak akan bina stadium tu", jebek Fiz.
Kesihan kat orang Kelantan, hijau putih lawan merah putih, yang ternganga rakyat Kelantan. Merbau tak dapat, Tunjung tak dapat. Walhal rakyat Kelantan majoritinya Melayu. Mengapa kedua kepimpian Melayu masih lagi tak sedar-sedar. Betullah seperti yang dikatakan apabila politik mengatasi segala-galanya, Islam pun akan dipertikaikan. Kecerdikan kepimpinan Melayu memperbodohkan pengikut masing-masing iaitu orang Melayu bodoh lagi dungu, cukup berjaya dilaksanakan. Sekarang control switch ada di tangan mereka. Malangnya mereka lupa tentang apa yang dilakukan. Mereka lupa siapa yang memegang the main switch.
"Walau pun ramai yang mengatakan Nuar ini hebat tetapi bagi Abg Zul he is nothing. Dia lupa siapa yang mengangkat dia naik tatkala parti dia meminggirkan dia. Dia lupa siapa yang memberi amanah kepada dia untuk menerajui Kafa. Kalau tidak kerana kecedikan kepimpinan kerajaan Kelantan, usah mimpilah Nuar akan jadi sohor seperti hari ini. Dan seperkara lagi apakah rakyat Kelantan sudah lupa apa yang beliau lakukan terhadap Sultan Kelantan satu ketika dahulu? Cepatnya lupa rakyat Kelantan ni. Takkanlah dengan membawa Kelantan menjuarai tiga Piala utama Bolasepak maka kesalahan menderhaka kepada Al-Sultan Kelantan boleh diketepikan dengan begitu sahaja", aku menekan lagi kandungan perbualan yang semakin rancak.
"Isunya mengapa kerajaan Negeri nak buat stadium tu kat Bukit Merbau. Tempat tu jauh sangat dari KB ni", celah Fiz pulak.
"Mu ni pun satu hal juga Fiz. Mu dah tahu kae Bukit Merbau tu dok lagu tu jah berzaman-zaman. Lokasinya pulak berhampiran Pasir Puteh dna Selising. Bila terbinanya stadium tu nanti sudah pastilah akan berlaku pembangunan pesat kat situ. Taman perumahan, rumah kedai dengan jalanraya lebar dan baru. Bukan itu sahaja malahan boleh share development dengan Kok Lanas sebab lokasinya dok di tengah. Orang kampung situ bolehlah jadi senang sikit tanah mereka dinilai dengan harga yang tinggi. Bahkan lohni pun harga tanah kat kawasan itu dah melambung tinggi, tak doklah 10-20 ribu. Dah gi ratus ribu doh",jawap Jaja kerana bengang dengan pandangan Fiz.
"Bila kawasan tu dah naik, bolehlah berniaga kat situ, tak gitu pol?", aku memandang ke arah Sepol yang hanya tersengih itu.
Tuesday, August 27, 2013
Sunday, August 25, 2013
MENGENANG KEMBALI TRAGEDI MAUT DI GENTING HIGHLAND
Pada hari ini aku memulakan ibadah puasa sunat enam atau dikenali sebagai puasa enam yang hanya dilakukan dalam bulan syawal. Agak lewat juga aku memulakan ibadah ini. Walau bagaimana pun aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah sbt keranan dengan keizinanNya jua dapatlah aku melakukan ibadah ini secara berterusan sejak dicampakkan di sini. Apatah lagi dikellilingi dengan persekitaran yang menekan ciri-ciri kerohanian selain rakan-rakan yang turut menekankan aspek tersebut.
"Jom kita gi breakfast", ajak rakan aku Lan seawal pgi kami sampai ke pejabat.
"Alamak, sorry Lae, kawe posa hari ni", balas aku pendek.
Aku kemudian singgah di bilik salah seorang rakan setugasku yang bernama Zahri. Masuk pada hari ini dia sudah melakukan puaa enam selam dua hari.
"Salam, Ya sahabat! Apa kabar demo? Untuk makluman demo sepertimana kawe janji kelmarin, hari ni kawe start puasa enam. Bileh teman demo lah", tegurku.
"He he...alhamdullillah. Barulah mantap macam ni", balas Zahri ringkas.
"Oh! Ya! Zahri, demo ada tengok berita malae tadi. Ni lah pasal bas terjun gaung kat Genting Highland kelmarin pukul 2.45 petang", aku bertanya kepada Zahri mengenai kemalangan itu yang ditonton dalam berita jam 8 TV3 malam tadi.
"Hah ada gak"
"Ramai juga yang mati. Dikabarkan seramai 37 orang, sementara yang cedera pulak 16 orang. Huu...ngeri juga aku tengok kat TV malam tadi", sambil menarik kerusi rapat ke meja kerja Zahri.
"Pemandu bas ni tidur ke apa? Bukan bas ini sedang menurun bukit. Sama ada dia tidur atau brek bas yang dibawa itu sudah out", rungut kawanku Zahri.
"Entahlah Zahri. Dalam akhbar pagi ini macam-macam telaah dan statement yang keluar. Bas sudah uzurlah, Polis kata Bas dalam senarai hitam merekalah, Bas dah goyang sana goyang sini. Macae-macaelah demo dok kato. Bagi aku itu semua nak dijadikan sebab musabab. Yang aku nak pertikaikan ni banyak. Kalau dah tahu bas itu buruk, apa dibiarkan bas itu beroperasi? Bukannya mereka tidak tahu yang bas itu adalah merupakan pengangkutan awam yang setiap hari berulang alik dari KL ke Genting Highland. Ini menunjukkan bahawa agensi penguatkuasaan tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Aku tengok kat negara kita ni, bila berlaku kemalangan dan melibatkan kematian ramai barulah terhegih-hegih nak buat penguatkuasaan itu dan ini. Aku tengok dia orang ni masih tak belajar lagi dari insiden-insiden sebelum ini", aku memulakan ceramah pagi.
"Nak buat macamana bang, dah begitu keadaannya malahan aku teringat isu pengangkutan awam ini juga sudah acapkali dibahaskan di Parlimen begitu atas platform-platform lain. Puak-puak ni kalau bab berlakon, memang grammy award winning bakat dia orang. Yang terus menerus menjadi mangsa korban adalah rakyat macam kita ni lah. Yang terpaksa naik bas sangkut, bas buruk, perjalanan lambat dan paling malang dengan tambang yang tidak sewajarnya", Zahri menyambung kandungan perbualan kami.
