- Apakah yang akan terjadi kepada negara kita setelah PRU13 nanti? Adakah BN yang diterajui UMNO mampu mempertahankannya atau sudah sampai masanya parti pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Inilah yang menjadi fokus dan tumpuan parti-parti politik dalam menentukan kredebilti mereka untuk dicanangkan kepada rakyat agar menyokong ideologi dan perjuangan parti masing-masing.
- Isu ini bukan sahaja menjadi topik perbincangan di kedai-kedai kopi malahan juga di pejabat-pejabat. Tidak kira sama ada dari golongan profesional mahupun golongan marhaen. Masing-masing akan membicarakan sama ada parti-parti yang ada masih relevan atau pun tidak terutamanya kepada parti yang memperjuangkan nasib bangsa melayu.
- Pelbagai isu dimanipulasikan oleh setiap parti politik yang kesemuanya dilihat bukan untuk memperjuangkan ideologi parti tetapi lebih kepada keutamaan peribadi pemimpin parti. Tidak kira baik daripada parti pemerintah mahu pun yang menjadi pembangkang. Walau apa sekalipun matlamat perjuangan parti, khususnya kepada parti yang mana ahli-ahlinya adalah bangsa melayu, "KITA WAJIB MEMPERTAHANKAN BANGSA KITA IAITU BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM" sama ada kita suka atau pun tidak.
- Apakah Tuan Guru Nik Aziz sanggup melihat melayu islam merempat mengemis di negara sendiri? Apakah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang sanggup membiarkan bangsa melayu menjadi bangsa asing di negara sendiri? Apakah PAS hanya hendak memperjuangkan agama islam semata-mata sehingga sanggup mengadaikan nasib bangsa melayu? Apakah teknorat-teknorat melayu yang hidup mewah di bawah payung UMNO tidak mempunyai hati perut untuk turut membela nasib bangsa melayu?
- Bangsa melayu mesti bersatu sepertimana bersatunya bangsa minoriti Cina dan India. walaupun mereka berlainan parti tetapi sebenarnya mereka ini cukup bersatu hati. Sudah banyak isu yang menguji kesepaduan bangsa-bangsa minoriti ini tetapi kita masih lagi tidak mahu menyedarkan diri kita. Mereka bersatu semata-mata untuk menentukan survival mereka walau dengan apa cara sekalipun. Atas kebodohan segelintir melayu ini mereka mengambil kesempatan. Segala kekayaan negara menjadi hak milik mutlak bangsa-bangsa ini baik dari segi pemonopolian industri perniagaan hatta kepada hak milik tanah-tanah orang melayu yang mereka sudah beli. Inilah tanah-tanah kepunyaan melayu yang dijual oleh segelintir melayu yang sudah lupa kepada asal usul. Apa yang dikejar adalah wang ringgit semata-mata. Ada juga yang beralasan tidak mahu tinggal di kampung-kampung dan lebih berbangga menetap de bandar-bandar besar hasil jualan tanah peninggalan datuk nenek mereka turun temurun. Kemana orang melayu hendak pergi selepas ini selepas kesemua tanah-tanah melayu sudah tergadai?
- Menjadi kewajipan para pemimpin di semua lapisan untuk menyedarkan kepada golongan melayu yang dungu lagi bebal ini tentang hak dan penjagaan tanah kepunyaan melayu. Pihak kerajaan pula jangan sewenang-wenang hendak merenggut tanah kepunyaan melayu ini atas nama pembangunan dan sebagainya. Mengapa tidak dibuat pembangunan di atas tanah dalam hutan-hutan belantara yang ada sekarang. Mengapa perlu dikacau kehidupan orang melayu di atas tanah kepunyaan mereka sendiri? Sekiranya melayu benar-benar bersatu, isu seperti ini mampu di atasi bersama.
- Untuk itu kesemua pemimpin tertinggi dalam UMNO perlu turun padang dan bertemu dengan akar umbi. Perlu turun ke bawah dan mengakui kelemahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan terhadap orang melayu khususnya. Dalam keadaan getir sebegini rupa lupakanlah masalah pangkat dan kedudukan. Tinggalkanlah gelaran Dato/Tan Sri/YB di pejabat bukan di rumah. Penulis telah mengingatkan berkali-kali agar pemimpin-pemimpin ini perlu bersikap low profile. Ini juga terpakai kepada para isteri mereka begitu juga anak-anak dan adik beradik. Warga pemimpinlah yang perlu menggerakkan proses penyatuan ini di samping menyedarkan masyarakat melayu yang semakin parah ini. Apa guna menjadi pemimpin kalau tidak tahu apa itu kepimpinan.
- Pemimpin-pemimpin melayu yang ada sekarang perlu sedar dan ingat bahawa kedudukan, pangkat dan harta yang mereka kecapi sekarang adalah datang dari penat lelah siapa? Siapa yang bersusah payah, bersengkang mata, bergaduh dan sehinggakan ada yang bercerai berai demi memastikan melayu-melayu ini menjadi pemimpin? Sebab itulah para pemimpin mesti kembali kepada mereka-mereka yang membantu mereka sehingga mereka berada pada tahap sekarang.
- Dalam hal tanah itu tadi, adalah menjadi kewajipan golongan melayu elit menebus kembali tanah-tanah yang telah menjadi hak milik kaum Cina sekarang ini. Bayangkan dari Johor Bahru ke Muar, boleh dikatakan sudah 90 peratus tanah melayu menjadi hak milik bangsa Cina. Ini belum dilihat tentang kedudukan tanah di Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Bahkan negeri-negeri lain juga tidak terkecuali. Apalah salahnya jika tanah itu direbut kembali dengan menggunakan kekayaan yang ada pada melayu elit dan diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan. Contohnya bekas-bekas tentera dan polis yang kesemua ini mendapat pencen tidak melebihi seribu ringgit sebulan. Apatah lagi tentang aspek-aspek kebajikan yang tidak sampai kepada mereka.
- Tindakan-tindakan drastik ini perlu dilakukan dengan segera oleh kerajaan sekiranya mereka hendak memenangi hati orang melayu dalam ertikata mempertahankan hak dan kepentingan orang melayu. Ini adalah antara pendekatan yang boleh digunapakai untuk tujuan bersatu. Dengan ertikata lain, dalam kita hendak menyeru kepada pernyatuan ini, bangsa melayu perlu dibantu kebajikan mereka. Kita tidak boleh tunggu dengan lebih lama lagi kerana keadaan sekarang tidak mengizinkan. Setiap di antara kita perlu sedar bahawa keadaan orang melayu berada di dalam keadaan cukup getir dan amat membimbangkan. Gerakkan untuk menghilangkan kedaulatan melayu yang diseludup masuk menerusi bangsa melayu sendiri kelihatan semakin rancak dilaksanakan. Bangsa sendiri sahaja yang berupaya menenggelamkan bangsanya dibantu oleh bangsa-bangsa lain yang sudah pasti.
Monday, June 15, 2009
WAJIB MEMPERTAHANKAN BANGSA MELAYU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment