ISTILAH
|
MAKNA
|
Bai’
Urbun
|
Suatu perjanjian jualan di mana
wang cagaran dibayar terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada pembayaran
harga aset jika kontrak berterusan hingga selesai. Wang cagaran ini akan
hilang jika pembeli tidak memenuhi kewajipan memuktamadkan pembelian aset.
Wang cagaran yang hilang dianggap sebagai hibah (hadiah) kepada penjual.
|
Bai’
Bithaman ‘Ajil
|
Suatu kontrak jualan berdasarkan
bayaran tertunda (bai’ nasiah) dan ansuran (bai’ bit taqsid) di
dalam satu tempoh pembayaran yang dipersetujui.
|
Bai’
Murabahah
|
Suatu kontrak jualan berdasarkan
tokok kos dengan kos pemerolehan dan margin keuntungan penjual didedahkan
kepada pembeli semasa kontrak dimetrai. Biasanya, penyelesaian harga dibuat
mengikut terma pembayaran tertunda, iaitu bai’ bithaman ‘ajil.
|
Bai’
Inah
|
Satu kemudahan pembiayaan yang
melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan pada aset yang sama dan ia
boleh berbentuk dua pengaturan yang berikut:
|
Bai’
Dayn
|
Ia merujuk pada pembelian dan
penjualan instrumen hutang seperti sijil, saham, dokumen perdagangan dan
sekuriti dalam pasaran sekunder yang patuh pada kehendak Syariah. Pada
dasarnya, kesemua dokumen ini dikeluarkan oleh penghutang kepada pemiutang
sebagai bukti keberhutangan (syahadah al-dayn) Bai’ Dayn terjadi
apabila pemiutang menjual dokumen hutang kepada pihak ketiga. Hanya dokumen
hutang yang terbukti benar (dayn thabit), iaitu hutang yang berpunca daripada
transaksi perniagaan “sebenar“ boleh diniagakan.
|
Bai’
Istijrar
|
Suatu kontrak antara pembekal
dengan pelanggan di mana pembekal membekalkan barangan tertentu secara
berterusan mengikut mod pembayaran yang telah dipersetujui sehingga mereka
menamatkan kontrak tersebut. Ia sama digunakan untuk kontrak antara pemborong
dengan peruncit bagi membekalkan sejumlah aset yang telah dipersetujui.
|
Bai’
Istisna’
|
Suatu kontrak pesanan belian di
mana pembeli mengarahkan penjual menyediakan aset mengikut spesifikasi yang
terdapat dalam kontrak pembelian untuk diserahkan pada suatu tarikh masa
depan tertentu. Pembayaran harga pembelian adalah mengikut terma dan syarat
yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.
|
Bai’
Muzayadah
|
Jualan aset kepada orang ramai
melalui proses pembidaan dalam kalangan bakal pembeli dan aset dijual kepada
pembida tertinggi. Biasanya, ia dikenali sebagai jualan lelong.
|
Bai’
Salam
|
Suatu kontrak di mana pembayaran
harga dibuat sepenuhnya terlebih dahulu semasa kontrak dimetrai supaya aset
dapat diserahkan kemudian pada suatu tarikh masa depan. Kualiti aset yang
dirancang untuk dibeli perlu ditetapkan sepenuhnya tanpa meninggalkan
kesamaran yang boleh mendorong kepada pertikaian. Barangan yang dijual merupakan
aset biasa, bukannya emas, perak atau mata wang yang dianggap sebagai
pertukaran nilai kewangan yang tertakluk di bawah peraturan Bai’ al Sarf,
iaitu pertukaran bersama dari tangan ke tangan tanpa lengah. Mod pembiayaan
ini sering digunakan dalam sektor pertanian, di mana bank mendahulukan wang
bagi pembelian pelbagai input pengeluaran bagi mendapatkan saham dalam
tanaman tersebut, yang kemudiannya dijual.
|
Bai’
Wafa’
|
Suatu kontrak dengan syarat bahawa
apabila penjual membayar balik harga aset yang telah terjual itu, pembeli
memulangkan semula aset tersebut kepada penjual. Ia merupakan bai’ (penjualan)
dari segi bentuk (rahn) tetapi jaminan dari segi isi.
|
Batil
|
Batal dan tak sah.
|
Darurah
|
Darurat. Ketika dalam darurat,
orang Islam boleh dikecualikan daripada aspek undang-undang Syariah bagi
mempertahankan iman, nyawa, harta benda, daya fikir dan generasi pada masa
akan datang.
|
Dhamanah
|
Suatu kontrak di mana seseorang
menaja jamin tuntutan atau kewajipan yang perlu dipenuhi oleh penghutang,
pembekal atau kontraktor. Sekiranya penghutang, pembekal atau kontraktor
gagal memenuhi kewajipan mereka, penjamin wajib bertanggungjawab bagi
memenuhi kewajipan itu.
