- Semalam, Manoharan ADUN Kota Alam Shah berkata, beliau enggan memakai pakaian yang beridentiti atau bercirikan kemelayuan walaupun menghadiri majlis rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai protes terhadap kerajaan yang enggan memberi status Bumiputera kepada bukan Melayu.
- Perlembagaan sudah termaktub siapa Bumiputera dan siapa bukan Bumiputera serta hak keistimewaan Bumiputera ini tanpa mengabaikan hak bukan Bumiputera. Ia sudah dipersetujui oleh semua kaum sebelum ini. Ia sejarah negara dan sebagai Adun sepatutnya dia lebih tahu dan bukan mempertikaikannya. Kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap mereka yang mempertikaikan Perlembagaan negara dan mencabar hak keistimewaan orang Melayu. Orang Melayu sudah banyak beralah sebelum ini dan kenyataan ini mencabar hak keistimewaan orang Melayu yang sudah dipersetujui semua.
- Pakar sejarah dan pemerhati politik, Prof Emiretus Datuk Dr Khoo Kay Kim, menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan tidak layak menjadi warganegara Malaysia. Beliau berkata, songkok dan baju Melayu sudah diterima sebagai sebahagian daripada pakaian kebangsaan dan ia tidak perlu lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak. "Songkok atau baju Melayu adalah pakaian kebangsaan. Mengapa (Manoharan) berperangai seolah-olah tidak tahu. Kalau seseorang hendak mengadap sultan atau Yang di-Pertuan Agong, perlu pakai songkok dan baju Melayu. Kalau tidak mahu pakai, jangan jadi warganegara atau keluar saja dari Malaysia,"
- Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata beliau mengingatkan kepada orang Melayu supaya menginsafi diri mereka kerana kini wujud sekumpulan individu di negara ini yang berani menghina budaya Melayu. Katanya, sikap Manoharan itu menunjukkan sebilangan kecil rakyat di negara ini tidak menghormati orang Melayu walaupun selama ini orang Melayu amat menghormati hak dan kebebasan kaum lain. "Orang seperti ini sebenarnya tidak sedar `di mana bumi dipijak, di mana langit dijunjung'. Bagi diri saya, dia (Manoharan) hendak pakai apa pun pakailah. Kalau tidak mahu berpakaian pun tidak mengapa kerana kalau kita larang pun, kita dianggap tidak menghormati hak kebebasan orang lain dan kalau kita tegur, dianggap tidak demokrasi. "Yang penting, orang Melayu perlu menginsafi diri sendiri kerana kini ada pihak yang mula berani memijak mereka," katanya.
- Bagi bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad, menyifatkan Manoharan biadap dan cuba mencabar hak Bumiputera. Beliau mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengambil tindakan terhadap Manoharan yang menentang perlembagaan negara. "Kita juga mahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menanganinya," katanya.
- Sudah terang lagi bersuluh. Sudah nyata, nak nyata apa lagi. Masalahnya masih ada lagi bangsa melayu yang terus menerus hendak menjadi champion kononnya inilah perjuangan hak kesamarataan. Dulu DAP hendakkan Malaysian Malaysia dan sekarang orang India hendakkan status bumiputera pula. Dari segi permintaan, kedua-duanya membawa kepada pengertian yang sama sahaja.
- Apakata kalau orang melayu membuat permintaan berbunyi begini. "Kami orang melayu dan negara ini adalah Tanah Melayu. Maka dengan segala hormatnya dipersilakan keluar dari Tanah Melayu ini kepada mereka-mereka yang bukan melayu dan pulanglah ke negara masing-masing. Orang Cina balik ke negara China, India dan Benggali balik ke negara India". Memang benar apa yang dikata bahawa orang melayu cukup lembut hati dan suka mengalah, kononnya atas dasar perpaduan berbilang bangsa.
- Tidak tahulah setakat mana had dan kesabaran perlu dipertahankan. Kebiadapan perlakuan pemimpin Cina dan India termasuk segelintir melayu yang menjadi baruanya semakin menjadi-jadi dan dilihat seolah-olah pemimpin negara tidak berupaya mengawalnya. Perkara ini sebenarnya semakin merungsingkan rakyat kerana sekiranya tindakan segera dan drastik tidak diambil, dikuatiri percikan-percikan api yang dipercikan di sana sini akan mula membakar perasaan dan hati orang melayu. Sekiranya ini berlaku, percayalah amat sukar untuk dihentikan kerana di sinilah akan diperlihatkan diri sebenar orang melayu.
- Kita tidak mahu parang mula diasah, keris mula diasapkemenyankan, stanjak mula diacukan, selendang merah mula diujiketatkan, selempang mula diujisangkutkan, gerak dan nafas mula disatukan dan akhirnya bunyi paluan gong dinanti-nantikannya. Sebenarnya kita tidak mahu sehingga sampai ke tahap ini dalam menangani kebiadaban segelintir pemimpin-pemimpin bangsa ini. Dan kita juga tidak mahu sehingga sampai ke tahap apa yang dikatakan dayus.
- Sehubungan itu, kita berbalik kepada asas iaitu soal penyatuan orang melayu. Melayu perlu disatukan atas nama Islam sebenarnya. Perlu mencari kepada titik pertemuan ideologi-ideologi yang diperjuangkan. Dengan bahasa mudah kita perlu back to basic. Back to basic ini ialah back to Al-Quran and Hadith. Not just looking at it merely for reciting but to understand each phrases, why it was said that way, what are the messages behind it and a lot more that can be derive. One for all and all for One
Friday, July 10, 2009
TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA HATTA PERBUATAN BURUK PADAHNYA
Monday, July 6, 2009
WAJAH SEBENAR PARTI DAP
- Semalam, akhbar melaporkan, Dr Boo dalam Majlis Pidato Batu Pahat, mendakwa ada perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera menyebabkan wujudnya amalan apartied dalam pentadbiran negara ini. Awal tahun ini, Dr Boo yang juga Ketua Pembangkang DUN Johor, pada sidang DUN berkenaan menyifatkan amalan `Bumiputeraisme' sama dengan dasar aparteid yang pernah dilaksanakan kerajaan kulit putih Afrika Selatan. Hishammuddin berkata, pihak berkuasa sedang mengkaji secara serius untuk mengambil tindakan tegas terhadap Dr Boo kerana ia adalah kali kedua beliau membuat kenyataan sedemikian.
- Seterusnya isu parti DAP dengan Kerajaan PAS Kedah. Antara isu yang timbul ialah tindakan meroboh pusat pemotongan babi, kuota 50 peratus hartanah Bumiputera, isu kuil dan tokong yang belum dapat diselesaikan serta lesen menjual babi di Pasar Alor Setar. Pertikaian isu berkenaan membawa kepada tindakan drastik DAP Kedah mengisytiharkan keluar Pakatan Rakyat negeri, minggu lalu.
- Sebenarnya sudah terlalu banyak isu-isu sensitif yang sengaja ditonjolkan oleh DAP ini. Kalau kita sorot kembali, sudah terlalu banyak dan sudah cukup memadai untuk kita katakan bahawa DAP sebenarnya adalah sebuah parti racist. Inilah satu-satunya parti yang secara terang-terangan cukup anti dengan bangsa melayu. Walaupun terdapat segolongan kecil ahli-ahlinya berbangsa lain tetapi hakikatnya parti ini adalah kepada memperjuangkan bangsa cina semata-mata.
- Dua isu terkini yang dipaparkan di atas sebenarnya ditujukan kepada siapa? Jelasnya kepada pihak pemerintah dan pemerintah adalah berbangsa apa, kalau tidak melayu. Kebiadaban parti DAP terhadap orang melayu sudah melampaui batas. Mereka duduk dalam Pakatan Rakyat pun hanya berpura-pura sahaja yang bertujuan untuk menghuru-harakan orang melayu sahaja. Memang wajar pihak kerajaan mengambil tindakan yang drastik terhadap mana-mana pemimpin DAP yang terlalu kurang ajar ini.
- DAP memang tidak akan berubah selagi matlamat mereka untuk menghancurkan orang melayu tidak berjaya. Mereka akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk menjayakan misi dan matlamat mereka hatta menggunakan orang melayu sendiri dan tidak menghormati institusi Raja Melayu. Cuba perhatikan apa yang berlaku di Perak. Siapa yang menjadi kuda tunggangan dan budak suruhan mereka. Semuanya orang melayu. Siapa yang sanggup baring di jalanraya menghalang kenderaan DiRaja sehingga sanggup mengaibkan pihak Istana Perak? Mereka tidak sekali-kali akan meletakkan maruah mereka sehingga ke tahap itu. Yang sanggup menjadi baruanya ialah orang melayu.
- Pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu terhadap pemimpin-pemimpin DAP ini. Kebiadaban mereka boleh mengundang kepada ketidaketenangan bangsa melayu. Kita sudah lama bermain sorong tarik dengan parti ini. Sudah sampai masanya untuk kita tarik habis atau sorong habis muka-muka ini. Mereka sebenarnya sengaja dengan celupar mempersenda-sendakan orang melayu. Mereka bersikap kurang ajar kepada kita saban hari. Cuba kita pergi ke kedai-kedai cina dan perhatikan layanan yang diberikan kepada kita. Rasakan sendiri pengalaman berurus niaga dengan mereka. Perhatikan cara, gaya dan air muka mereka semasa urus niaga dijalankan.
- DAP adalah sinonim dengan orang cina. Tidak terdapatnya perbezaan dengan MCA mahupun GERAKAN. "Cina tetap Cina", itulah kata-kata yang sering saya dengar sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Walau sejauhmana mereka berbuat baik kepada kita percayalah 60-70 peratus hatta 100 peratus perasaan benci kepada kita tetap ada di dalam diri mereka. Mereka akan berkawan dengan kita sekiranya ada kepentingan. Pure friendship mungkin ada dalam sekitar tidak melebihi 5 peratus sahaja. Mereka cukup hebat dan pandai berpura-pura dan bermuka-muka dengan kita.
- Mereka ini cukup takut sekiranya kesemua orang melayu bersatu tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya. Mereka akan terus menyusun strategi dan langkah untuk memastikan bangsa kita berpecah dan berpuak-puak. Strategi divide and rule ini mereka akan pegang dan gunakan pada setiap masa. Kalau diperhatikan sekarang, strategi yang mereka gunakan sudah berjaya menampakkan hasilnya. Cuba perhatikan pergolakan antara melayu UMNO, PAS dan PKR. DAP cukup takut dan gentar sekiranya isu kerajaan perpaduan menjadi realiti dalam jangkamasa terdekat ini. Mereka akan cuba menghalang dengan menggunakan pendekatan paling lembut dan halus.
- Ramai yang mengatakan bahawa DAP, MCA dan GERAKAN adalah senada dan seirama. DAP bergerak sebagai pembangkang manakala dua lagi bergerak di dalam kerajaan. Mereka bergerak ke arah Malay..si..aa (melayu mati lah). Mereka akan terus mencabar kedaulatan bangsa melayu seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara.
- Memang kita cuba mengelakkan daripada berlakunya tragedi 13 Mei. Mereka sebenarnya sengaja hendak kita cetuskan tragedi serupa itu, supaya mereka boleh memberitahu dunia bahawa mereka dianiaya di negara mereka sendiri. Sekiranya itu berlaku, mereka akan mendapat pengiktirafan dari masyarakat antarabangsa dan tidak mustahil mereka akan mendapat sebahagian wilayah tanah melayu ini sepertimana berlakunya di negara-negara lain di dunia ini. Walaupun nampaknya tidak logik kepada akal tetapi apakah mustahil perkara sebegini rupa tidak boleh berlaku pada satu hari nanti.
Tuesday, June 30, 2009
KISAH SEEKOR ULAT
- Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah s.w.t. pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah s.w.t. mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
- Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s.apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
- Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah s.w.t. yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
- Apa yang sebenarnya hendak disampaikan kepada kita melalui kisah seekor ulat? Kalau boleh disimpulkan mungkin ianya berbunyi begini iaitu masing-masing mempunyai peranan dan role play yang perlu dimainkan. Dalam perjalanan tugas masing-masing mungkin kita akan melakukan kesilapan dan wajarlah kita mengakui kesilapan itu. Setiap makhluk yang dijadikan Allah semuanya adalah bersebab. Masing-masing mempunyai peranan, kekuatan dan tanggungjawab untuk memakmurkan alam ini. Kalau itulah yang menjadi pemangkinnya, dalam konteks kehidupan kita, mengapa tidak kita gabungkan kekuatan-kekuatan itu ke arah pembentukan insan yang mulia. Dalam konteks negara bangsa (Melayu Islam) mengapa kita sebagai bangsa melayu yang seagama tidak mahu bergabung untuk meletakkan kembali ke landasan yang diperjuangkan iaitu memartabatkan islam dan bangsa melayu.