"Aku pun pelik juga. Bukan kali ini sahaja tragedi sebegitu rupa berlaku kat jalan Genting Hughland tu. Kalau tak silap aku semenjak tahun 1995 lagi dah mula berlaku kemalangan-kemalangan ngeri seperti itu, boleh dikatakan semenjak tahun itu sehingga yang terkini ini jumlah nyawa yang dah melayang kat situ seramai 80 lebih dah. Sepatutnya pihak berkuasa dah lama memikirkan sesuatu bagi mengelak kemalangan berterusan seperti itu. Sebenarnya apa yang patut dilakukan adalah menetap dan mengekalkan penguatkuasaan secara lebih keras terhadap penggunaan jalan itu baik kepada pengguna mahu pun pengusaha pengangkutan awam. Kena berkeras, tak boleh dah nak berlembut-lembut lagi", aku mengemukan pandangan.
"Kita boleh cakap apa sahaja bro. Rakyat boleh komen panjang lebar berjela-jela. Kau ingat dia orang nak ambil pandangan orang macam kita ni? Dalam sehari dua ni kita boleh tengoklah kesebokan dalam berita terutamanya dalam kalangan Pak Menteri. Lepas tu percayalah senyap semula sepertimana senyapnya selekoh jalan itu pada waktu malam, yang sedia menanti mangsa-mangsa berikutnya. Kau ingat dengan jumlah kematian yang ramai di sana akan menyepikan suasana kat atas bukit puaka tu? Semakin banyak bilik-bilik hotel disediakan adalah. Yang pentingnya bro mereka akan terus buat duit kau tahu. 86 nyawa, what is there for those people? Cuma rakyat yang tak cerdik macam kita sahaja ni lah yang beria-ia mendaki bukit itu dan menderma wang kepada mereka. Tak gitu bro?", marah benar nada kawan aku Zahri.
Inilah senario yang berlaku. Apa yang diucapkan kawanku itu ada kebenarannya. Sudah sampai maanya pihak kerajaan memikirkan sesuatu kalau ia pun rakyat masih berdegil hendak naik ke tempat perjudian itu. Aspek jalanraya perlu dirancang semula dengan mengurangkan selekoh-selekoh bahaya. Selain itu pembesaran jalan juga perlu difikirkan juga. Yang paling utama aspek pengangkutan awam. Mungkin penggunaan kabel car diperbanyakkan dengan lebih efektif. Penggunaan bas perlu dikurangkan. Dari segi kewangan pula suruh sahaja empunya Genting Highland kat atas bukit itu biaya. Kalau tidak pun kutipan cukai perjudian gunakanlah untuk tujuan itu.
"Walau apa-apa pun bagi aku cara yang paling baik untuk mengelakkan daripaa berlakunya tragedi sedemikian rupa ialah lebih jangan ke sana. Apa faedahnya pun aku tak tahu"

Wednesday, August 21, 2013
DI SEBALIK MESIR OH! MESIR
"Wow! pagi-pagi lagi dah merenung jauh. Apa yang kau sedang fikirkan ni Lan?", Aku menyergah kawan sejawatku yang sedang mengelamun jauh itu.
"Tak, aku sebenarnya sedang memikirkan saudara-saudara seagama dengan kita yang setiap masa menjadi sasaran golongan yang anti kepada kita. Sekarang ini di Mesir pulak. Sampai bila akan berakhirnya penyeksaan ini", balas Lan sambil menghirup teh tarik yang berbuih itu.
"Allah Maha Mengetahui atas segala-galanya Lan. Bagi aku jawapannya mudah sahaja. selagi kita umat Islam tidak bersatu dan berdamai sesama sendiri secara mutlak, selagi itulah kita akan menjadi mangsa sasaran puak-puak ini", Aku menjawap persoalan kawan aku itu berdasarkan persepsi aku sendiri.
"Betul kata kau tapi aku tidak nampak apa yang dikatakan bersatu itu. Yang aku nampak perpecahan sahaja. Masing-masing tidak mahu tunduk atau mendengar pandangan orang lain"
"Alah...mudah aje Lan. Cara yang paling mudah dan kalau kita masih ingat Rasullullah SAW sebelum baginda wafat. Baginda berpesan kepada umatnya sekiranya ada permasalahan sesama kita atau puak yang anti kepada kita maka kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Di situlah tempat rujukan yang sehabis baik yang ditinggalkan Baginda", bagaikan Ustaz cara aku berkata.
"Aku bersetuju dengan apa yang kau kata tetapi apa yang kau suarakan tadi telah berkali-kali disebut oleh ulamak-ulamak pakar. Malangnya tidak ada siapa yang mendengar dan kalau ada yang dengar pun hanya sekadar mendengar ajelah" getus Lan dengan dahi yang berkerut.
"Sebenar demo-demo ni tidak faham Al-Quran itu apa sebenarnya. Boleh dikatakan keseluruhan orang Islam khususnya di negara kita sendiri melihat Al-Quran itu hanya untuk dibaca semata-mata. Terlalu sedikit yang berusaha untuk mencari isi dalam kandungan Al-Quran. Minta maaf Lan kawe nak sambung lagi. Sebenarnya Al-Quran ini ialah penjelasan tentang alam kehidupan yang mencakupi keseluruhan alam ciptaanNya baik alam nyata atau tidak nyata, usul asal alam sedari sebelum ada sehingga terujudnya ada. Ia umpama satu perjalanan yang bermula dengan satu titik dan berakhir dengan satu titik. Dalam perjalanan itu juga terkandung proses-prosesnya. Apabila menyebut proses sudah pasti akan adanya tatacara, pros and con, objektif, matlamat, tunjuk ajar dan sebagainya seperti mana yang kita sedang lalui sekarang. Kesemuanya ini adalah untuk menceritakan apa? Kesemuanya ini adalah untuk menceritakan tentang diri kita Lan. Diri Lan, diri itu sahaja", aku berhujah dengan mengeluarkan apa yang aku faham tentang Al-Quran walau pun bunyinya agak pelik.
