Bandar Kota Bharu semakin hari semakin sesak. Keadaan akan menjadi lebih ketara pada setiap kali musim cuti sekolah atau perayaan. Ribuan kenderaan memenuhi segenap ruang baik di atas jalanraya maupun di tempat letak kereta. Keadaan yang amat sesak ini dirasakan lebih hebat dari Bandaraya Kuala Lumpur. Boleh dikatakan tidak kira di mana anda tinggal di luar Kota Bharu, Bandar Kota Bharu akan sentiasa menjadi tumpuan utama. Ini belum dikira bagi mereka-mereka yang tinggal di luar Negeri Kelantan. Walaupun pihak kerajaan Negeri telah melakukan pelbagai usaha menaiktaraf dan memudahkan sistem aliran perjalanan dan perkhidmatan pengangkutan awam, keadaan ini tidak memberi sebarang kesan sedikit pun. Cuba bayangkan pada peringkat kebiasaannya untuk ke Kota Bharu dari Pengkalan Chepa yang mengambil masa tidak sampai 10 minit dan pulang semula ke Pengkalan Chepa dalam jangka masa yang sama, kini sudah mencecah hampir 1 jam. Inilah yang menyebabkan kadang-kadang penulis rasa cukup berat hendak masuk Bandar Kota Bharu.
Kita sudah tahu bahawa, kalau bukan musim perayaan pun Kota Bharu sudah begitu sesak dengan kenderaan, apatah lagi apabila ribuaan kereta memasuki bandar ini pada musim-musim yang disebutkan tadi. Penulis yang sudah lama menetap di sana melihat perubahan yang berlaku ini begitu ketara pada setiap tahun. Penulis percaya pihak kerajaan Negeri Kelantan sudah tentu akan cuba melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah semakin hari semakin buruk ini. Satu perancangan yang mantap disertai dengan penggunaan peruntukan wang yang mencukupi perlu ada bagi mengatasi dan mengawal keadaan ini.
Memandangkan Kota Bharu sudah bergelar Bandaraya, maka tahap kedudukan sebagai bandaraya perlu dipertingkatkan setanding dengan bandaraya-bandaraya yang ada di negara ini atau di negara lain. Ini melibatkan jalan-jalanraya, bangunan-bangunan, kemudahan pengangkutan awam dan mentaliti penghuni atau pengunjung Bandaraya ini. Alhamdulillah, dari segi bangunan-bangunan yang tinggi memang didapati sudah mula berceracak banyaknya di sini. Tetapi adakah bangunan sahaja menjadi tumpuan?
Sejajar dengan pertumbuhan yang begitu rancak dan aktif ini, penulis yang selalu berbicara dengan rakan-rakan anak Kelantan mengenai isu ini, berpandangan sudah sampai masanya pihak kerajaan Negeri melakukan sesuatu yang cukup drastik serta pengorbanan dari pihak-pihak tertentu. Dalam hal ini segala urusan politik yang tidak habis-habis ini perlu diletak tepi. Janganlah asyik hendak menjual nama parti masing-masing. Sebabnya, kita tidak mahu kedua-dua pihak asyik bercakap dan beretorik sahaja tetapi agenda bagi menangani isu ini perlu malahan wajib diselesaikan secepat mungkin.
Perkara-perkara tertera di bawah ini perlu difikirkan dengan sewajarnya. Sudah sampai masanya untuk kita memikir ke arah itu.

1. Memandangkan teras perhubungan di antara bandar-bandar utama di Kelantan adalah jalanraya yang kini keadaan di jalanraya-jalanraya tersebut sudah dihimpit dengan kesesakan lalu lintas, apatah lagi ada di antaranya sudah tidak ada ruang untuk diperbesarkan, maka pembinaan jalan atas atau fly over perlu dibina. Kalau di Kuala Lumpur, Pulau Pinang mahupun Johor Bharu sudah boleh dilakukan, mengapa Kota Bharu tidak boleh mengikutinya. Setakat merobohkan Dataran Kota Bharu tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangkamasa panjang. Pihak berwajib perlu melihat kehadapan dalam aspek ini dan tidak perlu dilengah-lengahkan lagi.
2. Sekiranya hendak mengekalkan keadaan di mana orang bebas berjalan kaki di dalam Bandar Kota Bharu sambil membeli-belah dan bersantai umpamanya, jalan di atas sudah dibina maka di bawahnya pula tidak bolehkah kita menggunakan pengangkutan awam seperti di negara-negara Eropah iaitu tram yang berbentuk seperti keretapi yang boleh dihubungkan dengan tempat-tempat tertentu. Tidak payah dibuat bas yang berbentuk rumah seperti Kuala Terengganu. Itu masih ketinggalan di belakang.
3. Bas ekspres yang paling banyak ialah dari Kota Bahru. Sehingga sekarang masih tidak dapat satu hentian utama bas ekspres yang benar-benar unggul di sini. Sudah sampai masanya satu hentian utama dibina seperti mana yang terdapat di Kuala Lumpur sama ada di Hentian Putra atau Puduraya umpamanya. Hentian yang perlu dibina (design and content) mestilah menampakkan ciri-ciri yang ultra modern. Besar, teratur dan bersistematik. Ini termasuk juga kepada perkhidmatan kereta teksi. Sistem pembelian teket ialah secara online atau dengan kemudahan kiosk. Tidak perlu beratur dan bersesak-sesak sehingga perkataan sabar boleh terangkat dibuatnya.