Majoriti para fuqaha berpendapat
bahawa dhamanah adalah serupa dengan kafalah.
|
Fasid
|
Tidak kukuh dan tidak berdaya
maju. Dalam sesuatu kontrak, keadaan fasid akan menyebabkan kontrak tidak
sah.
|
Fatwa
|
Suatu pendapat atau pengumuman
mengenai Syariah yang dikemukakan oleh sekumpulan cendekiawan Islam (fuqaha)
yang cukup berkelayakan dan berpengetahuan dalam kaedah mengeluarkan fatwa
serta mantap dalam disiplin perundangan Islam (usul fiqh). Dari segi
amalan dan bergantung pada bidang kuasa, fatwa juga boleh dirujuk sebagai
“peraturan”, “edik” dan “pendapat”.
Di Malaysia, hanya Majlis Fatwa
Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri mempunyai kuasa mengeluarkan fatwa,
sementara Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat
Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Syariah setiap bank hanya
mempunyai kuasa mengumumkan “keputusan”.
|
Gharar
|
Fakta atau keadaan yang tidak
diketahui. Dalam urus niaga komersial, gharar yang berlebih-lebihan/ utama (gharar
fâhish), contohnya fakta atau keadaan sama ada pihak yang mengikat
kontrak atau aset yang terdapat dalam kontrak atau harga aset tidak diketahui
atau tidak dimaklumkan kepada pihak yang mengikat kontrak mengakibatkan
sesuatu kontrak itu batal dan tak sah.
|
Ghish
|
Penipuan, fraud dan pendayaan.
Kesemua ini adalah dilarang oleh Syariah.
|
Hadith
|
Sabda (kata-kata), perbuatan dan
pengesahan oleh nabi Muhammad SAW. Hadis juga dirujuk sebagai Sunnah.
|
Halal
|
Sah atau dibenarkan. Konsep halal
mempunyai nada kerohanian. Dalam Islam terdapat kegiatan, profesion, kontrak
dan urus niaga yang dengan jelas dilarang (diharamkan) oleh Syariah. Semua
kegiatan, profesion, kontrak dan urus niaga yang lain adalah halal. Konsep halal itu membezakan antara
ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional. Dalam ekonomi konvensional kesemua
kegiatan adalah dinilai mengikut utiliti ekonomi. Dalam ekonomi Islam, faktor
kerohanian dan moral juga diambil kira, di mana sesuatu kegiatan nampak baik
dari segi ekonomi tetapi mungkin tidak dibenarkan jika ditegah oleh Syariah.
|
Haram
|
Menyalahi undang-undang atau
ditegah. Kegiatan, profesion, kontrak atau urus niaga yang dengan jelas
dilarang oleh Syariah.
|
Haq
Maliy
|
Merujuk pada hak atas asset.
Contoh hak tersebut ialah haq dayn (hak untuk menuntut hutang) dan haq
tamalluk (hak pemilikan).
|
Hibah
|
Hadiah yang dianugerahkan kepada
seseorang secara suka rela atau sesuatu diberikan kepada individu tanpa
pertukaran.
|
Hiwalah
|
Suatu kontrak pemindahan
tanggungjawab hutang seorang penghutang kepada pihak ketiga.
|
Ibra’
|
Memberikan hak. Dalam urus niaga
komersial, pemiutang memberikan sebahagian atau semua haknya kepada
penghutang, biasanya untuk penyelesaian awal hutang itu. Beberapa cendekiawan
(fuqaha) berpendapat bahawa Ibra’ adalah serupa dengan rebat.
Walau bagaimanapun, di bank-bank
Islam, konsep ini digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti dalam
pelaksanaan produk kadar terapung dengan harga jualan yang ditetapkan.
|
Ijarah
|
Suatu kontrak di mana pemberi
pajak (pemilik aset) menyewakan aset kepada pelanggan/pemajak pada kadar sewa
yang dipersetujui dan tempoh pajakan ditetapkan terlebih dahulu sebelum ‘aqd
(kontrak). Pemilikan harta tanah kekal dengan pemberi pajak, sementara
pemajak hanya memiliki hak penggunaan harta tanah tersebut. |
Ijarah
Thumma Bai’
|
Merujuk pada kontrak Ijarah
(pajakan) yang akan diikuti oleh kontrak bai’ (jualan). Di bawah kontrak
pertama, pemberi pajak menyewakan aset kepada pemajak pada kadar sewaan yang
telah dipersetujui sepanjang tempoh yang ditetapkan. Menjelang tiba tamat
tempoh pajakan, pemajak mengikat kontrak kedua untuk membeli harta tanah
daripada pemilik pada harga yang telah dipersetujui.