"Wah! hebat kau ni. Aku tak sangka orang seni macam kau boleh cakap sebegini rupa. Mana kau dapat semuanya ni?", tanya Lan dengan nada terkejut.
"Al-Quran itu ibu segala-galanya Lan. Kalau kita rajin, kita boleh menggali Al-Quran sedalam-dalamnya dan sudah pasti kita akan menemui pelbagai benda yang tidak terlintas dengan akal diri kita yang kotor ini Lan. Aku pernah terdengar puak-puak Yahudi Israel ini mereka menugaskan sekumpulan dari mereka kerjanya hanyalah untuk mengkaji dan memahami isi kandungan Al-Quran sehingga terciptanya pelbagai benda yang tidak pernah terfikir oleh kita orang Islam sendiri. Allah memberi keizinan kepada mereka. Keizinan itu hanya untuk mereka kecapi sekadar di dunia ini sahajalah. Bukankah Allah telah berfirman bahawa dunia sedia ada ini merupakan shurga kepada mereka dan neraka bagi kita. Kat sini pun kita perlu faham betul-betul, bukan faham sekadar di permukaan sahaja. Bukan kerja mudah untuk memahami AL-Quran ni Lan. Kita perlu ada ilmunya", Aku menjawab pertanyaan Lan dengan agak panjang juga.
"Jadi bagaimana kaitannya dengan apa yang berlaku terhadap saudara-saudara Islam di seluruh dunia dan dalam hal ini di Mesir?", tanya Lan untuk menguji minda aku.
"Bukan setakat di Mesir sahaja Lan, di Afghanistan, Palestin, Sudan, Syria, Indonesia hatta di di negara kita sendiri Malaysia. Jangan sesekali kau lupa itu. Apabila kita sebut pasal bersatu bukannya bersatu seperti Gabungan negara-negara Islam yang dipanggil OIC. Yang ini memang tidak boleh pakai sebab OIC ini sengaja dicipta hasil perancangan pihak Yahudi untuk menyedapkan hati negara-negara Islam sahaja"
"Jadi bersatu yang bagaimana yang engkau maksudkan?", tanya Lan lagi kerana dia masih belum jelas dengan apa yang aku katakan tadi.
"Aku teringat kepada satu doa yang menyebut 'Ya Allah satukanlah hati-hati kami Ya Allah dalam mendapat keredhaanMu Ya Allah'. Satukanlah hati-hati kami. Hati-hati kami ini adalah hati yang macamana? Hati ini adalah hati yang benar-benar bersih tanpa setitik kekotoran. Kalau ada hatta setitik seperti satu titik dari mata pen, masih dikira kotor lagi. Tapi Allah Dia Maha Penyayang, walau pun ada setitik kekotoran sekalipun Dia masih membenarkan kita bermohon kepadaNya. Boleh atau tidak itu adalah Hak Dia. Untuk membersihkan hati, kita perlu ada kesedaran. Kesedaran yang kita mengetahui tentang maksud doa itu. Malangnya ada dalam kalangan kita, beria-ia mengaminkan doa tersebut tetapi kerja buat selepas itu tidak sepadan dengan apa yang diaminkan. Itu menunjukkan hati kita masih kotor dan 'satu hati-hati kami' masih belum wujud. Kalau di peringkat hati pun masih belum bersatu, bagaimana untuk kita bersatu secara fizikal dan mental dengan sesama saudara Islam kita. Sama juga apabila kita membicarakan soal fahaman. Fahaman nasionalismelah, Islamiklah dan pelbagai lagi. Kesemuanya ini akan berbalik kepada soal hati tadi"
"Huuh! tinggi ilmu kau sehingga tidak pernah terfikir aku tentang apa yang kau cakap ini", nada Lan penuh keyakinan.
"Tidak timbul soal tinggi atau rendah Lan. Usia kita ni pun dah menuju senja kata orang. Jadi selagi kita diberikan izin menggunakan nafasNya, sama-samalah kita mencari dan mendalaminya dengan harapan dapat kita gunakan sama ada untuk diri kita selain disampaikan kepada anak-anak cucu kita atau kepada generasi akan datang yang akan meneruskan kelangsungan kehidupan alam ini. Kita kongsilah ilmu-ilmu yang Allah salurkan kepada kita untuk difahami secara mutlak oleh generasi akan datang ini. Ilmu Allah ni Lan tidak akan habis sehingga bila-bila...infiniti", balas aku lagi.
"Kalaulah kita dapat bersatu sepertimana yang kau sebutkan tadi, aku pasti mereka tidak berani hendak menganyang kita sesuka hati mereka. Dengan lain perkataan gerun kepada kita", bersemangat sekali nada yang keluar dari kawan aku Lan.
"Bukan gerun kepada kita Lan tetapi gerun beserta malu kepada Allah", jawapku ringkas mengahkiri perbualan pada pagi itu.

Tuesday, August 20, 2013
HARGA BARANG NAIK
Seawal jam 7.30 pagi, aku bersama rakan sejawatku mula mencari tempat untuk bersarapan pagi. Ingatkan seawal masa itu banyaklah lagi tempat kosong, rupa-rupanya semua meja makan sudah diduduki orang yang juga sedang mengisi perut. dalam tercari-cari itu aku terpandang satu meja kosong yang dan seorang Pak Cik tua baru sahaja menghabiskan nasi berlauknya. Lantas aku bertanyakan orang tua itu.
"Ada orae laing ko dok di kusi nih?"
"Tak dok, tak dok. Duk lah", balas orang tua itu.
Aku menarik kerusi lalu duduk. Kemudian aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya. Rakanku juga bersalaman dengannya selepas aku. Kami terus memanggil budak pekerja di restoren itu untuk memesan makanan. Aku hanya memesan roti telur bersama teh-O kosong kurang manis. Rakanku pula memesan roti canai kosong dengan teh tarik.
"Pak Cik dah makae dah ko?" Aku bertanya lagi pada orang tua yang sedang menghisap rokok dengan begitu tenang sekali itu.
"Doh...", balasnya pendek.
