Tuesday, June 3, 2014

MASIH TIDAK CERDIK-CERDIK LAGI. LEBIH TEPAT DIPANGGIL BODOH.

Aku merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan terhadap satu statement dari blog pemuda UMNO yang mencadangkan ibu kepada Dyana Calon DAP PRK Telok Intan dipecat keahlian UMNO beliau. Aku bukan hendak menyokong sesiapa dalam hal ini tetapi apa yang ingin aku katakana ialah perangai-perangai seperti inilah yang menyebabkan orang luar benci dan meluat kepada UMNO. Mengapa perlu kita highlight perkara ini? Walhal kita dalam UMNO masih banyak lagi perkara yang perlu ditangani. Sama ada kita sedar atau tidak kita sudah terperangkap dengan permainan parti lawan. Ini menunjukkan betapa tidak cerdiknya kalangan exco pemuda UMNO.
 
BN sudah menang di Teluk Intan. Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memantapkan BN di tempat itu. Perlu turun padang terutamanya kalangan pemuda UMNO dan BN untuk terus menawan hati pengundi di sana. Kita sudah jelas dipertontonkan bahawa kalangan muda di sana memang mahukan orang muda mewakili mereka. Inilah kesempatan yang perlu diambil. Dengan hanya perbezaan 236 undi, apakah kita sudah boleh mendabik dada mengatakan kita sudah kuat? Kalau tidak ditangani secara halus dan mesra, berkemungkinan kerusi tersebut akan diambil balik oleh pihak lawan dalam PRU14 nanti.
 
Kalau asyik hendak menunjukkan kuasa, aku rasa tidak mustahil kita pulak akan duduk di kerusi pembangkang satu ketika nanti. Apa yang hendak katakan di sini ialah mentaliti kita terutmanya dalam kalangan pemuda masih cetek dan kosong. Asyik dipenuhkan dengan dendam kesumat yang sebenarnya boleh menghancurkan parti UMNO ini. Dalam hal ini aku lihat Ketua Pemuda UMNO khairi adalah lebih baik daripada anak-anak buahnya. Malangnya aku melihat dia keseorangan.
 
Aku selalu berbual dengan rakan-rakan UMNO yang lain (kami pun dari Pemuda UMNO juga satu ketika dulu) mengenai parti kami ini terutamanya mengenai Pemuda UMNO sekarang. Hendak mencari pelapis kepimpinan akan datang pun, aku masih kabur. Tidak ada ciri-ciri kepimpinan langsung dalam kalangan exco sedia ada sekarang. Kaki buat glamour melambak. Berpendidikan tinggi tetapi kepala otak letak kat tapak kaki.
 
Sebenarnya UMNO mempunyai ramai ahli fikir. Malangnya mereka ini tidak dipelawa untuk memberi sumbangan. Ramai dalam kalangan mereka adalah orang professional. Mereka inilah yang paling hampir dengan masyarakat. Mereka ini bukanlah dari jenis yang suka duduk dalam bilik berhawa dingin dan suka mengarah orang lain. Mereka ini ada di hadapan mata yang sentiasa bersedia sekiranya diperlukan khidmat dan kepakaran. Pengalaman mereka cukup luas sebab mereka sentiasa berdamping dengan masyarakat. Mereka adalah pelaksana segala dasar kerajaan dan memastikan dasar itu dipatuhi. Mereka Nampak di mana lubang-lubang yang kosong yang perlu ditampung atau dikambus sama sekali. Apa jadi kepada mereka? Mengapa tidak diberi peluang dalam kalangan terpinggir ini untuk mencetuskan sesuatu yang reality.
 
Kerana sikap sombong dan bongkak kita itulah mereka-mereka ini dipancing oleh pihak lawan. Bukan kita tidak tahu, kita memang sudah tahu tetapi disebabkan keduniaan sudah meliputi hati yang  memang sudah hitam pekat itu menyebabkan kita menjadi buta sehinggakan mereka yang betul-betul berada di hadapan kita, kita tidak Nampak lagi.
 
Akhir sekali apa yang ingin aku katakan ialah kalau UMNO ingin terus maju dan kekal malahan akan menjadi pilihan rakyat, kita perlu korbankan generasi yang ada sekarang. Selagi itu tidak dibuat, selagi itulah UMNO akan jadi seperti yang ada sekarang malahan lebih parah lagi. Aku masih sayangkan bangsa aku bangsa melayu.

Friday, May 9, 2014

Supaya jadi hamba, bukan jadi tuhan

SEKURANG-kurangnya, ada dua jawapan yang boleh saya kongsikan, mengapa perintah Allah yang pertama kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam dan umat ini adalah “BACA!”

Pertama, peralihan manusia daripada Tauhid kepada Syirik, adalah akibat agama berpindah daripada satu generasi ke satu generasi, bukan lagi dengan ILMU. Kisah lima berhala kaum Nabi Nuh ‘alayhi al-salam, sudah pernah dikupas sebelum ini. Justeru, demi mengeluarkan manusia daripada kegelapan Jahiliah kepada cahaya Islam, daripada Syirik, kepada Tauhid, berilmu menjadi keutamaan, melalui perintah BACA.

“Bacalah!” tiga kali Jibril ‘alayhi al-salam memerintah baginda.

Baca tidak semestinya baca daripada apa yang ditulis. Baca juga, adalah daripada apa yang dibacakan kepada kita. Baca itu kenderaannya, ilmu itu penumpangnya. Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam yang ‘ummi’ itu diperintahkan oleh Allah untuk membaca.

Itu, perspektif pertama.

Perspektif yang ditekankan oleh Sayyid Qutb di dalam Tafsir Fi Dhilal al-Quran, betapa kita mungkin agak sambil lewa dalam memerhatikan impak perintah BACA kepada tamadun manusia.

Keduanya, beragama dengan ilmu, bererti beragama dengan berfikir.

Kita memerlukan perkataan untuk berfikir. Shakespeare menggunakan 80 ribu perkataan di dalam karya klasiknya. Demikian juga Goethe, beliau menggunakan 50 ribu perkataan di dalam novelnya. Dan karya mereka masih difahami oleh pelajar Inggeris serta Jerman hari ini. Ertinya perbendaharaan kata mereka berada di sekitar perbendaharaan kata Shakespeare dan Goethe.

Ini berbeza menurut Omar A Ergi di dalam karyanya, Can A Bridge Build Itself?, pelajar universiti di negaranya Turki, hanya mempunyai sekitar 3000 ke 4000 kata dalam perbendaharaan mereka. Sedikitnya perkataan bererti sedikitnya pemikiran dan ia datang daripada lemahnya sumber perkataan iaitu BACA.

Justeru, BACA menjadi perintah pertama Allah kepada hamba-Nya bernama manusia.

Allah membezakan manusia dalam penciptaannya berbanding dengan makhluk yang lain, adalah pada akal dan upaya fikir manusia. Tanpa membaca, manusia hilang upaya fikir. Tanpa upaya fikir, apa lagi yang tersisa pada kemanusiaan manusia?

BUKAN SEBARANG BACA

Sepatutnya membaca itu adalah amalan yang sangat asas. Membaca bukan tabiat orang kaya. Mencari ilmu bukan tabiat orang kelas atasan. Beragama dengan hujah bukan tabiat golongan elit. Semua itu tabiat MUSLIM. Apabila membaca menjadi asing, pembaca jadi ‘makhluk asing’. Lain benar kelakuannya sebelum membaca dengan selepas membaca. Sebelum membaca, dia biasa-biasa. Selepas membaca, dia jadi luar biasa.

Sebab itu perintah BACA bukan sebarang BACA.

“Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang mencipta” [Al-'Alaq 96: 1]

Baca itu ibadah. Baca itu kehambaan. Maka bacalah dengan nama Dia. Tuhan yang memerintahkan BACA itu juga tidak memperkenalkan nama-Nya. Belum lagi. Baca dulu, dengan nama Dia, Tuhan kamu yang Mencipta. Jika kamu enggan menerima AL-HAQ secara dogmatik, secara paksa, tidak mengapa. Mungkin itu yang sebaiknya. Tetapi kamu mesti baca. Kamu perlu baca, namun dengan nama Dia. Allah namanya? Tidak mengapa, yang penting, Tuhan yang menyuruh kamu BACA itu adalah Tuhan Maha Pencipta. Baca itu mesti dengan rasa sedar bahawa si pembaca adalah makhluk. Manakala yang memerintahkan baca adalah Khaliq.

Asas mengimani Tuhan, adalah pada kesedaran bahawa kita dan alam ini adalah ciptaan, dan yang menciptanya adalah Maha Pencipta. Andai ciptaan lain masih banyak berselubung keraguan, maka fokus pada ciptaan yang kamu tidak mampu ragu, iaitu diri kamu sendiri.

“Yang mencipta manusia daripada segumpal darah” [Al-'Alaq 96: 2]

Manusia memerlukan premis yang kukuh untuk yakin, menolak ragu.

Cogito ergo sum - “Think, therefore am”

Ungkapan terkenal ini dilafazkan oleh RenĂ© Descartes. Makna yang mudah untuk ungkapan Latin ini ialah berfikir tentang kewujudan seseorang membuktikan di dalam diri yang berfikir serta mengenai diri yang berfikir bahawa ‘saya’ wujud untuk melakukan FIKIR itu tadi.

“Tidak mungkin kita meragui kewujudan diri, semasa kita ragu, kerana kita memerlukan diri, untuk melakukan perbuatan ragu itu” rumus Descartes.

Justeru, bacalah dengan nama Tuhanmu yang Mencipta itu, yang Mencipta manusia daripada segumpal darah. Baca dan dapatkan ilmu, untuk memahami bagaimana daripada segumpal darah, ia kemudiannya menjadi seorang pemikir, yang boleh membaca tentang biografi gumpalan darah berkenaan.

Membaca membawa manusia kepada kebenaran. Membaca menjadikan manusia bermodal untuk berfikir tentang kebenaran. Membaca mengangkat manusia ke martabat sempurna, mencapai potensi yang Penciptanya letakkan terhadap prospek seorang manusia.

Justeru manusia yang membaca, ketahuilah bahawa semakin banyak kamu membaca, semakin banyak kamu berfikir, semakin tinggi kamu berilmu, akhirnya yang kekal Paling Mulia, bukan kamu yang membaca, tetapi Tuhan kamu yang memerintahkan BACA.

“Bacalah, dan sesungguhnya Tuhan kamu adalah yang paling Mulia”  [Al-'Alaq 96: 3]

Masakan tidak. Masakan boleh seorang pembaca jadi angkuh. Kalau dia sedar bahawa dia boleh membaca, hakikatnya adalah kerana kebergantungan dia kepada modal-modal baca dan fikir yang diberikan oleh Tuhannya.

“Dialah Tuhan yang mengajar dengan pena. Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”  [Al-'Alaq 96: 4-5]

Pena diungkap dengan waw al-qasam (sumpahan) di dalam surah Pena (al-Qalam), pada menggambarkan tingginya nilai pena sebagai wasilah ilmu dan baca. Pena yang menjadi titik munasabah dan interaksi antara Tuhan Pengurnia Ilmu dan manusia yang mempelajarinya.

Mempelajari sesuatu yang dia tidak tahu.
Dengan ilmu, manusia yang tidak tahu menjadi tahu.
Dan semakin dia tahu, dia sepatutnya semakin menjadi manusia.
Bukan tuhan yang lupa diri, kembali bodoh dengan keilmuan dan kesarjanaannya.

Justeru, membaca adalah ibadah.

Membaca ilmu Syariatullah, atau membaca ilmu Sunnatullah, kedua-duanya adalah ibadah. Matlamat tertinggi membaca adalah mencari kebenaran, dan setia dengan kebenaran itu.

Mengapa dalam kebangkitan budaya baca, lahir kecenderungan untuk mencarut, menyebut segala aurat di kelangkang, berbahasa dengan bahasa longkang, dengan alasan ia simbol kebebasan, kemerdekaan dan jauh daripada kepura-puraan?

Memerhatikan kebodohan ini, bukan kita tidak ingin mencarut. Tetapi kita tidak mencarut, yang mengawal kita bukan JAKIM, bukan Kementerian Dalam Negeri, bukan Editor, bukan juga kehendak pasaran. Mencarut dan kurang ajar dalam baca, tulis dan fikir, walaupun dalam diri membuak-buak rasa untuk mengungkapkan kepada penulis sampah yang digilai remaja semasa, tidak terkeluar bukan kerana JAKIM, KDN atau Editor.

Tetapi kita tidak mencarut kerana alasan yang sama dengan pencarut. Kita tidak mahu hipokrit. Bukan hipokrit pada mengawal nafsu untuk mencarut. Tetapi kita tidak mahu hipokrit, manusia bodoh yang tidak tahu apa-apa, menyamar sebagai tuhan atas nama sebuah KEBEBASAN!

Sujudlah kepada-Nya.

Dekatilah Dia.


 

Thursday, April 24, 2014

MENDENGAR BISIKAN HATI



Perasaan sedih dan sayu memang tidak dapat hendak digambarkan tatkala aku berpisah dengan seseorang yang yang telah banyak mendidik aku tentang siapa diri aku sebenarnya. Keikhlasan beliau menerima aku tatkala aku masih muda dahulu masih jelas terpahat dalam diri aku. Bertambah syahdu lagi apabila beliau meletakkan dirinya sebagai ayah dan isterinya sebagai ibu kepada kami. Pewartaan itu berlaku setelah kami diterima sebagai anak-anak bukan dalam satu tempoh yang pendek tetapi setelah mengharungi satu tempoh masa yang agak lama atau dengan lain perkataan setelah kami diiktirafkan sebagai benar-benar matang dengan ilmu yang disampaikan. Kesinambungan daripada itu ialah apabila kami diterima beliau sebagai anak-anak didik yang tinggi kedudukannya,disisi beliau yang diwartakannya bukan di pijakan bumi Tanah Melayu ini tetapi di bumi Madinah itu sendiri. Ini adalah merupakan satu pengiktirafan kepada kami yang tidak kesemua dapat merasakannya. Perkataan syukur tidak terluah dengan pengiktirafan yang terlalu besar ini.


Pesanan Ayah kepada aku ialah walaupun kita berpisah tetapi kita tetap bersama. Beliau gembira dengan penghijrahan aku ini. Aku telah melalui satu proses baharu selama dua tahun untuk mengembalikan semula diri aku. Aku juga telah melalui satu pengorbanan untuk berpisah dengan isteri dan anak-anak dalam tempoh tersebut. Pelbagai bentuk ujian yang aku terima. Dari sekecil-kecilnya sehinggalah yang agak besar. Kesemuanya aku lalui dengan penuh kesabaran dan linangan airmata.


Pada malam terakhir aku di sana, aku seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang sudah lama terbuku dalam hati Ayah. Sebelum ini aku banyak meluahkan perasaan dan persepsi aku mengenai adik beradik yang lain selain diri aku sendiri kepada beliau. Aku memaklumkan beliau perasaan ini sering bermain di dalam diri aku. Aku menjadi risau selain rungsing, adakah perasaan ini melambatkan hasrat yang hendak dicapai sebelum beliau meninggalkan kita semua? Kesemuanya sudah dicurahkan tetapi mengapa realitinya belum terjadi. Terjadi secara jelas yang boleh disentuh, dirasai, dinikmati, dikecapi dan sebagainya.