Dalam bidang kuasa tertentu, Ijarah
Thumma Bai’ digelar Ijarah Muntahiah Bit-Tamlik.
|
Ijtihad
|
Pakar undang-undang (faqih)
berusaha merumuskan peraturan atau keputusan menurut undang-undang (hukum)
dengan memberi tafsiran bukti (dalil) yang terdapat dalam sumber Syariah.
|
Syirkah
‘Inan
|
Perkongsian kewangan.
|
Jahl
|
Kejahilan.
|
Jua’lah
|
Satu kontrak sehala yang
menjanjikan hadiah atas penyempurnaan sesuatu tugas khas.
|
Kafalah
|
Merujuk pada Dhamanah.
|
Khiyanah
|
Pecah amanah, pengkhianatan atau
pembelotan yang jelas dilarang oleh Syariah.
|
Maisir
atau
Qimar
|
Perjudian. Sebarang kegiatan yang
melibatkan pertaruhan, yang membabitkan wang atau apa-apa perkara mengenai
hasil daripada peristiwa yang tidak boleh dijangkakan. Pertaruhan akan hilang
jika hasilnya tidak seperti yang dijangkakan oleh pembuat pertaruhan dan
sebaliknya individu penerima pertaruhan mendapat pertaruhan itu. Sememangnya,
kegiatan ini jelas dilarang oleh Syariah.
|
Mal
|
Sebarang keinginan semulajadi
manusia, dan boleh disimpan untuk keperluan akan datang; yang mempunyai
kegunaan khusus atau am dan dibenarkan oleh Syariah bagi tujuan
mendapatkan manfaat daripadanya.
|
Muamalat
|
Transaksi ekonomi dalam kalangan
manusia.
|
Mudarib
|
Usahawan dalam kontrak mudharabah.
|
Mudharabah
|
Suatu perjanjian antara pemodal (rabbul
mal) yang memberi 100% modal untuk perniagaan dengan usahawan (mudharib)
yang menguruskan perniagaan dengan menggunakan kepakarannya. Di bawah kontrak
ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara mereka mengikut nisbah
yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan ditanggung
sepenuhnya oleh pemodal.
|
Muqasah
|
Penyelesaian hutang mengikut urus
niaga kontra atau tolak selesai.
|
Musaqah
|
Kontrak pertanian di mana pemilik
tanah pertanian berkongsi pengeluaran dengan individu lain sebagai pulangan
atas khidmatnya mengairi kebun itu.
|
Musawamah
|
Sejenis jualan am di mana terdapat
tawar menawar dalam harga komoditi yang akan didagangkan antara penjual
dengan pembeli tanpa sebarang rujukan terhadap kos perolehan yang ditanggung
oleh penjual.
|
Musharakah
|
Suatu kontrak ke arah perkongsian
antara dua pihak atau lebih untuk menyumbang modal dalam pelbagai perkadaran.
Keuntungan yang dijana oleh perkongsian dibahagikan mengikut terma kontrak
musyarakah, manakala kerugian dikongsi mengikut perkadaran bahagian sumbangan
masing-masing kepada modal.
|
Musharakah
Mutanaqisah
|
Musyarakah berkurangan;
membenarkan penyertaan ekuiti dan perkongsian
untung mengikut nisbah yang
ditetapkan sebelumnya, dan perkongsian kerugian mengikut bahagian tertentu.
Ini menyediakan kaedah, dengan melaluinya bank boleh terus mengurangkan
ekuitinya dalam aset itu, yang akhirnya memindahkan pemilikan aset tersebut
kepada pelanggan/ rakan kongsi. Kontrak ini menyediakan pembayaran untuk
membeli saham ekuiti yang dipegang oleh bank, selain daripada keuntungan yang
dibayar kepada bank. Secara serentak, pelanggan membeli sebahagian daripada
ekuiti bank, dari semasa ke semasa mengurangkannya sehingga bank tidak
mempunyai ekuiti dan ini mengakibatkan perkongsian berakhir.