Beberapa minit kemudian makanan yang kami pesan pun tiba. Sambil menjamu roti telur yang dimasak garing itu, kami berbual-bual. Mula-mula perbualan kami hanya berbual mengenai team bolasepak Kelantan yang akan bertemu Pahang pada malam ini tetapi tiba-tiba Pak Cik tua itu bercakap pasal perkara lain.
"Aku pasti set Kelate akae belasoh Pahang malae nih. Pahang nih gerun dengae Kelate mu tahu dok?", kata kawan aku itu yang baru nak memulakan perbualan.
"Hem..loh-loh ni harga barae semuanyo naik belako. Rayo baru ni harga daging lembu, ayae, ikae semuanya mahal-mahal belako. Tak mampu nok beli daging lembu. Ayae pung mahal jugok tapi sebab rayo kena gak beli sekor duo. Kalu tak anok-anok kato tak rayo pulok" Bicara Pak Cik tua itu sambil memandang aku.
"Nok buat lagu mano Pak Cik. Mano ada harga barae yang turun. Buleh dikatakae setiap kali nyambut rayo lagu ni lah kito kleh. Minyak naik, itu naik ini naik. Yang keno bayar tu kito rakyat. Demo tu takpo lah, ada peruntukan itu ini. Kito? setakat lima ratus riyal tu jah. Nok salahkae sapo? salah kito sendirilah Pok Cik" kawan aku mencelah.
"Kito dok sokong kerajae dengan harapae kerajae bantu kito. Ruponyo dak jadi lagu tu. Mapuh kito dibuatnyo. Kito dok setaro ni jah. Pitih dok ado ni pung...alah..susoh-susoh", begitulah keluhan yang kedengaran dari mulut Pak Cik tua itu.
"Hambo raso kerajae kito mesti ada buat sesuatu untuk kito Pok Cik. Kita tunggu ajo lah", aku menyampuk kata-kata Pak Cik itu.
Bila aku memerhatikan keadaan Pak Cik tua itu, perasaan simpati mula menerjah. Pakaian yang dipakainya agak lusuh. Begitu juga dengan kopiah yang dipakainya.
"Pak Cik buat gapo loh nih?" Aku pula yang bertanya.
"Adolah buat kerjo sikit-sikit untuk nok peliharo anok-anok. Yo lah untuk buat ngaki anok-anok. Cumo ambo terkilae dengan kerajae kito. Ambo setiap kali pilihaerayo, sokmo-sokmo pangkah BN. Bilo nok pilihaerayo, demo tu macae-macae mintak tulong dengan ambo. Pas tu adalah demo tu bui bantuan sikit-sikit. Macae-macaelah demo tu janji dengan ambo. Bukae dengae ambo sorae, semuo orae susoh macae ambo, demo nok tulong. Selepas menae sampai ko loh-lohni buat senyap ajo. Nok berjumpo dengan demo pun susoh. Baru-baru ni demo adalah buat makae hari rayo. Ambo pung gi lah dengae harapae dapat jupo dengan puok-puok nih"
"Dapatko Pok Cik jupo dengan puok-puok tu?' celah rakan aku.
"Horgh lah, dapat jupo. Kita royaklah ko demo tu pasal masaloh kito ni. Macae hok serupo-serupo sebelum nih lah. Cara demo kecek macae tak dok masalah jah nok selesaikae masaloh kito. Pas tu senyap jugok"
"Mintak maaf Pok Cik deh. Pok Cik ni dok sebelah mano?", kawan aku mencelah lagi.
"Pok Cik dok belah demo ni lah. Hok yang buat janji nuu"
"Serupolah dengan ambo, Pok Cik weh. Kalu Pok Cik dengae masaloh Pok Cik, ambo pulok lagi besar masalohnyo. Ambo kena campok kat sini, ada demo tu kesah ko ambo. Dah lah tu kena pisoh dengan anok bini lagi. Nok masuk tiga tahun doh. Ambo dah lamo duduk dengan parti demo nih hingga kae Ketua Bahagian ambo dilantik jadi menteri. Ambo dah royak ko dia tentang masaloh ambo, dia buat derk jah. Masa nok pilihanrayo baru-baru nih, macae-macae bendo ambo buat untuk tulong demo nih. Berkempen ke sano kemari tak kiro siae malae. Horgh lagu ni lah jugok ambo Pok Cik weh!" kawan aku tiba-tiba datang semangat memberitahu Pak Cik tua itu.
"Pah tu kito nok buat lagu mano?", aku menghentikan perbualan yang kelihatan semakin rancak itu.
"Dek, mari kiro berapo semuo nih?', aku memanggil budak perkerja restoren itu.
Aku lihat Pak Cik itu hendak mengeluarkan wang untuk membayar sarapan pagi itu. Aku cepat-cepat menahannya.
"Biar Pok Cik, biar ambo yang bayar. Seronok dapat berbual dengan Pok Cik. Mungkin kalu ada kesempatae laing, kito boleh kecek panjae lagi", aku terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan pak Cik tua yang tidak aku kenali itu.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat, inti pati perbualan itulah yang sering menjadi fokus kepada masalah rakyat di negara ini yang amat mengharapkan keresahan yang sedang dilalui dapat dikendurkan bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia yang diselaputi medan politik yang seolah-olah menjadi tonggak kepada segala-galanya. Amat ketara sekali dirasakan bahawa tidak terdapat keseimbangan dalam mengharungi kehidupan pada ketika ini. Kehidupan di tanah air sendiri.
Monday, August 19, 2013
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATHIN
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATHIN. Begitulah ucapan yang pasti digunakan apabila menjelang setiap hari raya baik di pagi Aidul Fitri mahu pun Aidil Adha. Maka bersalam-salamanlah kita sesama sendiri. Bersalaman sesama anak-anak, ibu bapa, datuk nenek, adik beradik, sahabat handai dan seterusnya. Tatkala bersalaman ada yang meraung menangis bercucuran airmata menunjukkan kesedihan, pilu, sayu dan sebagainya. Kadang-kadang rasa lucu juga apabila saban tahun inilah yang sering berlaku. Semasa bersalaman apatah lagi dengan pelukan dan dakapan, semakin kuat raungan kita. Ini hanya berlaku tatkala menjelang hari raya sahaja. Mengapa tidak berlaku apabila bukannya hari raya? Pelbagai persepsi boleh dijelmakan apabila membicarakan hal ini. Aku tidak mahu mengulas panjang mengenainya.