Dengan memek muka dan nada perlahan penuh kesedihan, terpancullah keluar pernyataan beliau yang mengesahkan apa yang aku sangkakan. Dalam setiap doa beliau tidak pernah lupa untuk memohon kepada Allah “ Ya Allah Ya Rasullullah, satukanlah hati-hati kami….”. Inilah yang menjadi pokok perbicaraan luahan hati beliau terhadap kami yang diiktirafnya sebagai anak. Inilah yang melambatkan proses pernyatuan tiang-tiang somad yang sepatutnya telah lama menjadi satu. Di manakah silapnya? Adakah kesilapan datang dari Ayah sendiri atau kami sebenarnya yang telah melakukan kesilapan bodoh itu. Bagi aku jawapan yang paling tepat adalah kesilapan bodoh dan bebal kami semua.


Seperti yang aku luahkan setelah mendapat keizinan daripada Ayah bahawasanya hati-hati kami sebenarnya langsung tidak bersatu. Masing-masing dengan somad masing-masing. Ego yang terlalu tinggi yang semakin menebal dalam hati kami menyebabkan kami menjadi begini. Daripada sekecil titik hitam kini sudah menjadi sebesar tasek dan sekiranya tidak ditegur pada malam itu, tidak mustahil akan menjadi seluas lautan seantero dunia. Dengan ego itu tadilah timbul sifat dan perangai hipokrit yang jelas dalam kalangan kami yang disebut-sebut adik beradik.


Masing-masing mengatakan Berjaya dan Berjaya, walhal sebenarnya kami gagal segagal-gagalnya. Lakunan yang dipertontonkan bukan sahaja di hadapan Ayah malahan apabila kami duduk bersama rupa-rupanya. Masyaallah! Memang benar apa yang dikatakan oleh Ayah pada malam itu. Aku sedar bahawa apa yang diperkatakan pada ketika bukan boleh dibuat main. Bukan boleh untuk diselorohkan. Bukan untuk dijadikan bahan lawak untuk ditertawakan.


Aku tidak mahu menuduh sesiapa dalam kalangan kami kerana aku juga sama seperti yang lain. Kalau diluahkan apa yang aku rasa, mungkin yang lain akan kata “ahhh…dia soranglah yang betul dan baik”. Bagi aku, kami semualah yang telah melakukan kesilapan. Cuma di sini, bagaimanakah untuk kami boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi seperti yang diharapkan oleh Ayah? Mampukah dalam kalangan kami untuk mengaku silap dan menyuarakan kemaafan? Kalau sebelum ini masing-masing mempunyai gandingan yang dikatakan tidak boleh dipisahkan, kini mampukah berdiri sendiri tanpa mengharapkan gandingan dari sipolan dan sipolan? Jika sebelum ini perasaan hormat hanya kepada seseorang yang kononnya hebat berbanding yang lain, mampukan perasaan hormat itu tidak lagi dalam konteks itu tetapi perasaan hormat kepada yang lebih tua dalam kalangan adik beradik? Aku masih lagi ingat dalam beberapa majlis besar, Ayah ada menyebut “hormatilah orang tua walaupun dalam kalangan awak orang adalah merupakan orang-orang lama”.


Seterusnya mengatakan aku lebih hebat dari orang lain atau mengatakan kehebatan seseorang itu melebihi orang lain. Apakah kehebatan yang hendak dicari atau apakah sebenarnya yang hendak dicari berdasarkan didikan yang diberikan melalui Ayah? Kalau dah semuanya hendak menjadi Tuhan maka yang lain itu tidak berTuhankah? Janganlah disebabkan kita diberikan sesuatu yang tidak diberikan kepada orang lain, maka kita menjadi lupa lantas mengatakan “ahh…dia tu belum sampai lagi tu. Masih jauh lagi” dan sebagainya. Walhal kita semua adalah sama-sama anak didik Ayah. Memang pada peringkat awal cara didikan adalah berdasarkan tahap kematangan seseorang. Kini boleh dikatakan kesemuanya sudah sama, kalau tidak pun sudah hampir sama. Malangnya kita tidak mahu menerima hakikat kebenaran itu. Kita masih lagi menguatkan kebebalan hati yang mengatakan aku lebih hebat dari yang lain. Inilah ego yang terus bermaharajalela dalam diri kita. Kita telah kecundang dengan ego dan emosi yang kita cipta sendiri. Bukankah kita sudah melalui proses pembersihan pada peringkat awal lagi?


Memang sedih dan begitu terasa sekali apabila Ayah mengatakan bahawa dia sudah redha untuk dipanggil balik pada bila-bila masa sahaja. Tidak terfikirkah kita mesej jelas yang terkeluar dari mulut beliau? Maknanya Ayah sudah mencurahkan segala-galanya kepada kita sebagai anak-anak yang amat dipercayai malah disayangi melebihi anak kandung sendiri.


Malangnya sehingga kini semenjak aku meninggalkan tapak aku di sana yang mana bekasnya aku bawa bersama, situasinya aku lihat masih sama dan belum menampakkan perubahan yang diharap-harapkan. Cahayanya masih belum terpancar. Adakah ini bermakna masih bersembunyi atau sengaja disembunyikan? Pemegang tongkat utama yang diamanahkan oleh Ayah masih berdiam diri walau pun sepengetahuan aku, dia sudah menyampaikan amanat Ayah kepada yang tiada pada malam itu.


Aku seperti sebelum ini, masih juga sama seperti sebelum ini. Terus menerus dikesampingkan dalam arus perdana. Hanya diperlukan ketika berkehendakkan sesuatu. Aku sentiasa terbuka menerima kedatangan untuk duduk bersekali membincang dan merangka perancangan dalam menstrukturkan semula organisasi ini berdasarkan teguran jelas dan nyata dari Ayah.


Apa yang jelas di sini ialah selagi ego tadi masih kuat terlekat di hati sanubari, selagi itulah hasrat tersebut akan terus terperosok di situ. Kita sepatutnya perlu berusaha membuang kesemua perasaan dengki, iri hati (entah apa yang hendak diirihatikan?), perasaan ego dan emosi yang sudah diketahui adalah mainan dan makanan Iblis yang cukup kuat. Mampukah  mengatakan “aku bersalah dan pohon kemaafan”. Bila lagi kita hendak membuka laluan baru atau membersihkan laluan yang sudah kita bina sejak sekian lama ini?.Aku sendiri tidak tahu di manakah yang dikatakan sukar itu. Sukar atau istilah apa sekalipun adalah terletak pada diri kita. Kita hendak atau pun tidak? Itu sahaja. Bukankah kita sudah tahu bahawa kita kini boleh mengawalnya.


Selagi kita senyap menyepi, bersantai tidur dibuai mimpi, akhirnya nanti kura-kura yang dikatakan berjalan perlahan tadi akan berjaya memintas sang arnab yang lina tidur berdengkur. Kura-kura yang berjalan perlahan itu sebenarnya adalah spesis yang kita pandang rendah. Kita yang mengelar mereka, walhal kita adalah dari sepsis yang sama. Jadi mengapa kita mengkura-kura mereka. Dengan lain perkataan tanggungjawab kita yang diamanahkan Ayah adalah besar. Mereka yang di bawah yang turut bersama dalam organisasi ini sedang memandang kita. Memandang kita sebagai pemegang-pemegang watikah, tongkat, amanah dan sebagainya dalam membawa mereka bergerak sederap dengan kita.