|
Muzara’ah
|
Suatu kontrak pertanian di mana
individu mengerjakan tanah milik individu lain dengan mendapat pulangan
mengikut bahagian hasil tanah itu.
|
Qabadh
|
Qabadh bermaksud mengambil pemilikan dalam kontrak pertukaran (‘uqud
mu’awadhat). Pada amnya, qabadh diamalkan berdasarkan urf, iaitu
amalan biasa komuniti tempatan dalam mengiktiraf cara pemilikan sesuatu aset
berlaku. Qabadh berbeza mengikut jenis aset.
|
Qardh
|
Pinjaman
|
Qardh
Hasan
|
Merujuk pada pinjaman ihsan, iaitu
satu kontrak pinjaman antara dua pihak tanpa caj tambahan selain daripada
pinjaman itu. Sebarang tambahan pembayaran yang dikenakan oleh pemberi
peminjam atau janji yang dibuat oleh peminjam adalah dilarang. Walau
bagaimanapun, peminjam dibenarkan membayar lebih atas budi bicara beliau
sepenuhnya sebagai tanda penghargaan.
|
Quran
|
Kitab suci Islam, iaitu firman
Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab yang
disampaikan melalui malaikat Jibril AS.
|
Rabbul
Mal
|
Pelabur atau pemodal dalam kontrak
mudharabah.
|
Rahnu
|
Menjadikan aset sebagai jaminan
atau cagaran terhadap hutang. Cagaran akan digunakan untuk menyelesaikan
hutang apabila penghutang ingkar. Cagaran juga akan digunakan sebagai satu
nama sejenis pinjaman dengan cagaran atau perniagaan pajak gadai.
|
Riba
|
Peningkatan dalam transaksi
pinjaman atau pertukaran aset ribawi, terakru kepada pemilik (pemberi
pinjaman atau penjual) tanpa memberi nilai kaunter yang setara atau pampasan
sebagai pulangan kepada pihak yang satu lagi. Riba adalah dilarang menurut Syariah.
Dalam pemberian pinjaman,
terdapat lebihan pembayaran dikenakan oleh pemberi pinjaman atau janji oleh
peminjam selain daripada pinjaman (dikenali sebagai riba qardh)
Dari segi perdagangan, ia
lebih merupakan perbezaan dalam berat dalam pertukaran emas mengikut sukatan
ketulenan berbeza, contohnya 10 gram daripada 750 emas dengan 8 gram daripada
835 emas (dikenali sebagi riba fadhl); atau perbezaan dari segi masa antara
pembayaran dengan penyerahan dalam kadar pertukaran mata wang asing,
contohnya pembayaran atau RM10,000 pada 1 Januari 2008 dan penghantaran
USD3,800 pada 2 Januari 2008 (dikenali sebagai riba nasiah).
|
Sadaqah
|
Pemberian amal secara suka rela.
|
Sarf
|
Satu kontrak pembelian dan
penjualan mata wang.
|
Shariah
|
Undang-undang Islam berkaitan
dengan semua aspek kehidupan manusia yang ditetapkan oleh Allah kepada
hambanya. Undang-undang ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu
undang-undang yang berkaitan dengan kepercayaan (akidah),
undang-undang yang berkaitan dengan ibadat (fiqh) dan yang berkaitan
dengan etika (akhlaq) Berdasarkan makna ini, Syariah juga
merupakan perkataan lain untuk Islam.
|
Suftajah
|
Bil Pertukaran.
|
Sukuk
|
Bon bersandarkan aset yang
berstruktur mengikut prinsip Syariah. Sukuk menandakan
pemilikan aset semasa mengikut kadar yang tak dibahagi. Kebanyak bon ini
boleh didagangkan dalam pasaran, bergantung pada bagaimana bon-bon ini
distrukturkan; pada tara, premium atau diskaun.
|
Sunnah
|
Merujuk pada Hadis.
|
Ta’widh
|
Pampasan yang dipersetujui oleh
pihak-pihak yang mengikat kontrak sebagai pembayaran yang boleh dituntut oleh
pemiutang apabila penghutang ingkar dalam pembayaran hutang mereka.
