Agak lama tidak berbicara di laman ini. Apabila ada peluang aku akan taip juga di sini.
Sewajarnya kita perlu merasa rungsing dengan hala tuju kehidupan kita sebagai rakyat dalam kelangsungan kita bernegara. Apatah lagi menjelang PRU13 yang sudah sebegitu hampir sekali. Anytime from now. Apakah kita akan dapat menikmati kehidupan seperti yang kita nikmati sekarang atau tidak atau kepada yang lebih bermakna? Memang harapan kita kepada yang lebih baik dan makmur. Kalau kita melihat senario politik sekarang ini, pelbagai persepsi boleh kita terjermahkan. Dalam konteks berpilihanraya sudah pastinya ada dua pihak atau lebih untuk rakyat memilih atau mengundi. Kelihatan kedua-dua belah pihak mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Rakyatlah yang berhak untuk memilih yang mana mereka rasakan dapat meneruskan kelangsungan hidup bernegara. Hidup yang lebih selesa tanpa perlu mengharungi pelbagai sekatan dan sebagainya (yang terlalu extreme.
Kelihatan sekarang pihak pembangkang begitu berjaya dengan menimbulkan pelbagai isu yang kelihatan tidak mampu ditangkis secara profesional. Setiap hari akan ada sahaja isu baru yang diungkitkan. Setiap hari rakyat akan terkejut. Golongan muda yang semakin lama semakin berani menyatakan pandangan mereka. Cukup berbeza sekali dengan apa yang berlaku sebelum ini. Kalau diperhatikan pemberatannya adalah kepada pihak pembangkang. Tentulah ini mempunyai sebab. Pandangan dan pendapat golongan muda alaf baru ini boleh dikatakan menyebelahi pembangkang. Mengapa?
Aku rasa pihak kerajaan perlu review semula apa yang telah dilakukan. Pandangan golongan muda ini amat penting kerana mereka inilah yang bakal mendominasi pentadbiran dan pengurusan negara akan datang. Rata-rata apa yang aku baca, dengar dan perhati, kesemuanya menyentuh aspek pengurusan kewangan negara. Itulah jisnya. Mereka tidak puas hati kerana apa yang dilakukan pihak kepimpinan negara seolah-olah mewujudkan kasta-kasta. Yang too extreme kaya, kaya, middle kaya, poor dan extremely poor. Jurang yang kelihatan adalah terlalu luas dalam memisahkan kategori-kategori tersebut.
Kita bukan hendak short-term satisfaction tetapi kita mahukan yang long-term satisfaction. Sudah pastinya pelbagai faktur perlu diambilkira dan diberi perhatian. Faktur itu berkait di antara satu dengan lain. Apabila meletupnya sesuatu isu dan mendapat reaksi spontan daripada golongan muda ini menunjukkan bahawa mereka adalah prihatin tentang pengurusan dan pentabiran negara. Kita tidak boleh mengatakan mereka ini biadap atau tidak mengenang budi dan jasa. Sebagai rakyat mereka berhak untuk tahu kesemuanya ini. Apabila mereka didedahkan dengan istilah ketelusan, maka mereka akan mendalami makna ketelusan itu. Dalam mencari makna dan mendalami istilah itu, mereka terjumpa dengan pelbagai lagi istilah yang menjurus kepada istilah asal yang dicari itu. Penemuan inilah yang membolehkan mereka berbincang dan berdebat dalam mencari outcome nya.
Kita sepatutnya merasa bangga dengan respon golongan muda ini kerana penerapan pemikiran kritikal dan kreatif telah berjaya diaplikasikan. High Order Thinking Skills (HOTS) juga telah kelihatan di sini. Bagaimana pula dengan istilah kerterbukaan? Adakah kita benar-benar menepati istilah itu atau kita masih teraba-raba atau kita memang tidak faham makna istilah yang kita ujudkan itu? Wajar untuk tidak kita lupa bahawa siapa yang mendidik golongan muda sekarang untuk bersikap proaktif. Kita telah menjalankan peranan kita dalam membentuk generasi muda dengan acuan yang disesuaikan dengan acuan kita. Apabila disesuaikan bermakna ianya bukanlah yang asli. Pelbagai rempah ratus yang dimuatkan. Hasilnya juga adalah pelbagai.
Inilah di antara perkara-perkara yang aku perhatikan berlaku dalam saat-saat PRU13 ini. Walaupun media massa utama dikawal pihak kerajaan dalam menyampaikan mesej kepada rakyat, mengapa reaksi golongan muda ini tidak mencerminkan hasrat yang dikehendaki kerajaan. Mereka telah menolak terus media massa utama negara ini secara total. Rujukan mereka bukan lagi di situ. Cuma segelintir orang kampung sahaja yang merasa teryakin dengan media massa utama negara. Memang menyedihkan tetapi itu hakikatnya. Jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan perubahan. Malangnya kita masih tidak berubah. Kita masih berdegil dengan sikap angkuh kita. Kita merasa yakin melebihi seratus peratus bahawa kita akan terus memerintah mengepalai negara sehingga dunia ini kiamat. Inilah kesilapan besar kita. Tidak ada lesson learnt.
Mereka menuduh kita dengan pelbagai tuduhan, adakah kita boleh menafikannya? Sekadar menafikan tanpa evidence dalam konteks sekarang ini, memang jawabnya tidak boleh pakai. Oleh yang demikian, maka timbullah satu lagi istilah iaitu Muhassabah. Adakah kita benar-benar sudah menggunakan istilah itu?
Setakat inilah sahaja yang sempat tersinggah di pemikiran untuk tatapan kepada mereka yang hendak menatap. Kalau ada tersinggah lagi, aku akan turunkan lagi di sini.