Ada juga yang tidak sepatah pun untuk mengucap kalimah Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Bathin. Hatta melalui sms atau email. Mengapa ya? Mungkin terlupa atau sengaja lupa. Tidak pernah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Mungkin juga seseorang itu merasa marah atau timbul perasaan benci dalam diri. Mungkin juga. Atau pun mungkin kerana seseorang itu tidak membayar hutang menyebabkan perasaan marah dan menyampah mengatasi segala-galanya. Ya! Mungkin juga.
Perkara ini dilihat berlaku dalam kalangan adik beradik baik yang kandung atau yang diminta menjadi adik beradik. Sesama adik kandung ianya tidak menjadi isu kerana apabila berkesempatan pasti akan diselesaikan. Sesama yang bukan adik kandung, inilah yang menjadi isu. Kadangkala ada betulnya juga sehingga ada yang mempersoalkan tentang kewujudan istilah adik beradik dalam konteks ini iaitu dalam konteks adik beradik seperguruan atau sepembelajaran. Adik beradik dalam konteks ini hanya wujud apabila salah seorang mengalami masalah dan kesusahan. Apabila sudah mencapai tahap kesenangan, ungkapan adik beradik tidak akan timbul sama sekali sehingga terdengar dengan jelas lagi nyata ayat yang terpacul keluar dari mulutnya "Penatlah nak jaga adik beradik macam ini". Kalau hendak digunapakai ungkapan tersebut, sudah lama boleh digunakan dikala mengharungi zaman kesusahan sehingga tidak mampu hendak membeli susu anak walau sesudu. Anehnya perkara itu tidak pernah ditimbulkan walaupun seseorang itu sudah mencapai status MILLIONAIRE. Seolah-olah tidak mahu dingati.
Ada juga yang mengatakan "Betul ke jadi adik beradik atau pun berlakon sahaja. Bohonglah kalau dikatakan adik beradik". Memang pedih dan sedih apabila ungkapan itu juga kedengaran. Ada yang benar-benar ikhlas dalam melafazkan "adik beradik" ini tetapi dikatakan berbohong. Ada juga yang mengatakan "mengarutlah semua ini". Kalau betul-betul adik beradik kenapa tidak ada tolong menolong?" Tidak boleh disalahkan juga apabila dikatakan begitu kerana masing-masing sudah mencapai tahap hebat. "Akulah lebih hebat, awak siapa?"
Dalam kalangan kita ada yang mungkin terlupa. Memang betul segala apa yang dikecapi sekarang adalah dari titik peluh sendiri. Berhabisan wang dan tenaga tetapi barang diingat tatkala hendak memulakan sesuatu itu akan keluarlah kerahan untuk melakukan majlis sembahyang sunat hajat dan sebagainya. Kerahan tenaga ini akan datang tanpa mengatakan "tidak" apatah lagi sekiranya arahan ini datang dari mulut orang tua walaupun terpaksa mengorbankan masa, wang dan tenaga. Di akhir solat hajat kesemuanya akan menadahkan tangan mengaminkan doa. Kita tidak tahu yang mengaminkan doa dari siapakah yang memakbulkan hajat itu tadi. Malangnya perkara ini tidak pernah dibincangkan walaupun orang tua sering berpesan mengenainya.
Apabila sudah berjaya dan hajat tadi dimaklbulkan Allah, mereka yang datang dari jauh dengan pengorbanan yang bukan sedikit nilainya tidak diberi sebarang tanda ingatan. Tanda ingatan sebagai adik beradik. Tidak semestinya berbentuk harta seperti menghadiahkan kereta BMW seorang satu atau pun rumah bungalow. Paling tidak pun berkongsi sedikit sebanyak hasil yang diperolehi. Pernah juga berlaku selepas bersusah payah berperang dan berdoa, tiada langsung minuman dan makanan disediakan hanya sebungkus rokok. Jadi dalam hal sedemikian siapa yang sepatutnya layak mengeluarkan kata-kata "penatlah hendak jaga adik beradik".
Inilah di antara perkara yang kadang-kadang kita lupa atau sengaja lupa. Kita ingat apabila kita telah berjaya, semuanya adalah datang dari usaha kita sendiri. Kita lupa pada doa-doa orang disekeliling kita. Semasa susah kita mencari adik beradik, apabila sudah senang untuk bertanya kabar pun tidak mampu dilakukan.
Ada juga yang berkroni dan memilih siapa yang sepatutnya menjadi adik beradik. Kemana sahaja pergi, berkronilah mereka. Lagi sekali apabila dilanda masalah, yang tidak berkroni inilah yang menjadi sasaran tempat meluahkan seribu satu perasaan.
Aku teringat kepada satu pesanan dari orang tua "Duduk sama rendah, diri sama tinggi. Walaupun sudah mencapai tahap sama tetapi jangan sesekali lupa kepada orang yang lebih tua dari kita". Dalam hal ini pun ada juga berlaku yang muda mengaku lebih tua dari yang tua. Kerana apa ya? Kerana hendak menjadi Ketua. Maharaja Lawak sungguh.
Bagaimana pula bagi adik beradik yang berjanji untuk menolong adik beradik yang sedang dalam kesusahan? Semasa berjanji seolah-olah sudah macam kun fa yakun bunyinya dan diperbaharui setiap tahun. Malangnya sudah berlarutan untuk sekian lama segala yang dijanjikan tidak satu yang lekat. Bunyinya cukup gah tetapi sehingga kini pihak yang satu lagi terus dirundung malang dan kesusahan. Pengorbanan yang tidak sepatutnya berlaku di kala usia sebegini rupa. Inilah dikatakan adik beradik yang bukan sesusuan.
Teringat juga kata seseorang " Biarlah, kita tengokkan sahaja. Orang sedang kemaruk yang sedang popular dalam kalangan sejenis dengannya mana mungkin mengingatkan kita apatah lagi kita ini dia sudah tahu tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau dia mati esok-esok kita pergi ziarah, itu pun kalau kita tahu". Memang betul kata hamba Allah ini. Aku cukup bersetuju dengannya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATHIN. SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN. MAKAN MINUM MOHON DIHALALKAN. INSYAALLAH SEGALA HUTANG AKAN DIJELASKAN.
Tuesday, August 13, 2013
MENGENAL SULUK: Kutipan Dalam Pembacaan
SULUK – MENEMPUH JALAN KEMBALI
KEPADA ALLAH
[TANYA] bersuluk, bermakna keberserahdirian. namun apakah yang
dilakukan/dikerjakan oleh orang2 yg bersuluk? amalannya? dimana? caranya?
kenapa? dan mengapa? (Nurhidayah)
[JAWAB] Bersuluk sebenarnya tidak tepat jika dikatakan bermakna
keberserahdirian. ‘Islam’ (aslama)-lah yang artinya ‘berserah diri’.
‘Islam’, adalah keberserahdirian dalam ketaatan dan pengabdian sejati kepada
Allah.
Bersuluk,
artinya ‘menempuh jalan’. Jalan yang dimaksud adalah ‘jalan kembali
kepada Allah’, yaitu ‘jalan taubat’ (ingat asal kata ‘taubat’ adalah ‘taaba’,
artinya ‘kembali’), atau jalan ad-diin. ‘Suluk’ secara harfiah berarti
‘menempuh’, (Sin – Lam – Kaf) asalnya dari Q.S. An-Nahl [16] : 69, “Fasluki subula
Rabbiki zululan,”
“…dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (untukmu).” (Q. S. An-Nahl [16] : 69)
“…dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (untukmu).” (Q. S. An-Nahl [16] : 69)
‘Menempuh
jalan suluk’ berarti memasuki sebuah disiplin selama seumur hidup untuk
menyucikan qalb dan membebaskan nafs (jiwa) dari dominasi
jasadiyah dan keduniawian, dibawah bimbingan seorang mursyid sejati (yang telah
meraih pengenalan akan diri sejatinya dan Rabb-nya, dan telah diangkat oleh
Allah sebagai seorang mursyid bagi para pencari-Nya), untuk mengendalikan
hawa nafsu, membersihkan qalb, juga belajar Al-Qur’an dan belajar agama,
hingga ke tingkat hakikat dan makna. Dengan bersuluk, seseorang mencoba untuk
beragama dengan lebih dalam daripada melaksanakan syari’at saja tanpa berusaha
memahami. Orang yang memasuki disiplin jalan suluk, disebut salik
(bermakna ‘pejalan’).
Ber-suluk
–bukan– mengasingkan diri. Ber-suluk adalah menjalankan agama
sebagaimana awal mulanya, yaitu beragama dalam ketiga aspeknya, ‘Iman’ –
‘Islam’ – ‘Ihsan’ (tauhid – fiqh – tasawuf) sekaligus, sebagai satu
kesatuan diin Al-Islam yang tidak terpisah-pisah. Secara sederhana, bisa
dikatakan bahwa bersuluk adalah ber-thariqah, walaupun tidak selalu
demikian.
Yang
dilakukan, adalah setiap saat berusaha untuk menjaga dan menghadapkan qalb
nya kepada Allah, tanpa pernah berhenti sesaat pun, sambil melaksanakan
syari’at Islam sebagaimana yang dibawa Rasulullah saw. Amalannya adalah ibadah
wajib dan sunnah sebaik-baiknya, dalam konteks sebaik-baiknya secara lahiriah
maupun secara batiniah. Selain itu ada pula amalan-amalan sunnah tambahan,
bergantung pada apa yang paling sesuai bagi diri seorang salik untuk
mengendalikan sifat jasadiyah dirinya, mengobati jiwanya, membersihkan qalbnya,
dan untuk lebih mendekat kepada Allah.
“Tidak
ada cara ber-taqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada-Ku yang
lebih Aku sukai selain melaksanakan kewajiban-kewajiban yang telah Aku
fardhu-kan kepadanya. Namun hamba-Ku itu terus berusaha mendekatkan diri
kepada-Ku dengan melakukan (sunnah) nawafil, sehingga Aku pun
mencintainya. Apabila ia telah Aku cintai, Aku menjadi pendengarannya yang
dengan Aku ia mendengar, (Aku menjadi) pengelihatannya yang dengan Aku ia
melihat, (Aku menjadi) tangannya yang dengan Aku ia keras memukul, dan (Aku
menjadi) kakinya yang dengan Aku ia berjalan. Jika ia memohon kepada-Ku,
sungguh, akan Aku beri dia, dan jika ia memohon perlindungan-Ku, Aku
benar-benar akan melindunginya.” (Hadits Qudsi riwayat Bukhari).
Dasar
segala amalan adalah Al-Qur’an dan tuntunan Rasulullah, demikian pula
amalan-amalan dalam suluk. Suluk tidak mengajarkan untuk meninggalkan syariat
pada level tertentu. Syariat (bahkan hingga hakikat dari pelaksanaan syariat)
tuntunan Rasulullah wajib dipahami dan dilaksanakan oleh seorang salik, hingga nafasnya
yang penghabisan.
Dimana?
Dimana pun, kapan pun. Setiap saat, selama hidup hingga nafas terakhir kelak.
Kenapa? Karena sebagian orang ingin memahami makna hidup, makna Al-Qur’an,
ingin hidup tertuntun dan senantiasa ada dalam bimbingan Allah setiap saat.
Sebagian orang ingin memahami agama, bukan sekedar menghafal dalil-dalil
beragama.
Jadi,
bersuluk kurang lebih adalah ber-Islam dengan sebaik-baiknya dalam sikap lahir
maupun batin, termasuk berusaha memahami kenapa seseorang harus berserah diri
(ber-Islam), mengetahui makna ‘berserah diri kepada Allah’ (bukan ‘pasrah’),
dalam rangka berusaha mengetahui fungsi spesifik dirinya bagi Allah, untuk apa
ia diciptakan-Nya.
Dengan
mengetahui fungsi spesifik kita masing-masing, maka kita mulai melaksanakan ibadah
(pengabdian) yang sesungguhnya. Sebagai contoh, shalatnya seekor burung ada di
dalam bentuk membuka sayapnya ketika ia terbang, dan shalatnya seekor ikan ada
di dalam kondisi saat ia berenang di dalam air. Masing-masing kita pun memiliki
cara pengabdian yang spesifik, jika kita berhasil menemukan fungsi untuk apa
kita diciptakan-Nya.