Berdasarkan kefahaman aku tentang luahan rasa ketidakpuasan hati, kecil hati dan kesedihan yang tergambar pada diri Ayah malam itu, aku dapat rumuskan bahawa Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah yang menuju kepada keikhlasan hakiki dalam hati kita masih dalam kesamaran. Perasaan syak wasangka masih menebal dalam hati kita. Kita tidak bersangka baik. Kita asyik bersangka negatif di antara satu sama lain. Inilah hijab perangai yang dibukakan kepada kita.


Aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan adik beradik lain. Aku keseorangan dan aku sering mencari adik beradik yang ada ini untuk tumpang bersama. Aku sedar bahawa aku tidak diperlukan dalam kalangan ini. Aku bukan tempat rujukan dan aku pun tidak mahu dijadikan begitu kerana aku memang bukan tempat rujukan. Kalau ada pun yang bersama dengan aku sebelum ini, itu hanyalah semata-mata lakunan bagi menyedapkan lagi jalan cerita. Nanti apabila ditanya Ayah, ada berjumpa dengan aku. Jawabnya ada. Itu sahaja. Maka terhiburlah.


Apabila aku mengatakan bahawa aku merasa cukup sedih untuk berpisah dengan Ayah, sebenarnya aku tidak dapat bersamanya seperti sebelum ini. Sudah pastinya sesekali aku kembali ke sana nanti, di rumah Ayahlah tempat aku bertandang kecuali kalau Ayah sudah tidak mahu menerima aku lagi.


Kalau sebelum ini pada malam-malam tertentu aku dapat menghadirkan diri dengan batang tubuh ini di rumah Ayah, kini aku hanya mampu menghadirkan suara aku sahaja. “Janganlah hendak jadi Ayah tetapi jadilah diri sendiri”. Insyaallah aku akan jadi diri aku sendiri berdasarkan ilmu yang diberikan Ayah. Bukan ilmu Ayah, bukan ilmu aku, bukan ilmu kita tetapi ilmu Dia. “Ya Allah Ya Rasullullah”  

RENONG-RENONGLAH WAHAI ORANG MELAYU AKAN TULISAN INI....


Minggu lalu aku dijemput untuk hadir satu perbincangan intelektual secara tertutup anjuran sebuah kumpulan akademik yang teratas. Judul perbincangan itu adalah “Melayu-Islam dan Ancaman Masa Kini”.

Ramai yang mengomel bercakap tentang ‘ancaman’ liberalisme, Syiah, Ahmadiyyah, kumpulan universalis dalam kalangan pendukung hak asasi manusia, gerakan Kristianisasi, sekularis ala mendiang Karpal Singh dan bermacam-macam ‘ancaman’ yang belum pernah aku dengarkan.

Tanggapan awal aku adalah kumpulan ini adalah sejumlah ilmuwan yang sedang takut dan lemah lutut oleh sekian ancaman oleh pelbagai kumpulan, seolah-olah survival mereka dalam bahaya dan sangat berisiko.

Menurut mereka budaya Melayu Islam akan pupus dan terkorban jika mereka tidak bertindak dan bangkit melawan. Mereka mahu menyelamatkan Melayu yang sedang digigit dibaham pelbagai ancaman.

Salah seorang ilmuwan bertaraf profesor telah menyatakan dengan begitu tegas sekali: “Kembalikan maruah Melayu. Kita mesti kembalikan maruah Melayu.”

Salah seorang peserta kemudian, mungkin, untuk menarik lebih perhatian dari orang lain, atau untuk mencipta kelainan; telah menyatakan kebimbangan, dan mengungkit betapa industri bomoh adalah satu ancaman kepada Melayu Islam memandangkan terdapatnya beberapa insiden oleh Raja Bomoh yang didakwa menyebabkan Malaysia mendapat aib besar.

Menurut beliau lagi Melayu dianggap bangsa bodoh dan digelakkan seantero dunia lantaran tindak tanduk Raja Bomoh tersebut.

Walaupun aku tidak berminat dan tidak berniat untuk membela apatah lagi mempertahankan seorang bomoh dengan dua biji kelapa, bubu lukah, air dalam tempurung dan kayu sakti, aku akhirnya mengambil keputusan untuk bercakap dari mendiamkan diri.

3 penghuni asal Nusantara

Aku menjelaskan kepada hadirin bahawa rantau Nusantara ketika zaman prasejarah, menurut Profesor G De Sieveking terletak di bawah pengaruh budaya Hoabinhian.

Demikian tuanya Nusantara dan orang Melayu, Hamka dalam Sejarah Umat Islam ada memetik satu gagasan yang entah dari mana ia perolehi bahawa tanah Melayu telah pun disebut-sebut dalam naskhah tua sebuah buku Yunani Periploustes Erythras Thalasses.

Khabarnya Tanah Melayu atau sekarang Semenanjung Malaysia dirujuk sebagai Chryses yang bererti ‘negeri emas’. Kononnya Chryses juga disebut Chersonesos. Nama negeri-negeri sekitarnya seperti Barousai yang dikatakan bermakna Barus, Sabadebai yang ertinya Jawadwipa atau Andalas turut disentuh sambil lalu.

Kata Hamka, buku Yunani itu bertarikh 70 Masehi. Ia menambah, Protolomeus yang hidup pada sekitar tahun 150 Masehi juga telah menjelaskan lagi hubungan itu, sehingga menjadi lebih nyata Chryses adalah Tanah Melayu.

Buat seketika ahli kumpulan tersebut berasa seronok dan terjungkit punggung kerana itu buktinya Melayu telah wujud ribuan tahun justeru itu juga menjadi bukti Melayu adalah bangsa yang bukan calang-calang.

Dalam satu kesimpulan; bangsa yang superior dari bangsa-bangsa lain yang ada di sini. Seolah-olah mengesahkan kepala otak mereka yang Melayu adalah bangsa hos, dan bangsa-bangsa lain adalah bangsa penumpang.

Tatkala aku menatap muka-muka ‘Nazi Melayu’ yang berada di hadapanku itu aku menyambung dengan memberitahu mereka bahawa penghuni Nusantara yang asal dibahagi kepada tiga kelompok iaitu Negrito yang merupakan penduduk pertama di rantau ini dan mempunyai banyak persamaan dengan manusia di Afrika.

Kelompok kedua ialah Veddoid yang dikatakan mempunyai campuran bangsa Kaukasian di mana menghasilkan pula suku kaum Senoi, Sakai dan Kubu serta dapat dikenali berdasarkan ciri-ciri fizikal seperti rambut kerinting, bulu badan tidak begitu tebal dan warna kulit sawo.

Sementara kelompok terakhir ialah Palae Mongoloid atau Melayu yang dipecahkan pula kepada Melayu Proto yang mendiami kawasan pedalaman dan Melayu Deutro.

Percampuran kebudayaan

Pada waktu aku menerangkan darihal itu, aku dapat melihat riak kehampaan pada wajah-wajah ‘ilmuwan’ tersebut seolah-olah aku menyatakan bahawa Melayu asal-usulnya adalah dari beruk dan monyet.

Profesor yang dengan gah menyatakan “kembalikan maruah Melayu” sebentar tadi kelihatan mencebik sedikit dan menunjukkan gejala marah seperti bibirnya terketar, jari tangannya diketuk-ketuk di permukaan meja, cermin matanya digosok berkali-kali dengan hujung tudung dan ia mendesah-desah seperti pelakon porno Itali mendapat kenikmatan persetubuhan.

Ternyata bahasa badannya memberitahuku yang Melayu seharusnya bukan sakai dan jakun.

Tanpa berlengah aku memberitahu, dengan pandangan tepat ke matanya yang ‘keimanan’ Melayu paling awal dan dominan adalah dinamisme-animisme di mana kepercayaan terhadap Tuhan Yang Esa sudah ada tetapi dalam bentuk yang terlalu kabur.