4. Terminal keretapi utama di Kelantan ialah di Wakaf Baru. Oleh yang demikian terminal berkenaan perlu di bina baru yang sama tahap dengan KL Central dan mempunyai kemudahan transit seperti tram tadi untuk ke Bandar Kota Bharu. Lagi sekali memerlukan design dan penstrukturan kemudahan jalan penghubung atau landasan yang hebat untuk menyeberangi Sungai Kelantan.
5. Apabila memasuki Bandar Kota Bharu, perkara yang cukup merisaukan ialah tempat meletak kenderaan. Bab saman-menyaman baik dari pihak penguatkuasa Majlis Bandaran mahu pun polis trafik memang cukup aktif dan aggresif. Satu pihak menjalankan tugas manakala yang pengguna pula tempat letak kereta cukup terhad. Oleh yang demikian, tidak bolehkah didirikan bangunan setinggi lima hingga sepuluh tingkat umpamanya bagi tujuan hanya meletakkan kenderaan. Dari aras tertentu bangunan tersebut bolehlah dihubungkan dengan tempat-tempat utama di dalam Bandar Kota Bharu. Dalam hal ini, bolehlah dicaj tempat letak kenderaan berkenaan dengan caj yang minima. Boleh juga mendatangkan hasil. Bangunan seperti ini perlu didirikan di kawasan-kawasan yang strategik. Antara kenderaan awam yang boleh menghubungkan bangunan ini dengan lokasi-lokasi tertentu di dalam Bandar ini ialah trem tadi.
6. Tandas-tandas awam perlu disediakan di merata tempat dan yang utama ialah kebersihan. Pastikan rekabentuk tandas awam dan kemudahannya adalah cantik dan menggembirakan. Barulah sesuai untuk kegunaan dalam Bandaraya. Boleh dikena caj dengan minimum.
7. Tempat berehat apabila penat berjalan dalam bandaraya ini perlu disediakan sebanyak mungkin. Begitu juga dengan tempat makan dan minum. Janganlah seperti yang ada sekarang. Beterabur dan tidak bersistematik. Cuba lihat tempat sebegini rupa di negara Eropah. Walau pun terletak kerusi meja di tepi jalan tetapi kemudahan ini dibuat secara tersusun dihisai dengan hiasan-hiasan yang cantik. Cara layanan yang mesra dengan pakaian yang berimej. Kalaulah rakyat di Kota Bharu mampu buat begini, boleh pengsan orang luar melihatnya.
Itu adalah di antara pandangan penulis untuk mengindahkan lagi Bandar Kota Bharu yang menjadi tarikkan cukup kuat baik dari luar atau pun dalam sendiri. Cuba kita bayangkan Bandaraya Kota Bharu dengan kemudahan-kemudahan berwajah baru itu. Aspek keselamatan dijaga secara eletronik. Tidak lagi bersesak-sesak dengan kenderaan. Boleh berjalan tanpa takut dihimpit kereta. Pelbagai dekorasi menarik yang unik yang tidak lagi asyik-asyik dengan pasu-pasu bunga yang besar. Kota Bharu di abad ke 21. Wow!
Tembok-tembok penghadang banjir atau sistem aliran air yang bersistematik bagi mengelakkan banjir-banjir besar berlaku, kesemuanya ini perlu dirancang bersama. Dengan lain perkataan infrastruktur asas sebagai foundation kepada Kota Bharu yang berwajah baru perlu difikirkan juga.
Ini belum lagi memikirkan jalanraya-jalanraya yang menjadi penghubung di antara bandar utama dengan bandar lain di dalam atau dengan luar Kelantan. Dua atau tiga lane kiri dan kanan perlu di bina. Alangkah cantiknya di kiri kanan jalan di hiasi dengan pohon hiasan palma dan tanaman bunga atau pohon-pohon rendang di semua jalan utama umpamanya. Penulis percaya sekiranya cetusan yang ideal ini dapat direalisasikan, percayalah semua orang hendak berebut ke sini.
Pihak berwajib sudah sampai masanya untuk memberi fokus kepada aspek pembangunan fizikal pula. Memang tidak dinafikan pembangunan insan dan kerohanian adalah penting. Apa yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Negeri teruskanlah. Dalam masa yang sama pembaharuan Kota Bharu hendaklah dimasukkan dalam agenda juga. Kita tidak mahu keadaan Bandar Kota Bharu yang ada sekarang masih sama juga dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang. Perubahan perlu dilakukan walaupun berdiket-diket. Ramai yang akan datang melabur, percayalah.
Dalam kerancakan itu nanti, jangan sampai Bandar ini tergadai. Maksudnya kuasa Islam dan Melayu wajib dipertahankan. Asas ini cukup penting supaya tidak terjadi seperti di bandaraya Kuala lumpur. Perkara yang ini tidak ada toleransi walau sedetik pun.

No comments:
Post a Comment