“Tidakkah
engkau mengetahui bahwa sesungguhnya ber-tasbih kepada Allah siapa pun
yang ada di petala langit dan bumi, dan burung dengan mengembangkan sayapnya.
Sungguh setiap sesuatu mengetahui cara shalat-nya dan cara tasbih-nya
masing-masing. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang mereka kerjakan.”
(Q. S. An-Nuur [24] : 41)
Inilah
ibadah (pengabdian) yang sejati: beribadah dengan cara melaksanakan
pengabdian pada Allah dengan menjalankan fungsi spesifik diri kita, sesuai
dengan untuk apa kita diciptakan-Nya sejak awal. Fungsi diri yang spesifik
inilah yang disebut dengan ‘misi hidup’ atau ‘tugas kelahiran’, untuk apa kita
diciptakan.
Sebagaimana
sabda Rasulullah:
Dari
Imran ra, saya bertanya, “Ya Rasulullah, apa dasarnya amal orang yang beramal?”
Rasulullah saw. menjawab, “Tiap-tiap diri dimudahkan mengerjakan sebagaimana
dia telah diciptakan untuk (amal) itu.” (H. R. Bukhari no. 2026).
Juga,
“…(Ya
Rasulullah) apakah gunanya amal orang-orang yang beramal?” Beliau saw.
menjawab, “Tiap-tiap diri bekerja sesuai dengan untuk apa dia diciptakan, atau
menurut apa yang dimudahkan kepadanya.”(H. R. Bukhari no. 1777).
Tiap-tiap
diri. Setiap orang. Spesifik. Masing-masing memiliki suatu alasan penciptaan,
sebuah tugas khusus, sebuah amanah ilahiyah. Ketika seseorang menemukan tugas
dirinya, Allah akan memudahkan dirinya beramal dalam pengabdian sejati berupa
pelaksanaan akan tugas itu. Ia akan menjadi yang terbaik dalam bidang tugasnya
tersebut. Jalan ‘yang dimudahkan kepadanya’ inilah jalan pengabdian yang sesuai
misi hidup, sesuai untuk apa kita diciptakan Allah, sebagaimana Q. S. 16 : 69
tadi, “… tempuhlan jalan Rabb-mu yang dimudahkan (bagimu).”
Agama-agama
timur mengistilahkan hal ini dengan kata ‘dharma’. Para wali songgo di
Jawa zaman dahulu memberi istilah ‘kodrat diri’ atau kadar diri, sesuai istilah
dalam Qur’an. Ada juga yang menyebutnya dengan ‘jati diri’.
Segala
sesuatu diciptakan Allah dengan ketetapan, dengan tugas, dengan ukuran fungsi
spesifik tertentu. Demikian pula kita masing-masing, dan berbeda untuk
tiap-tiap orang. Al-Qur’an mengistilahkan hal ini dengan qadar. “Inna
kulli syay’in khalaqnaahu bi qadr.”
“Sesungguhnya
Kami menciptakan segala sesuatu dengan qadr.” (Q. S. Al-Qamar [54] : 49)
Kita,
karena ke-Mahapenciptaan Allah, mustahil diciptakan-Nya secara ‘murahan’ dan
‘tidak kreatif’ sebagai sebuah produk massal. Kita sama sekali bukan mass-product,
karya generik. Masing-masing kita dirancang Allah secara spesifik, tailor-made
orang-per-orang, dengan segala kombinasi kekuatan dan kelemahan yang diukur
dengan presisi oleh tangan-Nya sendiri.
Masing-masing
kita diciptakan-Nya dengan dirancang untuk memiliki sekian kombinasi ‘kadar’
keunggulan pada sisi tertentu dan kelemahan pada sisi lainnya, demi kesesuaian
untuk melaksanakan sebuah tugas, demi melaksanakan sebuah misi.
Menemukan
‘misi hidup’ adalah menemukan qadr diri kita sendiri sebagaimana yang
tersebut pada ayat di atas, sehingga kita memahami untuk (fungsi) apa kita
diciptakan. Kita menemukan qudrah Allah yang ada dalam diri kita
sendiri. Inilah maksudnya ‘mengenal diri’ dalam hadits “man ‘arafa nafsahu,
faqad ‘arafa rabbahu.”.
“Siapa
yang mengenal jiwa (nafs)-nya, akan mengenal Rabb-nya.”
Tentu
saja, dengan mengenal jiwa (nafs) otomatis juga mengenal Rabb,
karena pengetahuan tentang fungsi dan kesejatian diri kita hanya bisa turun
langsung dari sisi Allah ta’ala dan bukan dikira-kira oleh kita sendiri.
Turunnya pengetahuan sejati (‘ilm) tentang ini bukan kepada jasad maupun
kepada otak di jasad kita ini; melainkan hanya kepada jiwa (nafs), diri kita
yang sesungguhnya. Dalam jiwa (nafs) kitalah tersimpan pengetahuan
tentang diri dan pengetahuan tentang Allah, karena nafs-lah yang dahulu
mempersaksikan Allah dan berbicara dengan-Nya, sebagaimana diabadikan oleh
Al-Qur’an di surat Al-A’raaf [7] : 172;
“Dan
(ingatlah), ketika Rabb-mu mengeluarkan dari bani Adam, dari punggung
mereka, keturunan-keturunan mereka, dan mengambil kesaksian terhadap jiwa-jiwa (nafs-nafs;
anfus) mereka (seraya berkata): ‘Bukankah Aku ini Rabb-mu.’ Mereka
menjawab: ‘Betul (Engkau Rabb kami), kami bersaksi’….” (Q. S. [7] : 172)
Ketika
kita mengenal jiwa (nafs), kita mendapatkan pengetahuan tentang Allah, qudrah
Allah dan qadr diri yang tersimpan dalam jiwa kita. Dengan demikian,
kita pun mengenal Allah dan juga mengenal fungsi spesifik untuk apa kita
diciptakan-Nya (mengenal diri). Dengan melaksanakan fungsi tersebut, maka kita
pun melaksanakan pengabdian yang sejati kepada Allah sesuai tujuan-Nya
menciptakan kita. Kita mulai mengabdi (ya’bud) di atas agama-Nya (Ad-Diin)
dengan hakiki. Inilah maksud perkataan sahabat Ali r. a. yang termasyhur: “Awaluddiina
Ma’rifatullah.”