Majlis Penasihat Syariah Bank
Negara Malaysia membuat keputusan bahawa ta’widh boleh dikenakan atas
penghutang ingkar yang gagal memenuhi tanggungjawabnya membayar pembiayaan
berdasarkan keadaan-keadaan yang berikut:
|
Tadlis
al-‘aib
|
Tindakan penjual yang dengan
sengaja menyembunyi kecacatan (kerosakan) barangan yang jelas dilarang oleh
Syariah.
|
Takaful
|
Insurans patuh Syariah,
iaitu satu pelan perlindungan berdasarkan kehendak Syariah (konsep
saling berkongsi dan melindungi antara satu sama lain melalui sumbangan
kepada satu kumpulan dengan mengambil kelebihan kumpulan yang
besar).Seseorang individu itu akan menjadi peserta dengan melaksanakan
kontrak tabarru dan membuat sumbangan penyertaan (tabarru) ke
dalam dana takaful umum di mana beliau membenarkan carumannya
digunakan bagi membantu peserta-peserta lain apabila mereka ditimpa musibah
yang tertentu. Kontrak komersial mudharabah dan wakalah
digabungkan ke dalam kontrak tabarru’ bagi meningkatkan saiz dana
takaful.
|
Tanajush
|
Suatu konspirasi antara penjual
dengan pembeli di mana penjual sanggup menjual aset pada harga yang lebih
tinggi daripada harga pasaran. Ini dilakukan supaya pihak lain akan
terburu-buru untuk membeli aset itu pada harga yang lebih tinggi, dan
hasilnya penjual mendapat keuntungan yang besar. Kegiatan ini sememangnya
jelas dilarang oleh Syariah.
|
Tawarruq
|
Ia merupakan pembelian satu
komoditi (iaitu, kandungan tawarruq) berasaskan perbayaran tertunda, sama ada
secara bai’ musawamah atau bai’ murabahah. Kemudiannya, komoditi itu dijual
secara tunai kepada pihak lain selain daripada penjual asal.
Dalam pembiayaan peribadi,
seseorang pelanggan membeli satu komoditi daripada bank berasaskan pembayaran
tertunda dan dengan segera menjual semula komoditi itu kepada pihak ketiga
untuk mendapatkan wang tunai (wariq). Dengan cara ini, pelanggan boleh
mendapatkan wang tunai tanpa mengambil pinjaman berasaskan faedah.
|
Ujrah
|
Suatu pembayaran untuk manfa’ah,
iaitu usufruk atas penggunaan harta benda orang lain. Istilah lain yang
berkaitan dengan ujrah ialah ajr (jamak ujur) yang merujuk pada
pembayaran untuk sesuatu perkhidmatan. Ujrah juga berhubung kait
dengan gaji, upah, bayaran, fi, caj, pendaftaran, honorarium, ganjaran,
anugerah dan lain-lain.
|
‘Uqud
Ishtirak
|
Kontrak penyertaan atau
perkongsian.
|
‘Uqud
Mua’wadat
|
Kontrak pertukaran.
|
‘Uqud
Tabarru’at
|
Kontrak hadiah atau derma.
|
Usul
Fiqh
|
Juga disebut perundangan Islam,
iaitu disiplin ilmu dan kaedah memahami dan mentafsir Syariah.
|
Wad?’ah
|
Jagaan selamat. Asalnya, jagaan
selamat dirujuk sebagai wadi’ah yad amanah, iaitu jagaan pemegang
amanah. Menurut Syariah penjaga pemegang amanah mempunyai
tanggungjawab untuk menjaga harta tanah yang dipegang badan amanah.
Wad?’ah yad amanah berubah kepada wadi’ah yad dhamanah (jagaan
terjamin) apabila penjaga pemegang amanah mencabuli syarat untuk melindungi
harta benda itu. Kemudian, beliau (penjaga) perlu menjamin harta benda
tersebut.
|
Wakalah
|
Suatu kontrak pelantikan ejen di
mana seseorang individu melantik seseorang yang lain untuk bertindak bagi
pihak beliau.
|
Waqf
|
Amanah endowmen dan khairat yang
diwujudkan untuk tujuan yang berkaitan dengan Islam (biasanya untuk
pendidikan, masjid, atau untuk orang miskin). Waqf melibatkan tambatan
harta benda untuk selama-lamanya supaya harta itu tidak boleh dijual,
diwarisi, atau didermakan kepada sesiapa.
|
Zakat
|
Satu tanggungjawab agama melalui
pemberian zakat kepada orang Islam dengan jumlah tertentu daripada harta
kekayaan mereka setiap tahun kepada salah satu daripada lapan kategori orang
Islam yang serba kekurangan (asnaf).
Matlamatnya adalah untuk mengambil sebahagian daripada kekayaan orang berada untuk diagihkan dalam kalangan asnaf. Menurut Syariah, zakat mensucikan harta kekayaan dan jiwa. |
Thursday, April 19, 2012
ISTILAH DAN MAKNA DALAM PERBANKAN ISLAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment