Di sini penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada dua orang anakanda penulis. Pertama kepada Anakanda Muhammad Zul Heejaz yang genap 14 tahun pada 21hb Februari 2009. Manakala keduanya kepada Muhammad Zul Hafeeq yang sudah mencapai umur 18 tahun pada 24hb Februari 2009. Tarikh kedua-duanya cuma tikah sehari sahaja.
Terasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik sekali tengok ehh!! dah besar-besar anak-anak kita. Pelbagai pengisian telah diberikan sepanjang proses pembesaran itu. Dan pengisian ini perlulah berterusan sehingga ke akhir hayat. Bagi penulis, dirasakan pengisian yang dibekalkan itu memang belum mencukupi. Pengisian-pengisian ini perlu dihidupkan. Pengisian-pengisian ini perlu dihayati dan difahami, bukan sekadar memberinya sahaja. Kita sebagai ibubapa wajib bertanggungjawab terhadap pengisian yang diberikan itu. Pengisian duniawi dan akhirat perlukan keseimbangan. Kedua-duanya umpama cermin dan tidak boleh dipisahkan.
Anakanda penulis Muhammad Zul Heejaz meminati bidang Medical. Beliau begitu banyak menanya penulis tentang alam. Hubungkait alam dengan diri manusia dengan Maha Empunya Hak. Kefahaman yang diperolehi cuba dikaitkan pula dengan merencana strategi dalam menerokai susur galur alam ini. Beliau juga suka melukis dengan subject matternya manusia atau figura beraksi. Penulis sedikit-sedikit memberitahu beliau tentang sebab musabab sesuatu kejadian itu. Setiap yang terjadi adalah bersebab.
Bagi anakanda sulung penulis iaitu Muhammad Zul Hafeeq, sejak kebelakang ini beliau cukup meminati perundangan. Walau bagaimana pun, minat semulajadi beliau adalah bermain bolasepak. Beliau cepat mempelajari sesuatu dan akan berhujah dengan fakta berdasarkan tahap kefahaman sedia ada. Dalam hal ini penulis banyak memandu beliau dalam aspek kehidupan manusia. Apa yang manusia perlukan? Mengapa manusia memerlukan? Kenapa terjadinya demikian? Kesemuanya ini bersandarkan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan-peraturan inilah yang perlu difahami dan dihayati agar tidak tergelincir dari landasan yang telah disediakan.
Ibubapa perlu sentiasa bersedia menerima persoalan-persoalan yang bakal dikemukakan anak-anak. Penulis juga tidak dapat lari dari melalui proses perkembangan dan peremajaan anak-anak. Perlu bersifat terbuka dalam penerimaan tetapi bersifat kritikal dalam penyampaian maksud kepada persoalan.
Dugaan yang mendatang seakan-akan memberi petanda menghalang ku berhijrah.Adakah ini semua nya akan berakhir @adakah ini hanyalah permulaan.Hati ini lemah terkenangkan kebahagiaan sewaktu di tanah air.Aku tak mampu melihat masa hadapan ,tak jua ku mampu melihat kekuatan diri.naluri manusia yang inginkan terbaik hanyalah membawa mereka kepada penderitaan....
ReplyDeleteMengimbau masa silam
Tersentak dek jalan yang lurus
Pernah dahulu jalanku sangat mudah
Sambil berlari riang di jalan itu
Aku menatap kepiluan teman
Dan aku bahagia
Tuhan
Engkau ciptakan gaung di tengah jalan
Aku jua tak menyangka
Begini pula lorong yang akan kulalui
Tiada lagi keriangan lalu
Engkau Maha Adil
Semalamku kau beri suka
Temanku kau beri duka
Hari ini kau beri duka
Temanku kau beri suka
Lemah aku melangkah
Kuharus berlalu jua
Meneruskan perjalanan di jalan baru
Jalan serba payah
Tapi aku punya Kau Tuhan
Menemani saat kesepian
Menghibur kala kengiluan
Memimpin bila aku rebah tersungkur
Ya Tuhan
Berilah kekuatan
Biar aku melangkah gaung itu
Kurniakanlah ketenangan
Agar hati tak lagi kemurungan
Pimpinlah aku
Menuju puncak agung