- Walaupun kisah di atas itu kecil sahaja kelihatannya tetapi kalau direnungkan secara mendalam, cukup besar ilmu yang hendak disampaikan kepada kita. Dari kecil menjadi besar. Bila sudah menjadi besar kita kata kita punya dan menjadikan kita cukup besar. Bagi Allah s.w.t yang kita rasakan besar kepada kita itu adalah terlalu kecil bagiNya.
Monday, June 15, 2009
WAJIB MEMPERTAHANKAN BANGSA MELAYU
- Apakah yang akan terjadi kepada negara kita setelah PRU13 nanti? Adakah BN yang diterajui UMNO mampu mempertahankannya atau sudah sampai masanya parti pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Inilah yang menjadi fokus dan tumpuan parti-parti politik dalam menentukan kredebilti mereka untuk dicanangkan kepada rakyat agar menyokong ideologi dan perjuangan parti masing-masing.
- Isu ini bukan sahaja menjadi topik perbincangan di kedai-kedai kopi malahan juga di pejabat-pejabat. Tidak kira sama ada dari golongan profesional mahupun golongan marhaen. Masing-masing akan membicarakan sama ada parti-parti yang ada masih relevan atau pun tidak terutamanya kepada parti yang memperjuangkan nasib bangsa melayu.
- Pelbagai isu dimanipulasikan oleh setiap parti politik yang kesemuanya dilihat bukan untuk memperjuangkan ideologi parti tetapi lebih kepada keutamaan peribadi pemimpin parti. Tidak kira baik daripada parti pemerintah mahu pun yang menjadi pembangkang. Walau apa sekalipun matlamat perjuangan parti, khususnya kepada parti yang mana ahli-ahlinya adalah bangsa melayu, "KITA WAJIB MEMPERTAHANKAN BANGSA KITA IAITU BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM" sama ada kita suka atau pun tidak.
- Apakah Tuan Guru Nik Aziz sanggup melihat melayu islam merempat mengemis di negara sendiri? Apakah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang sanggup membiarkan bangsa melayu menjadi bangsa asing di negara sendiri? Apakah PAS hanya hendak memperjuangkan agama islam semata-mata sehingga sanggup mengadaikan nasib bangsa melayu? Apakah teknorat-teknorat melayu yang hidup mewah di bawah payung UMNO tidak mempunyai hati perut untuk turut membela nasib bangsa melayu?
- Bangsa melayu mesti bersatu sepertimana bersatunya bangsa minoriti Cina dan India. walaupun mereka berlainan parti tetapi sebenarnya mereka ini cukup bersatu hati. Sudah banyak isu yang menguji kesepaduan bangsa-bangsa minoriti ini tetapi kita masih lagi tidak mahu menyedarkan diri kita. Mereka bersatu semata-mata untuk menentukan survival mereka walau dengan apa cara sekalipun. Atas kebodohan segelintir melayu ini mereka mengambil kesempatan. Segala kekayaan negara menjadi hak milik mutlak bangsa-bangsa ini baik dari segi pemonopolian industri perniagaan hatta kepada hak milik tanah-tanah orang melayu yang mereka sudah beli. Inilah tanah-tanah kepunyaan melayu yang dijual oleh segelintir melayu yang sudah lupa kepada asal usul. Apa yang dikejar adalah wang ringgit semata-mata. Ada juga yang beralasan tidak mahu tinggal di kampung-kampung dan lebih berbangga menetap de bandar-bandar besar hasil jualan tanah peninggalan datuk nenek mereka turun temurun. Kemana orang melayu hendak pergi selepas ini selepas kesemua tanah-tanah melayu sudah tergadai?
- Menjadi kewajipan para pemimpin di semua lapisan untuk menyedarkan kepada golongan melayu yang dungu lagi bebal ini tentang hak dan penjagaan tanah kepunyaan melayu. Pihak kerajaan pula jangan sewenang-wenang hendak merenggut tanah kepunyaan melayu ini atas nama pembangunan dan sebagainya. Mengapa tidak dibuat pembangunan di atas tanah dalam hutan-hutan belantara yang ada sekarang. Mengapa perlu dikacau kehidupan orang melayu di atas tanah kepunyaan mereka sendiri? Sekiranya melayu benar-benar bersatu, isu seperti ini mampu di atasi bersama.
- Untuk itu kesemua pemimpin tertinggi dalam UMNO perlu turun padang dan bertemu dengan akar umbi. Perlu turun ke bawah dan mengakui kelemahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan terhadap orang melayu khususnya. Dalam keadaan getir sebegini rupa lupakanlah masalah pangkat dan kedudukan. Tinggalkanlah gelaran Dato/Tan Sri/YB di pejabat bukan di rumah. Penulis telah mengingatkan berkali-kali agar pemimpin-pemimpin ini perlu bersikap low profile. Ini juga terpakai kepada para isteri mereka begitu juga anak-anak dan adik beradik. Warga pemimpinlah yang perlu menggerakkan proses penyatuan ini di samping menyedarkan masyarakat melayu yang semakin parah ini. Apa guna menjadi pemimpin kalau tidak tahu apa itu kepimpinan.
- Pemimpin-pemimpin melayu yang ada sekarang perlu sedar dan ingat bahawa kedudukan, pangkat dan harta yang mereka kecapi sekarang adalah datang dari penat lelah siapa? Siapa yang bersusah payah, bersengkang mata, bergaduh dan sehinggakan ada yang bercerai berai demi memastikan melayu-melayu ini menjadi pemimpin? Sebab itulah para pemimpin mesti kembali kepada mereka-mereka yang membantu mereka sehingga mereka berada pada tahap sekarang.
- Dalam hal tanah itu tadi, adalah menjadi kewajipan golongan melayu elit menebus kembali tanah-tanah yang telah menjadi hak milik kaum Cina sekarang ini. Bayangkan dari Johor Bahru ke Muar, boleh dikatakan sudah 90 peratus tanah melayu menjadi hak milik bangsa Cina. Ini belum dilihat tentang kedudukan tanah di Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Bahkan negeri-negeri lain juga tidak terkecuali. Apalah salahnya jika tanah itu direbut kembali dengan menggunakan kekayaan yang ada pada melayu elit dan diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan. Contohnya bekas-bekas tentera dan polis yang kesemua ini mendapat pencen tidak melebihi seribu ringgit sebulan. Apatah lagi tentang aspek-aspek kebajikan yang tidak sampai kepada mereka.
- Tindakan-tindakan drastik ini perlu dilakukan dengan segera oleh kerajaan sekiranya mereka hendak memenangi hati orang melayu dalam ertikata mempertahankan hak dan kepentingan orang melayu. Ini adalah antara pendekatan yang boleh digunapakai untuk tujuan bersatu. Dengan ertikata lain, dalam kita hendak menyeru kepada pernyatuan ini, bangsa melayu perlu dibantu kebajikan mereka. Kita tidak boleh tunggu dengan lebih lama lagi kerana keadaan sekarang tidak mengizinkan. Setiap di antara kita perlu sedar bahawa keadaan orang melayu berada di dalam keadaan cukup getir dan amat membimbangkan. Gerakkan untuk menghilangkan kedaulatan melayu yang diseludup masuk menerusi bangsa melayu sendiri kelihatan semakin rancak dilaksanakan. Bangsa sendiri sahaja yang berupaya menenggelamkan bangsanya dibantu oleh bangsa-bangsa lain yang sudah pasti.
Tuesday, May 26, 2009
KESABARAN ADA HADNYA
- Nampaknya sentimen perkauman semakin hebat dicanangkan dalam mempopularitikan agenda politik masing-masing. Kini isu berkaitan dengan bekas ketua komunis Malaya pulak. Peliknya ada pulak orang melayu yang cuba hendak menyokong isu ini. Bukankah dalam buku sejarah sekolah menengah ada menceritakan tentang kekejaman parti komunis ini?
- Cuba baca dan hayati salah satu cerita kekejaman komunis dalam peristiwa Bukit Kepong. Cuba pulak tanya kepada bekas-bekas tentera yang pernah bermatian-matian menentang komunis haram ini. Bapa saudara penulis kini kudung kaki kanannya kerana terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pihak komunis sebelum beliau bersara. Ini adalah kerana hendak mempertahankan negara ini dari penjajahan komunis.
- Bapa penulis sendiri seorang pesara tentera. Satu peristiwa pahit telah berlaku pada sekitar tahun 70an di Sarawak. Anak-anak buah beliau telah diserang hendap komunis dan kesemuanya seramai 15 orang kalau tidak silap, telah mati dibunuh oleh puak komunis. Mayat-mayat tentera ini sudah tidak menyerupai manusia lagi. Hancur dipotong-potong malahan kepala dibelah dua. Cukup menyayat hati apabila hendak mengkafankan jenazah-jenazah ini. Siapa punya angkara?
