Friday, July 10, 2009

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA HATTA PERBUATAN BURUK PADAHNYA

  1. Semalam, Manoharan ADUN Kota Alam Shah berkata, beliau enggan memakai pakaian yang beridentiti atau bercirikan kemelayuan walaupun menghadiri majlis rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai protes terhadap kerajaan yang enggan memberi status Bumiputera kepada bukan Melayu.
  2. Perlembagaan sudah termaktub siapa Bumiputera dan siapa bukan Bumiputera serta hak keistimewaan Bumiputera ini tanpa mengabaikan hak bukan Bumiputera. Ia sudah dipersetujui oleh semua kaum sebelum ini. Ia sejarah negara dan sebagai Adun sepatutnya dia lebih tahu dan bukan mempertikaikannya. Kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap mereka yang mempertikaikan Perlembagaan negara dan mencabar hak keistimewaan orang Melayu. Orang Melayu sudah banyak beralah sebelum ini dan kenyataan ini mencabar hak keistimewaan orang Melayu yang sudah dipersetujui semua.
  3. Pakar sejarah dan pemerhati politik, Prof Emiretus Datuk Dr Khoo Kay Kim, menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan tidak layak menjadi warganegara Malaysia. Beliau berkata, songkok dan baju Melayu sudah diterima sebagai sebahagian daripada pakaian kebangsaan dan ia tidak perlu lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak. "Songkok atau baju Melayu adalah pakaian kebangsaan. Mengapa (Manoharan) berperangai seolah-olah tidak tahu. Kalau seseorang hendak mengadap sultan atau Yang di-Pertuan Agong, perlu pakai songkok dan baju Melayu. Kalau tidak mahu pakai, jangan jadi warganegara atau keluar saja dari Malaysia,"
  4. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata beliau mengingatkan kepada orang Melayu supaya menginsafi diri mereka kerana kini wujud sekumpulan individu di negara ini yang berani menghina budaya Melayu. Katanya, sikap Manoharan itu menunjukkan sebilangan kecil rakyat di negara ini tidak menghormati orang Melayu walaupun selama ini orang Melayu amat menghormati hak dan kebebasan kaum lain. "Orang seperti ini sebenarnya tidak sedar `di mana bumi dipijak, di mana langit dijunjung'. Bagi diri saya, dia (Manoharan) hendak pakai apa pun pakailah. Kalau tidak mahu berpakaian pun tidak mengapa kerana kalau kita larang pun, kita dianggap tidak menghormati hak kebebasan orang lain dan kalau kita tegur, dianggap tidak demokrasi. "Yang penting, orang Melayu perlu menginsafi diri sendiri kerana kini ada pihak yang mula berani memijak mereka," katanya.
  5. Bagi bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad, menyifatkan Manoharan biadap dan cuba mencabar hak Bumiputera. Beliau mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengambil tindakan terhadap Manoharan yang menentang perlembagaan negara. "Kita juga mahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menanganinya," katanya.
  6. Sudah terang lagi bersuluh. Sudah nyata, nak nyata apa lagi. Masalahnya masih ada lagi bangsa melayu yang terus menerus hendak menjadi champion kononnya inilah perjuangan hak kesamarataan. Dulu DAP hendakkan Malaysian Malaysia dan sekarang orang India hendakkan status bumiputera pula. Dari segi permintaan, kedua-duanya membawa kepada pengertian yang sama sahaja.
  7. Apakata kalau orang melayu membuat permintaan berbunyi begini. "Kami orang melayu dan negara ini adalah Tanah Melayu. Maka dengan segala hormatnya dipersilakan keluar dari Tanah Melayu ini kepada mereka-mereka yang bukan melayu dan pulanglah ke negara masing-masing. Orang Cina balik ke negara China, India dan Benggali balik ke negara India". Memang benar apa yang dikata bahawa orang melayu cukup lembut hati dan suka mengalah, kononnya atas dasar perpaduan berbilang bangsa.
  8. Tidak tahulah setakat mana had dan kesabaran perlu dipertahankan. Kebiadapan perlakuan pemimpin Cina dan India termasuk segelintir melayu yang menjadi baruanya semakin menjadi-jadi dan dilihat seolah-olah pemimpin negara tidak berupaya mengawalnya. Perkara ini sebenarnya semakin merungsingkan rakyat kerana sekiranya tindakan segera dan drastik tidak diambil, dikuatiri percikan-percikan api yang dipercikan di sana sini akan mula membakar perasaan dan hati orang melayu. Sekiranya ini berlaku, percayalah amat sukar untuk dihentikan kerana di sinilah akan diperlihatkan diri sebenar orang melayu.
  9. Kita tidak mahu parang mula diasah, keris mula diasapkemenyankan, stanjak mula diacukan, selendang merah mula diujiketatkan, selempang mula diujisangkutkan, gerak dan nafas mula disatukan dan akhirnya bunyi paluan gong dinanti-nantikannya. Sebenarnya kita tidak mahu sehingga sampai ke tahap ini dalam menangani kebiadaban segelintir pemimpin-pemimpin bangsa ini. Dan kita juga tidak mahu sehingga sampai ke tahap apa yang dikatakan dayus.
  10. Sehubungan itu, kita berbalik kepada asas iaitu soal penyatuan orang melayu. Melayu perlu disatukan atas nama Islam sebenarnya. Perlu mencari kepada titik pertemuan ideologi-ideologi yang diperjuangkan. Dengan bahasa mudah kita perlu back to basic. Back to basic ini ialah back to Al-Quran and Hadith. Not just looking at it merely for reciting but to understand each phrases, why it was said that way, what are the messages behind it and a lot more that can be derive. One for all and all for One

No comments:

Post a Comment

Sypmtom Checker

loading...