Dalam masa yang sama dua bangsa manusia yang mempunyai peradaban tinggi iaitu bangsa Cina di Timur dan India di Barat telah menjadikan rantau ini kawasan lalu lintas perdagangannya dan ada yang menyinggah lantas terjadi percampuran kebudayaan secara sinkretis iaitu pelbagai unsur kebudayaan masuk bersatu sehingga sukar untuk dibezakan dan dipisahkan.

Aku menaburkan poin bahawa dinamisme-animisme bermakna kepercayaan adanya tenaga tidak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan benda-benda.

Beberapa kepercayaan lain penghuni Nusantara pada zaman lampau antara lain adalah mempercayai jiwa dan roh dapat mempengaruhi kehidupan alam manusia.

Animisme ini membibitkan pemujaan dan perhambaan diri kepada kuasa yang berperibadi kerana orang berasa terikat kepada roh dan menyakini ia boleh mendatangkan nasib buruk atau nasib baik.

Kekuasaan alam

Ketika itu juga Melayu mempercayai magis dan religis. Magis adalah keyakinan adanya penguasaan terhadap tenaga ghaib dengan tindakan tertentu.

Sementara religis pula ialah pemujaan dan perhambaan diri kepada kuasa ghaib di mana manusia di sini mengharap perlindungan atau meminta sesuatu hajat kepadanya.

Antara jenis magis ini yang masih diwarisi orang Melayu tanpa disedari adalah magis analogis seperti membuka pintu ketika melahirkan anak dengan tujuan kononnya untuk memudahkan kelahiran, juga magis imitatif seperti menikam pisau pada jantung pisang untuk melukakan seseorang, ini termasuk juga magis bahasa di mana contohnya pawang dalam perburuan memanggil atau menyeru dengan pantun tertentu semangat atau jembalang rusa.

Ilmuwan yang ada di hadapanku mulai berkerut. Peserta yang menyatakan kekhuatirannya terhadap Raja Bomoh mulai menunjukkan wajah resah dan geram tidak semena-mena. Giginya diketap-ketap.

Tanpa membiarkan mereka tertunggu aku melanjutkan yang kepercayaan totemisme turut pernah menguasai kepercayaan awal penghuni rantau ini (orang Melayu).

Totemisme bermaksud mempercayai diri mereka berasal dari sebangsa haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau antara mereka dan haiwan atau tumbuh-tumbuhan itu ada pergantungan nasib.

Justeru mereka menghormati haiwan atau tumbuhan tersebut sambil menganggapnya nenek moyang serta melarang ia dari dimakan melainkan pada upacara tertentu sahaja.

Kepercayaan lain yang turut diterima termasuklah Javadwipa iaitu pengagungan alam semesta seperti memuja dewi yang menguasai lautan Hindi di sebelah selatan Jawa iaitu Nyi Roro Kidul.

Ulama terkenal Hamka juga pernah menyebut hal yang sama iaitu sebelum kemunculan agama Buddha dan Hindu, rantau ini lebih mempercayai kepada kekuasaan alam.

Masa berleter telah tamat

Justeru timbullah pemujaan terhadap matahari, hujan dan roh nenek moyang sehingga menurutnya fahaman-fahaman dinamisme, animisme dan totemisme ini telah bercampur baur.

Waktu itu, tegas Hamka lagi sudah pun ada konsep Hyang atau yang paling berkuasa.

Siri kepercayaan tidak teratur ini lebih terurus kemudiannya bila tiba agama Hindu yang membahagikan semua tersebut kepada tiga jurusan iaitu Krishna (yang mencipta), Vishnu (yang memelihara) dan Shiva (yang merosak) sementara kedatangan agama Buddha pula menokok dari segi rohani dan jasmani di mana ajaran mengenai buddhi dan prakharti diketengahkan.

Seingatku juga, Hamka turut mengemukakan pandangannya mengenai kewujudan agama Hindu di rantau ini.

Menurut beliau kerajaan Hindu tua telah dijangka wujud kira-kira tahun 400 Masehi iaitu dua abad sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW, kerajaan tersebut bertapak di Kalimantan Timur iaitu di Kutai, di mana telah ditemui batu tercatat mengenai raja bernama Mulawarman dan huruf pada batu itu adalah bertulisan Pallawa yang menjelaskan ada hubungan kerajaan ini dengan kerajaan di India Selatan.

Sebuah lagi kerajaan di Jawa Barat bernama Taruma Negara dalam abad kelima (satu abad sebelum kelahiran nabi Muhammad SAW) pula dipimpin raja Purnawarman.

Lain-lain kerajaan yang diketahui oleh ahli sejarah adalah Sriwijaya, Sambojaya, Langkasuka dan Kataha, Sailendra, Kalinga dan Mataram, Kediri dan Singasari, Majapahit, Darmashraya, Aditiawarman dan Pagarruyung.

Kerajaan Hindu paling akhir menurut Hamka ialah Majapahit di mana ketika itu rajanya ialah Kartarajasa (1292-1309), di mana pada masa yang sama kerajaan-kerajaan Islam sudah mula bertapak kukuh di Pasai.

Profesor yang ingin mengembalikan maruah Melayu Islam cuba mencelah kerana barangkali resah mendengar kata Hindu dan Buddha berulang kali sedangkan yang harus didiskusikan ialah Islam.

Aku menolak permintaannya untuk menyampuk, aku mengatakan yang tatkala mereka berleter aku telah bersabar, dan kali ini giliranku tiba.

Monday, September 2, 2013

SUDAH 56 TAHUN KITA MERDEKA RUPANYA YA!

31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaysia. Tarikh keramatlah, itulah, inilah dan pelbagai keramat lagi. Yang hendak diingati adalah tarikh itu sendiri iaitu sempena Malaysia dimerdekakan oleh Kerajaan British. Yang hendak diingati ialah pengorbanan setiap lapisan masyarakat demi mencapai kemerdekaan dari tangan kolonial British. Yang hendak diingati ialah percikkan darah merah rakyat membasahi bumi Tanah Melayu demi mendapatkan ertikata kemerdekaan. Yang hendak diingati adalah pejuang-pejuang yang telah menggadaikan nyawa mereka demi kemerdekaan yang dicari. Yang hendak diingati ialah semangat kemerdekaan yang menular menjiwai diri setiap rakyat negara ini. Maka dengan itu sebutir lambang diujudkan untuk mengingatinya dan lambang itulah yang menjadikannya pengenalan kepada negara yang telah merdeka. Pada tanggal 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, lambang itu dinaikkan dengan sorakan MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA. Lambang itu tertera Bulan Sabit dengan Bintang 13 penjuru bewarna kuning berlatarkan warna Biru dan keseluruhannya berlatarbelakangkan garisan merah dan putih. Berkibarlah bendera itu dengan megahnya pada tarikh itu sehingga kini yang dipanggil sedari dulu iaitu Bendera Malaysia.


"Kau tahu Man", aku memulakan bicara pada pagi ini.

"Tahu apa", pantas jawapan yang terkeluar dari mulut Man yang juga merupakan rakan sepejabat denganku.

"Setiap kali hendak menyambut merdeka, ada sahaja isu bodoh yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin kita ini. Sebelum ini semasa di bawah kepimpinan PM-PM kita yang terdahulu, tidak ada isu-isu bodoh ini yang dikeluarkan", aku menyambung lagi bicaraku.

"Apa maksud engkau dengan isu-isu itu. Aku tidak berapa jelas", tambah rakanku.

"Ni, pasal lagu negaraku dan kibaran bendera Malaysia sempena menyambut kemerdekaan yang dibangkitkan oleh Menterinya Shabery Chik. Tahun lepas pulak oleh Rais Yatim dengan cogankata dan logo sambutan merdeka. Benda-benda macam ini yang hendak ditonjolkan ini buat apa kejadahnya. Tak bolehke kau buat sahajalah tanpa bercakap banyak. Ini tidak, sikit-sikit press conference. Alamak! heh! rakyat Malaysia dah muaklah dengan permainan bodoh kau tu", nada menyampahku mula keluar.

"Well! kawan, inilah mentaliti kepimpinan yang ada pada hari ini. Kepimpinan pada hari ini kalau hendak menonjolkan diri perlu dibisingkan dalam media. Kalau tidak rakyat tidak tahu yang dia bekerja demi rakyat. Kepimpinan hari ini cuba hendak menerapkan nilai dalam jiwa rakyat. Malangnya rakyat bukan macam dulu. Mereka kata pandailah bercakap pasal nilai sedangkan nilai diri pemimpin itu sendiri macamana?"

"Aku masih ingat masa aku budak-budak dulu sekitar tahun 60an dan 70an, 31 Ogos itu macam hendak nyambut hari raya. Tak sabar-sabar hendak berbaris sepanjang jalanraya dengan kibaran bendera kecil Malaysia. Apabila Sultan dan kepimpinan negara lalu, kami akan mengibarkan bendera dan menjerit Merdeka, Merdeka, Merdeka. Manakala Sultan atau kepimpinan negara akan melambaikan tangan mereka kepada kami dengan senyuman. Masih jelas terbayang senario seperti itu dalam diri aku sekarang Man. Bukan setakat itu sahaja Man, malahan aku sanggup panjat pokok kat depan rumah Tok aku semata-mata hendak menaikkan Bendera Malaysia. Suasana di kampung aku pada masa itu, huuuu....meriah gila dibuatnya", kataku dengan penuh semangat.

"Itu kau kat Johor, ni aku kat Kelantan ini apa kurangnya. Kalau ada dalam kalangan kawan-kawan yang rumah mereka tidak terpacak bendera Malaysia, sah akan kena kutuk sepanjang bulan kemerdekaan. Semangat ini berjaya dididik dan diterapkan ke dalam diri kita di alam persekolahan semasa itu. Mungkin pendekatan pendidikan dahulu dengan sekarang tidak sama. Yerlah masa berubah, takkanlah pendekatan lama hendak digunakan lagi dalam zaman IT ini kan", balas Man.

"Betul kata kau tu Man. Tapi aku rasa pendekatan dari segi penerapan nilai itu patut dikekalkan sepertimana rakyat Amerika sedari dulu sehingga sekarang. Malahan setiap pelajar mereka wajib mempelajari sejarah penubuhan Amerika. Malangnya tidak di tempat kita sehinggakan ada seorang hamba Allah dalam akhbar aku baca tadi mengatakan pada hari merdeka nanti kalau hendak pergi menonton wayang cerita Tanda Putera, pakailah songkok. Apa punya lawak pagi dah. Hanya setakat itulah mentaliti segelintir rakyat Malaysia" tambahku lagi.

"Entahlah, sudah 56 tahun negara ini merdeka. Memang tidak dinafikan negara kita sudah banyak berubah terutamanya dari aspek pembangunan fizikal. Kita boleh berbangga dengan hal itu sebab sudah setanding dengan negara-negara maju yang lain. Cuma aku tengok ada satu lagi yang belum betul-betul berubah iaitu cintakan negara. Kita dipaksa cintakan negara. Bercinta mana boleh secara paksaan. Bercinta mesti dengan kerelaan. Tanpa dipaksa atau disogok dengan kebendaan. Cinta tanpa keiklasan akan berakhir dengan penderitaan. Ini berbalik kepada soal pendidikan. Penerapan nilai ini dalam pendidikan zaman moden sudah tidak berlaku. Para pendidik kita diberi mandat untuk merealisasikan perkara ini tidak dapat melakukannya kerana terlalu banyak campur tangan. Ibu bapa menyerahkan anak mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna kepda para pendidik. Malangnya dalam usaha membentuk anak-anak mereka ini, mereka tidak dibenarkan menyentuh walau sejari pun terhadap anak-anak ini. Sentuhan fizikal tidak boleh, sentuhan verbal pun tak boleh. Jadi macamana para pendidik ini hendak membentuk anak-anak ini. Berlaku sahaja sentuhan-sentuhan tadi sudah pasti akan bergegar seluruh negara. Para pendidik ini bukannya robot, mereka juga adalah manusia biasa. Nak cakap pasal nilai? Nilai apa?", balas rakanku dengan agak panjang.

"Kesemua yang kau katakan itu Man perlu dilihat semula secara holistik dalam kontek kenegaraan. Pendekatan politi yang menjadi penggerak perlu diaplikasikan secara menyeluruh bukan secara sempit seperti yang berlaku sekarang. Pemimpin kita mesti berani bukan kerana takut tidak dapat sokongan. Mesti berprinsip sepertimana kepimpinan sebelum merdeka. Ketika itu prinsip menjadi senjata utama. Dengan prinsip yang kukuh itulah kita digeruni penjajah British. Aku lihat sekarang semangat itu sudah tidak ada langsung walau pun terdapat usaha-usaha menyedarkan pihak kepimpinan itu ada. Contohnya melalui laungan-laungan puisi yang terpapar setiap hari dalam media-media perdana dan yang bukan perdana. Macam anjing menyalak bukit aje aku tengok", sambungku lagi.

"Sebenarnya kalau kau perhatikan, isu-isu yang timbul ini adalah bermusim. Kalau kau tidak percaya kau tengok musim lain, akan ada pulak isunya. Tujuannya apa? Tujuannya ialah untuk rakyat terus berbahas dan berhujah mengenai musim itu. Dalam sebok kita berbahas sehingga ke nada kurang ajar, puak-puak kat atas nu terus mengaut keuntungan demi keuntungan. Puak-puak kat atas itu ialah puak-puak yang kita sendiri pilih yang kononnya mewakili kita. Kita yang beri depa laluan mudah untuk meraih keuntungan. Laluan mereka mudah tetapi laluan kita semasa menjalani proses itu, hemm... malas aku nak cakap. Jadi kalau terdapat rakyat negara ini masih lagi tidak mengibarkan bendera Negara atau berdiri tegak semasa menyanyikan lagu NegaraKu, kita jangan secara terus menyalahkan mereka tetapi tengok peranan role-model melalui kepimpinan kita. Kalau dalam suasana menyambut kemerdekaan ini juga masih lagi bernada politik sempit, masih lagi menuduh dan bersangka buruk terhadap kawan dan lawan, masih lagi menyalahkan rakyat, selagi itulah kita akan kedengaran lagu ini dimainkan pada tahun-tahun akan datang. Mungkin sampai kiamat", Man mengakhiri hujahnya.

Kami bangkit meninggalkan kedai kopi itu. Sambil berjalan aku mendongakkan kepalaku ke arah Bendera NegaraKu yang sedang berkibar ditiup angin pagi. "Kau hanyalah sehelai kain yang dicorakkan dengan pelbagai warna. Kaulah juga yang mencetuskan pelbagai reaksi dari segenap lapis rakyat. Kaulah yang menjadi mangsa kebiadapan dan ketidaksenangan orang terhadap perkara lain. Kau juga diagongkan, kau juga dihinakan. Kau hanyalah sehelai kain yang diwarnakan yang mana orang tidak tidak tahu yang kau sebenarnya kain apa. Kau hanyalah sekadar lambang. Malangnya orang tidak tahu makna lambang itu sendiri. Maka menjadi mangsalah kau wahai kain putih yang diwarnakan dengan warna kuning, biru, merah dan putih", getus hatiku lagi.

Tuesday, August 27, 2013

BOLA BOLA BOLA

Selepas selesai solat Isya, aku terus menukarkan pakaian dengan pakaian casual. Kunci kereta yang terletak di atas meja lampu berdekatan kepala katil, aku sambar dengan cepat.

"Lama juga aku tidak keluar ke bandar pada waktu malam", terfikir aku di benak pemikiranku.

Agak terkejut juga aku apabila melihat deretan kereta sedang menghala ke Pusat Bandar. Seolah-olah kesemua pemandu kereta itu sama berfikir macam aku. Terpaksalah aku mengikut gerakan kereta di hadapan yang bertali arus itu. Nasib aku agak baik kerana kereta-kereta itu tadi mula disperse sebelum sampai ke pusat bandar. Aku memperlahankan kereta aku lalu memberhentikannya betul-betul di hadapan pejabat tempat aku bekerja. Waktu menunjukkan pukul 9.40 malam. Tiba-tiba aku teringatkan salah seorang kawan aku bernama Sepol. Lantas tanpa berfikr panjang aku terus mencari nama beliau dalam address book talipun murah aku.

"Hello! Pol, dok mano ni? Kat KL ko atau masih di KB", aku terus bertanya sebaik sahaja dia memberi respon kepadaku.

"Ha! Abg Zul, saya masih di sini. Sedang makan dengan Fiz dan Jaja kat Kampung Sireh, marilah Abg Zul, makan sekali", balas Sepol beria-ia.

"Ha..ah, oklah jap lagi abg Zul sampai tapi kat kedai mana?", aku bertanya lagi.

"Ok! Kalau abg Zul dari KB Mall lalu terus depan Shell Jalan Hamzah, kemudian kat depan tu buat u-turn. Kedai makan belah kiri selepas pusing kereta tu", Saipol memberi arahan kepadaku menuju ke tempat makan tersebut.

"Ok! jap lagi Abg Zul tiba", balasku ringkas.

Sebaik sahaja aku tiba di restoran itu, aku dapati mereka bertiga sedang rancak makan nasi berlaukkan sup daging lembu, sotong goreng kicap dan telur dada. Begitu bereselera sekali mereka makan seolah-olah macam orang berbuka puasa gamaknya. Orang mudalah katakan, sudah pasti seleranya luar biasa. Lantas aku memesan minuman. Aku dipelawa makan bersama tetapi sebenarnya perut aku sudah aku penuhkan dengan nasi arab selepas maghrib tadi. Masih kekenyangan lagi.

Kami terus berbual selepas dripada itu.

"Bengae sungguh Abg Zul dengan set Klate main bola malae baru nih. Bodoh main lagu tu terutama sekali si Indera tu. Bengong sungguh, tendae bola tak masuk pas tu dok tersenggih-senggih macae menate beruk. Kalau aku boh dah lamo aku terajae dio keluar", aku membuka perbualan dengan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Terengganu Sabtu malam Ahad lepas.

"Hoh! tak senggih buat apo? Kakas tu....heiii....main barae tu. Bila tak keno gak, hoh! mulolah beronar", sampuk Jaja yang juga minat sengoti dengan bola ini.

"Oh! padaelah sorae pemain klate kena gantung berapa bulae....enam ko brapo?", tambah aku lagi.

"Malae tu Pia memae hebat. Cuba tengok dia tendae korna...huuh...masuk doh tu kalau nak kiro gak. Tapi puok-puok ni tak komplen pun", sepol turut menyertai perbualan kami.

"Johor pun main macae taik jugok. Nasib baik menae ser kosong. Mat Yo tu nok klek klate semulo tapi puok-puok Kafa tak layae doh. Nuar ghoyak kalu Mat Yo nok Klek Klate buleh tapi syarat cerai kae bini dio", Fiz tiba-tiba mencelah.

"Betul tu sebab Mat Yo anak mas Nuar. Maso Mat Yo kat Klate, diolah pemain pertama yang sign kontrak. Pas tu naik gaji semacae. Mat Yo masa tu tak kecek banyok dengae set-set pemain lain. Yo lah anok kesayangae Nuar lah katakae", sambung Jaja lagi.

"Abg Zul nak raso lah kalu lagunilah perangai pemain-pemain Klate, mapuh-mapuh. Imej tercelar tu sedaekae umum tahu pasukan Klatelah yang telah berjaya mengembalikae kegemilangae bolasepak kito dengae penyokong beserta gelaran red warrior. Design Jay Cee yang tak samo dengae pasukan lain dan macae-macae lagi. Raso-raso dalae setahun duo ni mapuhlah team Klate ni, cayo lah", aku menambahkan lagi keseronokan intipati perbualan.

Semakin ramai pelanggan masuk untuk menjamu selera di restoren berkenaan.

"Oh! ya baru-baru nih Abg Zul ada lalu kat Bukit Merbau kat kawasae hok nok buat Stadium baharu Red Warrior. Come tempat dio, sengoti weh. Latar belakae bukit-bukit tu lah. Memae come. Pas tu Abg Zul ada tanyo orae kat situ tentang hargo tanoh. Demo tu ghoyak tanah kat situ mahal doh. Bila stadium itu dibuat nanti, kawasan di situ turut akan naik membangun. Jalan akan jadi besar dan tama-taman perumahan sudah pasti akan naik. Silap-silap sekolah sedia ada kat situ akan jadi lebih besar lagi. Bagus gak kerajae Klate buat perancangae macam tu",

"Tapi Nuar tok seh buat kat situ. Dia nak buat kat Tunjung dekat Wakaf Che Yeh nuh", balas Jaja.

"Hohlah kalau kat Tunjung, dekat sikit dengae Kota Bharu. Tak payahlah nak redoh masuk bukit nuh", disambung pulak oleh Sepol.

"Alah semuonyo tu kecek politik jah. Pecah tanah hok buat ari tu hanya lakonae saje. Entah bilo nak buat....hemmmm...politik. Cayolah sampai tahun depae pun tak akan bina stadium tu", jebek Fiz.

Kesihan kat orang Kelantan, hijau putih lawan merah putih, yang ternganga rakyat Kelantan. Merbau tak dapat, Tunjung tak dapat. Walhal rakyat Kelantan majoritinya Melayu. Mengapa kedua kepimpian Melayu masih lagi tak sedar-sedar. Betullah seperti yang dikatakan apabila politik mengatasi segala-galanya, Islam pun akan dipertikaikan. Kecerdikan kepimpinan Melayu memperbodohkan pengikut masing-masing iaitu orang Melayu bodoh lagi dungu, cukup berjaya dilaksanakan. Sekarang control switch ada di tangan mereka. Malangnya mereka lupa tentang apa yang dilakukan. Mereka lupa siapa yang memegang the main switch.

"Walau pun ramai yang mengatakan Nuar ini hebat tetapi bagi Abg Zul he is nothing. Dia lupa siapa yang mengangkat dia naik tatkala parti dia meminggirkan dia. Dia lupa siapa yang memberi amanah kepada dia untuk menerajui Kafa. Kalau tidak kerana kecedikan kepimpinan kerajaan Kelantan, usah mimpilah Nuar akan jadi sohor seperti hari ini. Dan seperkara lagi apakah rakyat Kelantan sudah lupa apa yang beliau lakukan terhadap Sultan Kelantan satu ketika dahulu? Cepatnya lupa rakyat Kelantan ni. Takkanlah dengan membawa Kelantan menjuarai tiga Piala utama Bolasepak maka kesalahan menderhaka kepada Al-Sultan Kelantan boleh diketepikan dengan begitu sahaja", aku menekan lagi kandungan perbualan yang semakin rancak.

"Isunya mengapa kerajaan Negeri nak buat stadium tu kat Bukit Merbau. Tempat tu jauh sangat dari KB ni", celah Fiz pulak.

"Mu ni pun satu hal juga Fiz. Mu dah tahu kae Bukit Merbau tu dok lagu tu jah berzaman-zaman. Lokasinya pulak berhampiran Pasir Puteh dna Selising. Bila terbinanya stadium tu nanti sudah pastilah akan berlaku pembangunan pesat kat situ. Taman perumahan, rumah kedai dengan jalanraya lebar dan baru. Bukan itu sahaja malahan boleh share development dengan Kok Lanas sebab lokasinya dok di tengah. Orang kampung situ bolehlah jadi senang sikit tanah mereka dinilai dengan harga yang tinggi. Bahkan lohni pun harga tanah kat kawasan itu dah melambung tinggi, tak doklah 10-20 ribu. Dah gi ratus ribu doh",jawap Jaja kerana bengang dengan pandangan Fiz.

"Bila kawasan tu dah naik, bolehlah berniaga kat situ, tak gitu pol?", aku memandang ke arah Sepol yang hanya tersengih itu.

Sunday, August 25, 2013

MENGENANG KEMBALI TRAGEDI MAUT DI GENTING HIGHLAND

Pada hari ini aku memulakan ibadah puasa sunat enam atau dikenali sebagai puasa enam yang hanya dilakukan dalam bulan syawal. Agak lewat juga aku memulakan ibadah ini. Walau bagaimana pun aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah sbt keranan dengan keizinanNya jua dapatlah aku melakukan ibadah ini secara berterusan sejak dicampakkan di sini. Apatah lagi dikellilingi dengan persekitaran yang menekan ciri-ciri kerohanian selain rakan-rakan yang turut menekankan aspek tersebut.

"Jom kita gi breakfast", ajak rakan aku Lan seawal pgi kami sampai ke pejabat.

"Alamak, sorry Lae, kawe posa hari ni", balas aku pendek.

Aku kemudian singgah di bilik salah seorang rakan setugasku yang bernama Zahri. Masuk pada hari ini dia sudah melakukan puaa enam selam dua hari.

"Salam, Ya sahabat! Apa kabar demo? Untuk makluman demo sepertimana kawe janji kelmarin, hari ni kawe start puasa enam. Bileh teman demo lah", tegurku.

"He he...alhamdullillah. Barulah mantap macam ni", balas Zahri ringkas.

"Oh! Ya! Zahri, demo ada tengok berita malae tadi. Ni lah pasal bas terjun gaung kat Genting Highland kelmarin pukul 2.45 petang", aku bertanya kepada Zahri mengenai kemalangan itu yang ditonton dalam berita jam 8 TV3 malam tadi.

"Hah ada gak"

"Ramai juga yang mati. Dikabarkan seramai 37 orang, sementara yang cedera pulak 16 orang. Huu...ngeri juga aku tengok kat TV malam tadi", sambil menarik kerusi rapat ke meja kerja Zahri.

"Pemandu bas ni tidur ke apa? Bukan bas ini sedang menurun bukit. Sama ada dia tidur atau brek bas yang dibawa itu sudah out", rungut kawanku Zahri.

"Entahlah Zahri. Dalam akhbar pagi ini macam-macam telaah dan statement yang keluar. Bas sudah uzurlah, Polis kata Bas dalam senarai hitam merekalah, Bas dah goyang sana goyang sini. Macae-macaelah demo dok kato. Bagi aku itu semua nak dijadikan sebab musabab. Yang aku nak pertikaikan ni banyak. Kalau dah tahu bas itu buruk, apa dibiarkan bas itu beroperasi? Bukannya mereka tidak tahu yang bas itu adalah merupakan pengangkutan awam yang setiap hari berulang alik dari KL ke Genting Highland. Ini menunjukkan bahawa agensi penguatkuasaan tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Aku tengok kat negara kita ni, bila berlaku kemalangan dan melibatkan kematian ramai barulah terhegih-hegih nak buat penguatkuasaan itu dan ini. Aku tengok dia orang  ni masih tak belajar lagi dari insiden-insiden sebelum ini", aku memulakan ceramah pagi.

"Nak buat macamana bang, dah begitu keadaannya malahan aku teringat isu pengangkutan awam ini juga sudah acapkali dibahaskan di Parlimen begitu atas platform-platform lain. Puak-puak ni kalau bab berlakon, memang grammy award winning bakat dia orang. Yang terus menerus menjadi mangsa korban adalah rakyat macam kita ni lah. Yang terpaksa naik bas sangkut, bas buruk, perjalanan lambat dan paling malang dengan tambang yang tidak sewajarnya", Zahri menyambung kandungan perbualan kami.

"Aku pun pelik juga. Bukan kali ini sahaja tragedi sebegitu rupa berlaku kat jalan Genting Hughland tu. Kalau tak silap aku semenjak tahun 1995 lagi dah mula berlaku kemalangan-kemalangan ngeri seperti itu, boleh dikatakan semenjak tahun itu sehingga yang terkini ini jumlah nyawa yang dah melayang kat situ seramai 80 lebih dah. Sepatutnya pihak berkuasa dah lama memikirkan sesuatu bagi mengelak kemalangan berterusan seperti itu. Sebenarnya apa yang patut dilakukan adalah menetap dan mengekalkan penguatkuasaan secara lebih keras terhadap penggunaan jalan itu baik kepada pengguna mahu pun pengusaha pengangkutan awam. Kena berkeras, tak boleh dah nak berlembut-lembut lagi", aku mengemukan pandangan.

"Kita boleh cakap apa sahaja bro. Rakyat boleh komen panjang lebar berjela-jela. Kau ingat dia orang nak ambil pandangan orang macam kita ni? Dalam sehari dua ni kita boleh tengoklah kesebokan dalam berita terutamanya dalam kalangan Pak Menteri. Lepas tu percayalah senyap semula sepertimana senyapnya selekoh jalan itu pada waktu malam, yang sedia menanti mangsa-mangsa berikutnya. Kau ingat dengan jumlah kematian yang ramai di sana akan menyepikan suasana kat atas bukit puaka tu? Semakin banyak bilik-bilik hotel disediakan adalah. Yang pentingnya bro mereka akan terus buat duit kau tahu. 86 nyawa, what is there for those people? Cuma rakyat yang tak cerdik macam kita sahaja ni lah yang beria-ia mendaki bukit itu dan menderma wang kepada mereka. Tak gitu bro?", marah benar nada kawan aku Zahri.

Inilah senario yang berlaku. Apa yang diucapkan kawanku itu ada kebenarannya. Sudah sampai maanya pihak kerajaan memikirkan sesuatu kalau ia pun rakyat masih berdegil hendak naik ke tempat perjudian itu. Aspek jalanraya perlu dirancang semula dengan mengurangkan selekoh-selekoh bahaya. Selain itu pembesaran jalan juga perlu difikirkan juga. Yang paling utama aspek pengangkutan awam. Mungkin penggunaan kabel car diperbanyakkan dengan lebih efektif. Penggunaan bas perlu dikurangkan. Dari segi kewangan pula suruh sahaja empunya Genting Highland kat atas bukit itu biaya. Kalau tidak pun kutipan cukai perjudian gunakanlah untuk tujuan itu.

"Walau apa-apa pun bagi aku cara yang paling baik untuk mengelakkan daripaa berlakunya tragedi sedemikian rupa ialah lebih jangan ke sana. Apa faedahnya pun aku tak tahu"

Sypmtom Checker

loading...