- Penulis percaya bukan semua kaum Cina setuju dengan permintaan Chin Peng untuk balik ke Malaysia. Setengah bangsa Cina dalam parti Gerakan ini dilihat sudah melampau dengan tuntutan sebegitu rupa. DAP memang sudah kita tahu siapa mereka. Mereka hendak menjadikan Malaysia seperti Singapura. Mereka memang benci terhadap orang melayu apatah lagi orang islam sejak sekian lama. Hidup mereka berpura-pura semata-mata.
- Penulis hendak ingatkan kepada kaum Cina yang extreme ini supaya jangan membuat kerja bodoh ini. Kita tahu salah satu idealogi komunis adalah tidak suka melihat satu komuniti yang aman. Janganlah diulangi kesilapan yang lalu. Kalau masih berdegil juga, tidak mustahil sejarah itu akan berulang dan akibatnya mungkin lebih dasyhat dari itu. Sekiranya kamu asyik menagih sangat kesabaran orang melayu, sanggupkah kamu menerimanya?
- Penulis berseru kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian agar sentiasa menjaga kedaulatan negara kita. Bagi orang melayu pula, bangkitlah dan pertahankanlah hak kita di tanah air kita ini. Kemanakah kita akan pergi selain daripada Tanah Melayu ini? Wajib kita mempertahankannya hatta berkorban nyawa sekalipun. Kita perlu memperkuatkan ilmu kita dalam kesemua aspek sekiranya hendak melihat lagi kewujudan bangsa melayu ini.
- Walau apa sekalipun, kita perlu mempersiapkan diri kita akan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada bila-bila masa sekarang ini. Kita perlu sentiasa peka dengan keadaan-keadaan di sekeliling kita.
Thursday, May 21, 2009
Tuesday, April 14, 2009
PENGLIBATAN GURU KUMPULAN A DALAM UMNO
Dalam ucapan penggulungan Menteri Pelajaran yang juga merupakan Naib Presiden UMNO yang baru menang itu ada menyuarakan hasrat beliau mengenai penglibatan guru-guru kumpulan A dalam politik. Berdasarkan apa yang difahamkan hasrat beliau itu ditujukan kepada mereka-mereka yang ingin melibatkan diri secara aktif dalam UMNO sebenarnya. Penulis yakin dan percaya bahawa beliau menyuarakan hasrat itu secara sedar dan insaf semata-mata untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu. Siapa sangka dengan tidak semena-mena isu ini menjadi begitu panas sekali sehingga dalam akbar perdana semenjak dari tarikh itu sehingga sekarang terus diperkatakan ramai. Malahan diadakan secara langsung perbincangan dan perdebatan menerusi TV. Ini menunjukkan betapa hebat dan gahnya guru di mata rakyat.
Pelbagai reaksi yang dapat kita lihat apabila YB Datuk Seri Hishammuddin mencetuskan cadangan tersebut. Ada yang menyokong sepenuhnya untuk dilaksanakan tetapi perlu bersyarat dan sebagainya. Tidak kurang juga yang menyatakan tidak setuju termasuk juga di kalangan Kesatuan Guru. Ada juga yang mengatakan bahawa sekiranya guru-guru ini terlibat dalam politik maka pelajar-pelajar sekolah akan tertinggal dalam pelajaran dan macam-macam lagi. Malahan terdapat seribu alasan yang tidak membenarkan golongan guru bergiat aktif dalam arena politik.
Bagi penulis kita perlu melihat saranan ini dalam skop yang luas. Dan apa yang penulis ingin bicarakan di sini ialah dalam konteks penglibatan dalam parti UMNO. Cuba kita perhatikan kepada parti-parti politik lain sama ada dalam gabungan BN ataupun pembangkang. Pernah kita mengkaji dan melihat kekuatan yang mereka ada? Cuba kita perhatikan kepada ahli-ahli parti mereka. Jelas di dalamnya terdapat pelbagai gabungan komuniti intelektual dari peringkat sehabis bawah sehingga yang paling profesional. Siapa yang memegang jawatan-jawatan dari peringkat cawangan sehingga peringkat pusat? Pelbagai lapisan dalam organisasi masyarakat.
