Menerajui pucuk kepimpinan negara bukanlah satu tugas yang popular atau ringan sifatnya. Bukan calang-calang manusia boleh menjadi pemimpin sesebuah negara kalau bukan dengan izin Allah swt. Tugasnya amat berat dalam memastikan keselesaan berterusan rakyat di bawah jagaannya. Sudah pastinya seseorang pemimpin itu tidak lekang dengan pelbagai bentuk dan ragam isu rakyat yang harus malahan wajib ditangani. Ini memerlukan kekuatan rohani dan jasmani bertauhidkan Allah dan Rasulnya. Pegangan utama yang wajib bagi seseorang pemimpin yang beragama Islam adalah Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya beliau sentiasa merujuk dan memegang kedua-dua dokumen mutlak ini, insyaallah segala ujian, rintangan, onak dan duri dalam melaksanakan amanah itu akan dipermudahkan Allah swt. Hatta sesudah bersara dari jawatan tersebut juga akan terasa kenikmatannya. Kita kalau boleh hendak juga mengecap kenikmatan itu juga.
Berbeza dengan senario di negara Tanah Melayu yang tercinta ini. Tiga Perdana Menteri awal Tanah Melayu telah pun beristerehat sepenuhnya dari tugasan duniawi. Kini yang tinggal adalah mantan PM iaitu Tun Mahathir dan Tun Abdullah. Kedua-duanya masih sihat wal'afiat, boleh bergerak ke sana ke mari, boleh bertutur dan bercakap tanpa gagap malahan lebih sihat dari orang lain yang seangkatan dengannya. Apabila telah bersara dari tanggungjawab mentadbir negara, maka sewajarnya perlulah berehat secukupnya dan menumpukan urusan-urusan yang sebelum ini mungkin tidak termampu untuk melakukannya. Rohani dan Jasmani perlu direhatkan untuk memulihkan semula tenaga bagi menumpukan urusan yang sepatutnya menjurus ke arah dunia yang satu lagi. Dunia yang kekal sekekalnya. Cuma di antara keduanya dilihat hanya seorang sahaja didapati lebih banyak menyendiri dan hanya sesekali timbul apabila diperlukan. Bagi yang seorang lagi, kelihatannya beliau langsung tidak mahu beristerehat malahan lebih rancak pula melebihi apa yang beliau lakukan semasa sebelum bersara.
Beliau ini kelihatan lebih sihat dari orang lain. Alhamdulillah. Lafaz kesyukuran sepatutnya dilafazkan beliau setiap masa dan saat kerana kesemuanya itu aalah dengan izin Allah swt jua. Rakyat mahukan beliau beristerehat sepenuhnya daripada segala urusan negara atau politi dan menumpukan urusan berbentuk kebajikan sepertimana yang dilakukan oleh bekas-bekas Presiden Amerika umpamanya. Malangnya perkara itu tidak berlaku. Kadang-kadang kita marah juga pada sesetengah manusia yang 24 jam mengeliling beliau yang meminta beliau membuat itu dan ini. Kesihan juga kepada orang tua itu pada peringkat awalnya tetapi sejak kebelakangan ini terasa naik marah pulak kepadanya. Mengapa ya?
Yang membuat rakyat menjadi marah kepada beliau yang sebelum ini tidak begitu adalah kerana beliau terlalu diberi peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara dan semakin rancak berpolitik. PM sedia ada kelihatan seolah-olah tidak mampu hendak menegur hatta menyuruh beliau 'shut-up'. Ini menyebabkan rakyat negara dan rakyat UMNO rasa cukup geram dengan tindak-tanduk yang beliau lakukannya. Kesemua yang dilakukan beliau tidak mendatangkan manfaat dalam arus politik negara. Kita dapat melihat keceluparan beliau adalah bersifat peribadi semata-mata. Langsung tidak memberi manfaat kepada pembangunan negara secara umumnya.
Disebabkan keceluparan itulah maka pelbagai isu yang tidak sepatutnya keluar kini sudah dijadikan isu besar dalam permainan politik terutamanya pembangkang. Sudah pastinya ada dalam kalangan sahabat beliau telah menasihatinya tetapi dengan watak keras dan degilnya sepertimana yang kita kenali, tidak mungkin beliau akan menurutinya. Inilah seorang tua yang degil lagi keras hati, yang tidak mahu mendengar cakap orang lain. Beliau beranggapan segala apa yang dituturkan adalah fatwa. Kesihan dan sedih melihat perlakuan orang tua ini. Rakyat semakin hilang perasaan hormat kepada beliau. Beliau sepatutnya dihormati kerana sudah terlalu berjasa kepada negara. Segala apa yang dilakukan beliau cukup besar dan sukar untuk dinafikan. Allah swt telah memberi keizinan dan peluang kepada beliau selama 22 tahun untuk melaksanakan amanah berat itu.
Kita khuatir isu-isu yang terkeluar yang boleh dikatakan mengaitkan beliau ini akan menyukarkan harapan sesetengah rakyat yang masih mahukan senario pemerintahan sedia ada. Inilah yang memusykilkan pihak yang masih setia dan taat itu. Kepada pihak yang di sebelah sana, apa yang berlaku ini adalah merupakan bonus yang terlalu besar kepada mereka dalam business politik sekarang. Mereka tidak perlu mengeluarkan tenaga dan wang untuk membeli senjata dan peluru kerana kesemua keperluan itu telah diberikan secara percuma oleh orang tua itu. Boleh dikatakan setiap isu yang timbul, kesemuanya adalah di luar jangkaan (unpredictable). Memang sukar untuk ditangkis apatah lagi dalam saat rakyat hendak memilih kerajaan baharu ini.
Sudahlah sukar untuk menangkis isu unpredictable ini, turutan dari isu-isu tersebut dan isu sedia ada yang dijelmakan melalui pelbagai tindakan bodoh oleh segelintir rakyat dalam kalangan grass root, yang kesemuanya menjunam ke arah kita sendiri, semakin menguatkan pihak di sebelah sana dalam merealisasikan impian mereka. Mengapa strategi bodoh masih digunakan dalam menyaingi business politik ini? Rakyat sekarang bukan lagi seperti dahulu. Kita perlu terima hakikat itu. Pendekatan yang paling baik yang sepatutnya kita gunakan adalah pendekatan mesra rakyat bukannya ugut rakyat. Inilah kesilapan utama kita. Kita tidak cuba untuk memenangi hati mereka sebaliknya kita terus menerus memerangi hati mereka. Inilah akibat dari keegoan dan kesombongan kita sendiri. Kita merasakan bahawa kita akan terus menerus diberi kuasa. Kita tidak pernah mahu untuk muhasabah diri sebab hati kita sudah terlalu tebal dan hitam dengan duniawi.
Itulah sebabnya apabila kita diserang dengan pelbagai peluru kebenaran, kita tidak mampu untuk menangkisnya kembali. Senario di peringat antarabangsa dewasa ini boleh dikatakan sedang menghendaki kebenaran. Kebenaran yang mutlak yang dicari adalah berpaksikan kepada Islam. Cuba kita perhatikan, sudah lama Islam ditekan dan masing-masing sudah mula hendak kembali ke arah itu sebenarnya. Aura itu juga sudah lama menyentuh kita di Tanah Melayu ini. Kini realitinya sudah mula terasa dan pendekatan kita sepatut perlu ke arah itu juga.
Bagi bekas pemimpin negara yang sedia ada, muhasabahlah diri anda. Anda sebenarnya sepatutnya menjadi role model bertepatan dengan aura tersebut bukan jadi seperti budak-budak yang baru hendak mengenali hidup. Pendekatan perlu berubah mengikut kesesuaian masa. Kesesuaian itu perlu merujuk panduan yang telah termaktub sebegitu lama. Pendekatan itu sepatutnya digunakan pada peringkat awal lagi bukannya dalam keadaan kita sedang nazak sekarang. Anda terlupa untuk mendidik pewaris yang ada dengan panduan sebenar. Anda telah menjadi role model yang kurang tepat. Inilah ikutan yang dilakukan oleh segelintir mereka yang berada di puncak kuasa yang mana andalah penerajunya. Mungkin sudah terlewat mungkin juga tidak. Yang pastinya kita seharusnya perlu bersedia menerima keputusan "the unpredictable". Sekiranya kita diizinkan sekali lagi, adakah kita akan berubah mengikut aura yang sedang menyeliputi sebahagian besar alam semesta ini. Sekiranya tidak adakah kita masih mahu mengekalkan mementum yang kita gunapakai sejak sekian lama.