Hari ini Ayahandaku di Pengkalan Chepa akan mengadakan majlis kesyukuran sempena tarikh persaraan beliau pada 11 hb Ogos 2010 nanti. Sekarang beliau sedang menghabiskan sisa-sisa cuti yang masih ada sehinggalah ke tarikh persaraannya nanti. Difahamkan majlis berkenaan akan diadakan bermula jam 12 tengahari sehinggalah jam 6 petang.
Aku tidak dapat bersama-sama meraikan majlis yang agak besar dan bermakna ini disebabkan tugas yang tidak dapat dielakkan. Walau apa pun aku sempat menemui ayahanda pada minggu lepas dan telah maklumkan beliau tentang perkara ini. Bagi orang lain yang balik, baguslah. Bukan senang hendak bersama ahli keluarga pada majlis-majlis seperti ini. Aku telah banyak melakukan pengorbanan dalam menghadiri pelbagai majlis bersama ayahanda ini. Cuma kali ini aku terpaksa berkorban untuk tidak balik.
Walau bagaimana pun aku cukup berpuas hati kerana dapat bersama Ayahanda seminggu lebih awal dari tarikh hari ini. Perkara pokok yang tersumbat telah aku sampaikan untuk perbincangan bersama beliau. Dalam membicarakan hal tersebut aku cukup menghargai pandangan-pandangan yang beliau sampaikan kepada aku. He is a good listener. Itu yang boleh aku katakan dan I am trying to be like that.
Untuk tidak bersama dengan ahli keluarga lain pada hari ini adalah baik juga. Aku pasti masing-masing akan membawa pelbagai topik untuk dijadikan bahan perbincangan baik secara formal atau tidak. He knows what's going on among the family members. Semasa bersama beliau, topik perbincangan adalah mengenai aku sahaja dan nama-nama lain langsung tidak disentuh. Itu yang beautifulnya. Yang lain tu well....we have decided to follow and lead with our own path. It's better to be that way. Or else so many heart feelings will take place.
Aku merasa sungguh gembira dengan situasi begini. Tidak perlu untuk aku memikirkan tentang urusan orang lain kecuali ada di antara mereka yang menyuarakannya. Masing-masing sudah menjadi hebat dengan apa yang diperolehinya. Jadi teruskanlah dengan segala kehebatan yang diperolehi itu. Bak kata orang tua-tua "masing-masing punya hal lah". Walau apa pun aku sentiasa akan bersangka baik terhadap family members ini.
There must be a reason why it should be this way. Aku percaya denganNya. Well, back to Ayahanda. As one of the family members I wish you ALL THE BEST. Semuanya terkandung di dalam maksud itu. Why? Because you are THE BEST. Can't express more. I will always remember and fulfill the huge task that you has assigned me. I am a leader of my ownself so with others. When we need to merge than we will get to it.
Aku really love my Ayahanda. ONE AND ONLY.
No comments:
Post a Comment