Sekarang kita perhatikan pula tentang lapisan masyarakat dalam struktur parti UMNO. Golongan atau kumpulan mana yang mendominasi kedudukan dalam menerajui jawatan-jawatan tertinggi parti baik di peringkat pusat atau cawangan dan bahagian? Kalau dalam parti lain terdapat pelbagai lapisan profesional yang menerajui kepimpinan tetapi dalam UMNO cuma satu golongan sahaja iaitu teknokrat. Kita dapat lihat seolah-olah pucuk kepimpinan UMNO hanya untuk golongan ini sahaja. Bagi mereka golongan guru ini hanya layak mengajar di sekolah sahaja. Sudah sampai masanya pemikiran begini ditolak ketepi. Sekiranya golongan guru ini diberi peluang melibatkan diri dalam parti maka keseimbangan itu dapat dilakukan. Penulis cukup yakin golongan guru sekiranya diberi peluang untuk aktif dalam parti, mereka mampu menjadikan oragnisasi dalam UMNO ini lebih melayu lagi.
Guru adalah satu-satunya kumpulan dalam kerajaan yang berkhidmat di peringkat paling bawah sekali sekiranya hendak dibandingkan dengan profesion lain. Mereka bukan sahaja berdepan dengan anak-anak murid malahan sehingga ke peringkat keluarga murid-murid berkenaan dan masyarakat setempat. Paling jelas dalam PIBG. Merekalah orang yang pertama mendengar keluhan hatta apa yang berlaku di peringkat bawahan ini. UMNO memerlukan kumpulan ini dalam memikirkan perancangan memartabatkan kedududkan orang-orang melayu keseluruhannya.
Bagi pemimpin-pemimpin, kita memang sudah tahu mereka akan turun ke bawah secara bermusim. Pelbagai alasan diberikan sekiranya mereka tidak turun ke bawah. Untuk menunjukkan keprihatinan kononnya, mereka mendirikan pusat-pusat khidmat masyarakat dengan harapan segala keluhan dan rintihan rakyat dapat disalurkan ke situ. Metodologi begini bukannya tidak baik tetapi masyarakat sebenarnya hendak melihat bahawa mereka ini didampingi. Karenah-karenah pemimpin dalam menangani isu sebegini rupa bukan setakat tertumpu kepada yang paling atas malahan di peringkat Bahagian seterusnya cawangan. Kebanyakan yang diangkat kepada pengetahuan pemimpin atasan adalah yang baik-baik sahaja. Masalah sebenar yang sepatutnya disampaikan entah kemana. Jadi siapa sebenarnya yang sentiasa dekat dengan masyarakat?
Dalam hal ini yang boleh diberi kepercayaan adalah kumpulan guru seperti mana senario yang dinyatakan di atas. Masyarakat di kampung sehingga kini masih menaruh perasaan hormat kepada guru bahkan daripada anak-anak didik mereka sendiri.
Kita tidak mahu golongan guru ini cuma menjadi kuli atau budak suruhan orang politik. Isu guru-guru menjadi budak suruhan orang politik ini sudah lama berlaku. Sebagai contoh sekiranya ada sebarang majlis yang melibatkan pucuk pimpinan parti yang diadakan di sekolah. Yang paling sibok ke hulu ke hilir sehingga waktu untuk menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terpaksa digunakan adalah tidak lain selain daripada guru-guru inilah. Kalau tersilap susunan atau apakebala, guru-guru inilah yang akan menjadi mangsa. Orang politik mengherdik pengetua dan pengetua pula naik angin pada guru. Sampai bila golongan guru ini hendak menjadi tunggangan mereka-mereka itu?
Apabila Naib Presiden UMNO mengangkat usul supaya Guru kumpulan A dibenarkan aktif dalam parti, maka pihak guru ini perlu memanfaatkan cadangan tersebut untuk segera direalisasikan. Golongan ini perlu bersuara dan mempunyai wakil atau tempat dalam saf kepimpinan tertinggi parti. Penulis menggesa agar golongan ini segera tampil ke hadapan kerana laluan sudah dibuka. Perbincangan dalam suasana yang sihat perlu diadakan dari masa ke semasa sehingga hasrat murni ini menjadi realiti.
Penulis cukup yakin dan percaya sekiranya perlembagaan atau peruntukan membenarkan golongan ini aktif dalam parti, UMNO akan menjadi relevan semula di hati masyarakat melayu. Kita perlu melihatnya dalam konteks jangkamasa panjang. Mungkin golongan ini mampu meredakan kemelut yang tidak menentu dalam parti ini. Sama-samalah kita memikirkan sesuatu yang dapat memanfaatkan orang melayu khususnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)