- Nampaknya sentimen perkauman semakin hebat dicanangkan dalam mempopularitikan agenda politik masing-masing. Kini isu berkaitan dengan bekas ketua komunis Malaya pulak. Peliknya ada pulak orang melayu yang cuba hendak menyokong isu ini. Bukankah dalam buku sejarah sekolah menengah ada menceritakan tentang kekejaman parti komunis ini?
- Cuba baca dan hayati salah satu cerita kekejaman komunis dalam peristiwa Bukit Kepong. Cuba pulak tanya kepada bekas-bekas tentera yang pernah bermatian-matian menentang komunis haram ini. Bapa saudara penulis kini kudung kaki kanannya kerana terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pihak komunis sebelum beliau bersara. Ini adalah kerana hendak mempertahankan negara ini dari penjajahan komunis.
- Bapa penulis sendiri seorang pesara tentera. Satu peristiwa pahit telah berlaku pada sekitar tahun 70an di Sarawak. Anak-anak buah beliau telah diserang hendap komunis dan kesemuanya seramai 15 orang kalau tidak silap, telah mati dibunuh oleh puak komunis. Mayat-mayat tentera ini sudah tidak menyerupai manusia lagi. Hancur dipotong-potong malahan kepala dibelah dua. Cukup menyayat hati apabila hendak mengkafankan jenazah-jenazah ini. Siapa punya angkara?
- Penulis percaya bukan semua kaum Cina setuju dengan permintaan Chin Peng untuk balik ke Malaysia. Setengah bangsa Cina dalam parti Gerakan ini dilihat sudah melampau dengan tuntutan sebegitu rupa. DAP memang sudah kita tahu siapa mereka. Mereka hendak menjadikan Malaysia seperti Singapura. Mereka memang benci terhadap orang melayu apatah lagi orang islam sejak sekian lama. Hidup mereka berpura-pura semata-mata.
- Penulis hendak ingatkan kepada kaum Cina yang extreme ini supaya jangan membuat kerja bodoh ini. Kita tahu salah satu idealogi komunis adalah tidak suka melihat satu komuniti yang aman. Janganlah diulangi kesilapan yang lalu. Kalau masih berdegil juga, tidak mustahil sejarah itu akan berulang dan akibatnya mungkin lebih dasyhat dari itu. Sekiranya kamu asyik menagih sangat kesabaran orang melayu, sanggupkah kamu menerimanya?
- Penulis berseru kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian agar sentiasa menjaga kedaulatan negara kita. Bagi orang melayu pula, bangkitlah dan pertahankanlah hak kita di tanah air kita ini. Kemanakah kita akan pergi selain daripada Tanah Melayu ini? Wajib kita mempertahankannya hatta berkorban nyawa sekalipun. Kita perlu memperkuatkan ilmu kita dalam kesemua aspek sekiranya hendak melihat lagi kewujudan bangsa melayu ini.
- Walau apa sekalipun, kita perlu mempersiapkan diri kita akan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada bila-bila masa sekarang ini. Kita perlu sentiasa peka dengan keadaan-keadaan di sekeliling kita.
Tuesday, May 26, 2009
KESABARAN ADA HADNYA
Subscribe to:
Posts (Atom)