“Awal
Ad-Diin adalah mengenal Allah (ma’rifatullah)” (Sahabat Ali r.
a.)
Demikianlah
pengabdian (ibadah) yang hakiki. ‘Ibadah’ bukanlah sekedar puasa,
shalat, zakat, dan semacamnya; melainkan jauh, jauh lebih dalam dari itu. ‘Ibadah’
berasal dari kata ‘abid, bermakna, ‘abdi’, ‘hamba’, atau ‘budak’.
‘Ibadah’ pada hakikatnya adalah sebuah pengabdian, atau penghambaan
diri. Dan pengabdian yang hakiki adalah pengabdian dengan menjalankan tugas
ilahiyah sesuai dengan keinginan-Nya, menurut kehendak-Nya, untuk fungsi apa
Dia menciptakan kita.
Demikian
pula, status ‘Abdullah’ (‘abdi Allah/hamba Allah) maupun ‘Abdina’
(hamba Kami) adalah mereka yang sudah mengenali tugasnya dan sudah berfungsi
sesuai dengan yang sebagaimana Allah kehendaki bagi dirinya. ‘Hamba Allah’
adalah sebuah status yang tinggi.
Sekarang,
insya Allah kita jadi sedikit lebih memahami makna ‘dalam’ dari ayat tujuan
penciptaan jin dan manusia, “wama khalaqtul jinna wal insa illa
liya’buduun.”
“Dan
tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah
mengabdi/menghamba (ya’bud) kepada-Ku.” (Q. S. Adz-Dzariyaat [51] : 56)
Demikian
pula pada Q. S. Al-Faatihah [1] : 5,
“Kepada
Engkau kami mengabdi/menghamba (‘na’bud’,* dari ‘abid,), dan
kepada Engkau kami memohon pertolongan.” (Q. S. Al-Faatihah [1] : 5)
Semoga
kelak kita diizinkan Allah mampu melaksanakan pengabdian yang hakiki, dengan
dijadikan Allah termasuk ke dalam golongan ‘Abdullah’.
Sunday, August 4, 2013
JAGA BAHASA LAH.
Ramadhan akan berakhir hanya dalam masa beberapa hari saje lagi. Kelibat orang KL pulang ke kampung halaman secara bermusim 2 tahun sekali ini (Aidil Fitri dan Aidil Adha) sudak mula kelihatan sejak hari sabtu kelmarin (3 Ogos 2013). Maka sekali lagi bandar Kuala Lumpur bakal lengang dan sepi buat seketika dengan ketiadaan penghuni yang tidak kekal itu. Apa yang pasti ketiadaan penghuni melayu KL akan mengembirakan beberapa puak masyarakat pendatang lain. Puak-puak ini akan menguasai Kuala Lumpur untuk seminggu (Their Alien Nation). Jangan salahkan mereka sebab mereka juga hendak berhari raya sepertimana orang kita yang berada di negara mereka atau negara lain. Tidak ada bezanya pun.
Sebenarnya aku bukan hendak bercerita pasal itu sebab isu di atas itu sudah lama berterusan dan menjadi tugas peihak kerajaan untuk mengatasinya atau membendunginya. Memandangkan kes tembak menembak dan bunuh membunuh ini berlaku setiap minggu dalam tempuh tujuh bulan, aku harap apabila alien nation ini menguasai KL tidaklah berlaku insiden seperti dalam filem Labu Labi ketika mereka bermimpi menjadi cowboy.
Boleh dikatakan setiap hari aku membaca akhbar maya ini tidak kira akhbar mana. Dalam Malaysiakini dan Harakah ada disediakan kolum komentar di setiap laporan akhbar mereka. Kadangkala apabila membaca berita hangat, terasa juga hendak melihat komentar pembaca. Pelbagai komen yang disampaikan, ada yang keras, berakademik dan paling banyak adalah komen yang mengundang kepada bahasa-bahasa yang tidak sepatutnya apatah lagi dalam aspek menghormati bulan Ramadan yang cukup mulia ini.
Aku tertanya-tanya apa sudah terjadi kepada manusia zaman ini. Manusia zaman ini hanyalah merupakan manusia yang hanya berani apabila berada di alam maya. Manusia yang tidak berani untuk berdepan secara sendiri untuk menunjukkan kejantanan atau kebetinaan mereka. Mereka akan berkata apa sahaja sehingga lupa bahawa mereka itu adalah makhluk manusia. Lupa diri, lupa apa yang dipelajari sejak kecil sehingga ke menara gading, lupa pesanan orang tua, lupa pesanan guru, lupa pesanan Rasullullah SAW, lupa Quran dan Hadith, lupa segala-galanya apabila nafsu mengatasi segala-galanya. Nafsu yang telah menjadi arah kiblatnya.
Dalam hal begini, siapa yang hendak dipersalahkan? Tidak ada siapa kecuali diri sendiri dengan bermuhasabah. Terdapat komen yang berilmu dan terdapat juga komen yang langsung tiada ilmunya. Terdapat juga komen membela puak masing-masing secara totok. Ada juga komen yang dayus. Ada juga yang bercakap benda lain yang tidak berkaitan sama sekali dengan isu yang dilaporkan. Kesemuanya ini menimbulkan perasaan marah, suka, sakit hati, mual dan lawak dalam kalangan pembaca. Itu yang pastinya.
Aku rasa lebih baik pihak akhbar berkenaan tidak menyediakan ruangan komen berkenaan kerana ini akan membuat tukang-tukang komen ini menghimpunkan dosa-dosa kering sahaja. Percikkan api perkauman juga boleh bermula di sini kalau dibiarkan begitu. Hasrat empunya akhbar memanglah bagus iaitu to gain attention, publicity and boastingly to claim that my paper has got more readers than yours, and so on so forth.
Entahlah. Kalau hendak halang dikatakan nanti tidak demokrasi atau ketinggalan zaman. Hanya dengan cara inilah boleh diluahkan perasaan masing-masing. Sesiapa yang terasa atau kecil hati ke......ada aku kisah? Gitulah......... seperti kata kawan aku Mejar Bersara.
Subscribe to:
Posts (Atom)